'KITA': Same2lah bermuhasabah.

Sunday, April 25, 2010

HARI INI, GOLONGAN AGAMA BANYAK DIPANDANG SEBELAH MATA. GOLONGAN AGAMA JUGA DIANGGAP KETINGGALAN DALAM SEGALA SEGI. DIKRITIK, DICACI OLEH MEREKA YANG TERPENGARUH OLEH IDE-IDE MODEN



Tetapi saya tidak menyalahkan mereka yang mengutuk golongan kita. Cuba kita melihat ke belakang, melihat jejak yang pernah ditinggalkan kita.



Dahulu, kita ditindas, ada kalangan kita yang awalnya berkorban segenap jiwa raga, ada yang jauh dari merdeka, ada menjadi pelarian mencari suaka.


Alhamdulillah, kita yang membawa seruan suci ini, dapat merasai kegemilangan mentadbir dunia.


Namun kita kecundang, dan sekarang, hari ini, ada kita yang kembali bangkit. Ada kawasan2, jajahan2, wilayah2 yang kita kuasai kembali. Ada yang tidak.


Saya tidak mahu menyalahkan mereka kerana tidak menerima seruan suci ini.
Sebaliknya mahu menyalahkan kita. Kerana kitalah mereka begitu. Kerana perangai kitalah, kita sendiri terpalit.


Ada kalangan kita yang berjalannya bongkak.
Ada kalangan kita muamalatnya sombong.
Ada kalangan kita ceramahnya, kata2nya mencaci dan memaki.


Jadi jangan marahkan mereka jika mereka tidak memilih kita.


Ada kalangan kita galak melaksanakan siyasi, sedangkan tarbiyyah2 mudah tidak di amalkan.


"Adapun hamba2 Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang2 yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 bodoh menyapa mereka ( dengan kata2 menghina) mereka mengucapkan 'SALAAM'"
(al-Furqon 25:63)


Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa, kita sebagai kita yang membawa kitab suci ini mestilah merendah diri, berlemah lembut walaupun kita di caci maki.


Lihatlah pada peristiwa Thaif. Bilamana ditawarkan oleh Malaikat untuk menghempap mereka yang ingkar itu dengan gunung. Rasulullah menolak dengan memberitahu supaya bersabar, kerana mereka masih belum mengetahui.


Tetapi da'ie2 hari ini, terutama yang menggalas beban siyasi, tiada langsung sifat positf, apa yang ada hanya mencaci, memaki. Mereka tidak pula sibuk membetulkan Aqidah, Ibadah dan Akhlak. Ini kerana mereka sendiri kabur akan Aqidah diperjuangkan, masih gagal melaksanakan Ibadah dalam konteks yang sebenar dan kurangnya Akhlak mereka dalam muamalat.


Jadi jangan marah atau melenting jika kita akan ditolak daripada diberi mandat.


Oleh itu, saya menyeru kepada semua amnya, dan kepada moderator khususnya. Kita dalam berdakwah, perkara luaran yang pertama sekali diambil kira oleh yang di dakwah. Itulah akhlak, jika baik akhlak kita, baiklah penerimaan terhadap kita.


Perbetulkan muamalat, berlemah lembutlah, merendah diri lah, jangan jadikan sombong dah bangga diri itu keutamaan kerana....


"Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan Akhlak"



Berlemah lembutlah, merendah dirilah.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP