Ringkasan video "The end of power: Moises Naim at TEDxGeorgetown"

Sunday, January 04, 2015



Buku pertama yang Mark Zuckerberg baca untuk tahun 2015. The End of Power, tulisan Moisés Naím bekas menteri Venezuela.
Ringkasnya, idea The End of Power memperkenalkan trend "POWER" semakin hilang dari penguasa-penguasa di dunia sekarang.
Bandingkan berapa ramai sudah negara Autokrasi bertukar kepada Demokrasi.
Naim menghujahkan, perkara ini berkalu kerana 3 REVOLUSI, MORE, MOBILITY dan MENTALITY

Read more...

[Diskusi Risalah Nur]

Wednesday, April 09, 2014



9 April 2014, selepas Isya'


Pembangunan individu adalah sosok penting dalam menatijahkan masyarakat
yang berkualiti kerana individu yang kuat, akan menguatkan masyarakat.


Individu tidak dapat meminggirkan dirinya daripada struktur masyarakat.
Walaupun sesuatu kehendak itu bersifat peribadi, individu tersebut
perlukan masyarakat untuk merealisasikannya. Sebut sahaja perihal makan,
ia pasti boleh jadi kehendak peribadi untuk memenuhi tembolok sendiri
tetapi individu tersebut perlu menghubungkan dirinya kepada masyarakat
sekeliling untuk memenuhi kehendak yang berbentuk peribadi itu.

Individu, pada akhirnya, ia juga secara keseluruhannya akan bersatu dengan masyarakat.

Read more...

NOVEL: Gulag Pudu

Saturday, April 05, 2014


EPILOG

[Bukit Beruntung, 18 Jun 2016]

"Waowk, waowk waowk." Seekor burung hantu telinga pendek yang bertenggek di puncak tiang bersenandung. Bunyi yang menggerunkan kanak-kanak malah gadis remaja yang kadang-kadang lalu lalang di situ. Burung hantu telinga pendek, sejenis haiwan bercirikan krepuskul iaitu sejenis haiwan yang aktif di waktu Mahgrib dan dinihari menghampiri Subuh. Kadangkala, burung hantu secara amnya bercirikan nokturnal, tidur di siang hari dan aktif di malam hari.

"Waowk, waowk waowk." Sesekali ia mengeluarkan bunyi 'toot, toot, toot' dengan nada serak-serak basah. Matanya sesekali tunduk, berpusing ke kiri dan ke kanan.

Di bawah pokok, di sebelah tiang lampu. Seekor ibu kucing bersama dua ekor anaknya yang berumur tiga bulan sedang bersenang-senang. Sesekali anak-anak kucing itu bergurau sesama mereka. Anak-anak kucing itu sesekali juga bermain berhampiran dinding sebuah rumah berhampiran, sesekali ia mengacah-ngacah lubang di bawah tangga sebelah 'corner lock' rumah tersebut.

Sambil bermain-main, tiba-tiba keluar sebuah makhluk bersaiz dua kali ganda dari anak kucing tersebut lalu bertembung. Anak-anak kucing secara tabi'ie, seperti yang disusun atur satu kuasa mengcengkam kuku kakinya keluar sambil membengiskan mukanya serta mengeluarkan bunyi "Grrrrrgh" ke arah tikus yang besar itu. Tikus itu dari awal sejak terkejut bertembung dengan anak kucing itu terus berlari tidak tentu arah ke arah pagar.

Terlihat tikus sedang berlari di halaman, burung hantu telinga pendek tanpa membuang masa, menguakkan sayapnya terjun sepantas kilat terbang mencari mangsa. Penantian penuh sabar tidak harus dibazirkan.

Tikus itu melajukan lariannya tatkala sedar datangnya mangsa.

Burung hantu telinga pendek mengubahkan kedudukannya hanya dua hingga tiga kaki dari tanah dan dalam masa yang sama mengeluarkan kakinya untuk menukik tikus tersebut.

Tikus yang sedar akan bahaya yang menimpa meneruskan berlari dan berhenti dalam barang antara satu hingga dua saat. Tiba-tiba bergerak secara mengejut ke kanan dan terpelanting sedikit setelah terkena kuku kaki burung hantu telinga pendek. Walaupun cedera, ia selamat pada kali ini.

Burung hantu telinga pendek tadi jatuh dan terbabas di atas tanah dek gagal menangkap tikus tersebut. Badannya sakit dan sayapnya terlipat menyebabkan ia sakit dan memerlukan masa untuk bangkit.

Tikus yang dalam keadaan cedera meneruskan jalannya, perlahan dan senget-senget, cuba sedaya upaya. Tiba-tiba badannya terasa diangkat dan tanah semakin menjauh dari pandangan. Perutnya yang buncit itu senak ditekan oleh kaki burung. Kemudian, terasa badannya terlayang-layang dan jatuh terhempap ke atas bumbung.

Burung hantu kubur atau lebih dikenali dengan nama burung pungguk jelapang oleh Orang Melayu mendarat dan melakukan patukan membunuh di tengkuk tikus itu. Tamatlah hidup, berhenti berdegup jantung, tiada lagi sakit.

"Waaaowk, waaaaowk." Kuat jeritan burung pungguk jelapang, seperti bergembira mendapat habuan besar dan berjaya menewaskan musuh tradisinya, burung hantu telinga besar. Menurut cerita orang-orang tua. Dua jenis burung ini sering bertelinkah berebut kemegahan.
*******
'Waowk, waowk.' Bunyi punggok itu kedengaran samar-samar dari dalam bilik sebuah rumah. Kelihatan penghuninya sedang membelek sebuah buku seakan-akan diari bergambar.

Terdapat sebuah rangkap yang terulis pada gambar itu.

"I've seen freedom and justice,
I've just found pain and hate,
Here is just the shame of human being,
Open your eyes, open your hears,
Are you hear this? FREEDOM!"

'Waowk, waowk.' Bunyi punggok itu berbunyi kembali, orang muda itu mendengus lalu buku dikatupnya. Lalu diselakkan langsir, matanya merenung langit.
Langit pada malam itu cukup indah, jendelannya yang menghadap ke selatan membolehkan dia merenung pelbagai objek di angkasa malam itu.

Bulan yang paling terang. Berdekatan bulan dua buah planet yang masyhur, planet Marikh dan satu lagi dia lupa namanya. Kedudukan bulan malam itu dalam wilayah Scorpius, turut bersinar-sinar terang berwarna merah, alpha Scorpius, Antares namanya, bintang paling terang dalam daerah buruj Antares.

Langsir ditutup, dia harus tidur.

Sudah terbiasa dan seakan-akan ada jam, jam 3 pagi mesti dia tersedar dari tidur. Tidurnya kadang-kadang dihiasi mimpi indah, ada juga dihambat igauan-igauan misteri. Malam itu tidurnya kosong. Dia mengankat badanya, kakinya masih lagi diatas katil. Dia toleh ke kiri, melihat meja bacaannya, kelihatan diari gambar yang dibacanya sebelum tidur tadi. Kelihatan juga, susunan buku yang kemas dan rapi. Kecuali ada satu buku yang terkeluar sedikit dari susunan tersebut. Buku tulisan Hannah Bradby-Media Sociology.

Tatkala bangun, terus dicapai tuala dan ke bilik mandi. Selesai. Pakaian serba hitam dipakai. Hitam, gelap, kelam, lambang keunggulan. Malah, juga lambang kejahatan.
Baju hitam berlengan panjang, jeans hitam, kasut hitam. Hitam yang melitupi badannya, hanya bahagian kepala dan tapak tangan sahaja terdedah.

"Tap, tap, tap" bunyi langkah kaki seseorang berjalan. Kemudian hilang. Khali seketika.
'Ahh'. Bentak hatinya, mungkin masih lagi mamai kata hatinya, bunyi tadi tidak diendahkan. Kemudian terus keluar dari rumahnya. Itulah rutin harian. Bangun jam 3 pagi, bersiap dan keluar dari rumah.

*******

Hampir seratus meter dia berjalan menjauhi rumahnya, dia cuba menoleh ke belakang menjenguk rumahnya. Entah mengapa, hatinya berasa tidak sedap hati, bukan seperti kebiasaannya.

Saat dia berpusing dan menoleh ke rumahnya, ada kelibat dua orang keluar dan menjauhi rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa.

Terjejut dengan keadaan itu, dia terus berlari sepantas kilat, kabur antara pilihan mahu mengejar kelibat itu atau cuba silidik dahulu rumahnya.

'Rumah lagi penting' bentak hatinya. Sejurus itu juga kakinya terus berlari menuju ke rumahnya,.

Dalam jarak 20 meter dari rumahnya.

"Booom". Rumahnya meletup, letupan yang kuat hingga menolak dia kebelakang, terpelanting, dan jatuh tersentak kepalanya.

Dia cuba bangun, tetapi kudratnya yang cergas tadi itu sudah hilang. Dalam samar-samar cahaya api rumahnya yang terbakar, nampak kelibat dua orang tadi datang ke arahnya, di tangan salah seorang daripada mereka kelihatan seperti memegang kayu.
Objek seperti kayu itu seperti dihayun mendekati kepalanya.

Beberapa ketika sahaja. Penglihatannya padam.

Gelap.

Pengsan.

Read more...

Ke Arah Pendidikan Percuma di Peringkat Sekolah

Sunday, March 16, 2014

Oleh: Ahmad Ashraf Azhar

Ulung ilmuan ada bermadah bahawa pendidikan itu adalah proses yang memanusiakan manusia. Menjadikan seseorang manusia itu sebagai seorang manusia yang penuh nilai-nilai kemanusian memerlukan sebuah usaha yang jitu. Ia mesti datang dari usaha yang menyeluruh termasuklah keluarga, jiran-jiran, komuniti, kerajaan hinggalah kepada individu itu sendiri. Kenapa saya bercakap begini? Ini kerana pendidikan itu targetnya adalah kepada individu walaupun ia dibuat secara kolektif yang skala besar seperti kelas, dewan kuliah, madrasah-madrasah tetapi manfaat akhirnya adalah individu yang akan lahir dari sebuah proses (pembentukan) yang panjang.
Konvensyen Pendidikan
Sabtu 21 Disember 2013, Teach for The Need (TFTN) telah menganjurkan Konvensyen Pendidikan Ke-2 TFTN dengan tema ‘Pendidikan Cinta – Demi Masa Depan Malaysia’. Falsafah ‘cinta’ dalam pendidikan adalah perkara yang susah untuk dipisahkan, bayangkanlah seorang quru yang tekad mendidikan anak murid mereka, mana mungkin tiada cinta dalam hati untuk melihat anak muridnya kelak berjaya, menjadi manusia yang berguna pada diri, membawa rahmat pada keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat yang terbanyak.

Read more...

Conquest of Putrajaya: Analisa ringkas pengundi Gombak

Tuesday, March 26, 2013


Hujung minggu lalu sempat berjumpa beberapa pengundi di Gombak.

Sebahagian besar pengundi Melayu yang berumur 40 tahun ke atas susah nak bertukar  parti pilihan mereka. Mereka mempunyai hujah yang kuat dari latar sejarah, terutama yang sempat melihat peristiwa 13 Mei dengan mata mereka sendiri.

Tidak menolak mereka juga amat sentimental kepada Bangsa Melayu sehingga takut untuk mengundi DAP kerana bimbang DAP akan perintah negara bila mentadbir kelak, waima ada PAS (wakil Melayu) dalam PR, mereka masih takut kerana tidak yakin PAS dapat mendominasi PR.

Berbeza pula pengundi muda (21-30 tahun), mereka amat cenderung kepada PR, walaupun tidak dinafikan ada beberapa perkara yang tidak puas hati terhadap PR di Selangor, tetapi bagi mereka "PR is better than BN".

Bilamana ditanya siapakah yang sesuai di Putrajaya, golongan Melayu 40  tahun ke atas, mereka mahu BN, golongan muda pula tiada masalah untuk mencuba PR.

DAKWAH ISLAM

Ada seorang maestro dakwah yang juga berpencak di medan politik. Katanya;
'Khabarkan kepada masyarakat perihal Islam, kemudian mereka dengan sendiri akan minat kepada organisasi politik Islam'.

Pernah saya saksikan sendiri, sekumpulan pengundi yang berumur lebih 60 tahun yang duhulunya setia kepada BN, tetapi bila didedahkan dengan ilmu2 Islam, selalu menghadiri kuliah agama, lama kelamaan mereka tiada masalah untuk mengundi PAS.

Sekian.

Read more...

Pinang-pinang si buah pinang

Monday, December 10, 2012


Pinang-pinang si buah pinang,
Bagai pinang dibelah dua.

Pinang-pinang si buah pinang,
Sangkutlah tinggi hajat pada Pencipta.

Pinang-pinang si buah pinang,
Pinangan ditolak sang dewasa.

Pinang-pinang si buah pinang,
Si pemudi usahlah kecewa.

Pinang-pinang si buah pinang,
Si pemuda usahlah putus asa.

Pinang-pinang si buah pinang,
Mari bersama menatapi alam buana.

Pinang-pinang si buah pinang,
Usah kecewa, usah putus asa, tapi carilah daya usaha.

Pinang-pinang si buah pinang,
Kita manusia, direzekikan kudrat untuk berusaha.

Selagi hayat ada, selagi itu hidup daya usaha,
Pinang-pinang si buah pinang,
Cerita seorang hamba.

Ashcroftstylus,
Subuh,
Mahallaat Siddiq,
26 Muharram 1434 H.

Read more...

[MARS vs VENUS & CORPUS COLLOSUM]

Sunday, October 21, 2012




CORPUS COLOSSUM adalah sebuah saraf halus yang menghubungkan otak hemisfera kanan dan otak hemisfera kiri. Peranannya amat penting untuk menstabilkan tindakan otak hemisfera kiri dan otak hemisfera kanan kita, juga tindakan yang melibatkan fizikal.

Jika CORPUS COLLOSUM dibuang daripada otak seseorang akibat barah atau penyakit yang berkaitan [wal-'iyya-zubilla
h, mintak kita selamat semua] seseorang tersebut tidak dapat mengawal pergerakan fizikalnya. Contoh: Tangan kanan mahu menampar pipi sendiri, tangan kiri bertindak mempertahankan tindakan kasar tersebut.

Berkaitan hubungkait dengan MARS dan VENUS. Dr Roger Gorski, Uni. California, LA mengesahkan bahawa CORPUS COLLOSUM perempuan lebih tebal daripada lelaki, juga 30% lebih banyak bersambung otak mereka berbanding lelaki.


Ini juga menjadi bukti perempuan adalah good 'multi-tasker' berbanding lelaki.


Contoh: 


1- Ibu saya ketika memasak boleh bercakap dengan saya, boleh mendengar radio. Ibu saya melakukan 3 perkara dalam masa yang sama.


2- Saya, sebagai lelaki, jika memasak, bukan tidak boleh dalam masa yang sama bercakap, tetapi respon itu tidak sesegera respon orang perempuan. Lelaki memerlukan fokus pada satu-satu kerja mereka lakukan. Contoh lagi, pernah saya mencuba, menaiki basikal senaman sambil membaca buku, jika di awal2 tiada masalah sebab otak saya mengawal dua2 perbuatan dengan sedar 'conscious'. Bila dah leka, seronok berbasikal atau seronok membaca, penumpuan saya hanya pada satu sahaja. Ketika ini saya sudah memasuki fasa 'unconsciuos'. Setelah beberapa ketika barulah saya sedar, basikal saya berhenti kayuh dan buku saya sambung baca.


So mesti anda yang membaca dapat kaitkan dengan pengalaman sendiri, mungkin pemerhatian pada sibu/ayah/uami/isteri/kawan anda sendiri.


Itulah kelebihan perempuan berbanding lelaki, tetapi apa pula kelemahan perempuan? Hehehe.


Antara kelebihan CORPUS COLLOSUM lelaki kecil berbanding perempuan adalah lelaki dicipta khusus untuk melakukan sesuatu perkara dengan fokus.


Kelemahan perempuan disebabkan CORPUS COLLOSUM mereka yang kecil adalah mereka susah untuk mengenalpasti arah kiri atau kanan disebabkan mereka sentiasa 'multi-tasking' menggunakan kedua2 tangan ketika bekerja. Kajian menunjukkan 50% wanita susah untuk mengenalpasti arah kiri atau kanan tanpa adanya penanda arah seperti cincin di jari kiri.



So, jangan marahlah jika MARS jika tidak mendengar, bukan tidak mendengar sebenarnya. So, VENUS terimalah anda sukar membaca peta.

Read more...

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP