Muslimah and Ummah Reformation ( Tugas Muslimah dalam Pembentukan UMMAH) - Part 2

Monday, September 13, 2010

Oleh : Syed Abu Hassan Ali Nadawi


Sekiranya seorang wanita Islam (Muslimah) ingin mengetahui tentang kedudukannya sebagai wanita di dalam Islam maka dia perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya di dalam kehidupan yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T, dan perlulah dia berusaha untuk memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan (saqafah) yang berguna.



TANGGUNGJAWAB TERHADAP RUMAHTANGGA



Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga. Hendaklah rumahtangga itu diasaskan di atas dasar taqwa kepada Allah S.W.T. sejak hari pertama lagi diwujudkan rumahtangga tersebut ataupun dalam usaha mewujudkannya. Tidak boleh diwujudkan rumahtangga berasaskan adat,
nafsu ataupun nilai-nilai masyarakat. Sebaliknya dari awal-awal lagi mesti berasaskan taqwa. Tetapi hari ini adakah seumpama itu? Hari ini ternyata rumahtangga itu ditegakkan di atas asas lain — di atas asas keinginan untuk berumahtangga misalnya, bukan atas asas taqwa kepada Allah S.W.T.


Rumahtangga seseorang Muslim hendakah dipenuhi dengan ROH RABBANIAL-AATIROH (roh yang diredai oleh Allah S.W.T).

"Ingatlah apa yang telah dibaca di dalam rumah kamu tentang ayat-ayat
Allah S.W.T dengan hikmah, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."

Hendaklah tindakan-tindakan dan segala tuntutan-tuntutan sesebuah rumahtangga itu berada dalam batas kifayah. Mestilah secukup-nya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Pertimbangkan dengan cara yang cukup sederhana.


"Tidak ada kebaikan dalam pembaziran, dan tidak ada pembazir-an di
dalam kebaikan."


Yang dituntut ialah al-i'tidal (kesederhanaan) di dalam semua hal kerana itulah sifat seorang mukmin.


"Sebaik-baik urusan ialah kesederhanaan." Islam adalah Deen WASOT
(pilihan). "Itulah Kami jadikan kamu umat pilihan."


Sifat kesederhanaan itulah yang paling baik. Janganlah keterlalu-an di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Bukanlah pula ber-makna tidak boleh menggunakan nikmat yang ALlah kurniakan. Saidi-na Osman misalnya, kudanya lebih baik dan lebih cantik daripada kuda Rasulullah, rumahnya lebih baik dan lebih cantik, begitu juga hampar-annya. Kerana kemampuan yang ada padanya, dia mempergunakan nikmat ALlah SWT itu. Penggunaan itu
berdasark an kepada keimanan bukan berdasarkan hawa nafsu. Sekiranya berdasarkan hawa nafsu, akan lahirlah sifat seperti menunjuk-nunjuk. Tetapi berbeza kalau penggunaannya berdasarkan iman. Ada benda yang hendak ditunjuk-kannya tetapi itu dilakukan di dalam rangka mensyukuri nikmat Allah SWT.


1 Komen:

نور عين *Cahaya Mata Kegembiraan* Monday, September 13, 2010 at 8:41:00 AM GMT+8  

susah nk membezakan sama ada guna secara hawa nafsu atau iman..kedua2nya secara luarannya kelihatan sama saja..

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP