KATA MUSLIMIN UNTUK MUSLIMAT

Monday, May 23, 2011



Sejak saya dan beberapa rakan mengenal muslimat. Banyak sukanya. Banyaknya juga yang menjadi duka dan cuka. Saya harap yang membaca tulisan ini memahami apakah maksud muslimat di sini.

Kami ini, di pihak Muslimin kadang2 ada gembira dengan kemantapan muslimat dalam bekerja dalam persatuan. Dan ada juga yang kecewa dengan tindak-tanduk muslimat. Tulisan ini akan fokus kepada perkara remeh sebenarnya, tetapi disebabkan perkara remeh itu yang dibesar-besarkan sehingga gerak-kerja persatuan tergadai. Maka terpaksa juga saya menulis perkara ini. Saya berharap, kepada yang membaca, bacalah sehingga habis, kerana ada sesuatu yang perlu anda tahu, anda akan menjumpainya setelah anda habis membaca tulisan ini.


Hanya empat perkara iaitu.
  1.        Panggilan Ustaz-ustazah
  2.        Berhubung selepas 12 malam
  3.        Pembacaan
  4.        Pasif dalam perbincangan

PERTAMA
                Pertama kali saya mengenali muslimat dalam persatuan, saya dibasakan dengan ustazah. Saya tidak tahu menahu mengapa. Selepas bertanya senior, jawapannya, ini waqi’ DQ, ataupun ini realiti kehidupan DQ. Pelajar lelaki dipangil ustaz, pelajar perempuan dipanggil ustazah. Jadi saya dapat menerimanya. Maka ia akan menjadi rutin untuk bekerja dalam PERKEMAT dan IQRaC.
                Jadi bila datang ke UIA, ada juga yang memanggil dengan ganti nama Ustaz-Ustazah. Sesama DQ tidak mengapa, tetapi ada juga bekas DQ yang tidak mahu dipanggil begitu. Mungkin perasaannya malu, tidak layak, atau memang betul2 tidak suka dipanggil begitu. Terpulanglah pada pendapat masing2.
                Apa yang tidak patut berlaku di UIA adalah, bila mana ada jenis golongan muslimat, mungkin yang tegar prinsip barangkali, atau yang tegar dengan prinsip hingga jumud. Mereka ada yang mewajibkan, ajk persatuan muslimat memanggil ajk muslimin Ustaz, manakala mereka wajib dipanggil muslimin sebagai Ustazah.
Kesannya, ada sebahagian ahli daripada dua2 pihak terasa, maka gerak kerja tidak serancak sebelum perkara ini diwajibkan. Ketua biro sudah tidak seceria dahulu lagi. Timbalan ketua biro lagi kurang semangat kerana ketua biro sudah tidak seperti dahulu.
                Pesan saya, yang pernah melalui zaman dengan panggilan begitu dengan tidak. Perkara ini hanyalah panggilan. Tiada masalah untuk Amirah memanggil si Muslimin itu dengan nama Rais. Itu hanyalah panggilan. Jika mahu sesuaikan dengan reality keadaan UIA yang ‘islamic’, apa salah memanggil anta-anti. Malah ada juga pelajar IRK sendiri tak gemar dipanggil Ustaz, hormatilah hati mereka. Jika anda pimpinan persatuan tidak mahu menghormati ahli atau ajk. Bagaimanakah mereka member kerjasama mereka dengan hati yang ikhlas. Mahukah kalian mendapat kerjasama tapi dengan perassan benci?


KEDUA
                Kedua, berhubung selepas pukul 12. Sebelum itu, tengok balik, apakah hukum bermuamalat antara muslimin dan muslimat. Hukum asalnya adalah harus. Yang menjadikannya haram adalah bilamana timbulnya syahwat atau perkara kearah syahwat dalam perhubungan. Jika perkara yang membawa kepada haram itu timbul sebelum pukul 12 malam, apa yang anda mahu kata?
                Ada yang kata, ini untuk menjaga hati. Ya, saya juga setuju untuk menjaga hati. Bukankah nabi sudah ajarkan doa untuk bermuamalat dengan selain gender? So, bacalah saja doa itu bilamana mahu berjumpa atau urusan persatuan atau mahu sms, atau mahu telefon, atau mahu mengepos surat sebagainya.
                Berfikirlah panjang, jika muslimin menghantar mesej kepada muslimat. Bertanyakan perihal program esok hari. Waktu itu sudah pukul 11.55. Maka  muslimat tulis mesej sambil berfikir, bila siap ditaip, sudah pukul 12.03 tgh malam. ARAHAN kata, x boleh mesej lepas 12mlm, so, mesej itu pun tertangguh. Bila bangun pagi esok, lupa bahawa ada mesej yang belum dibalas. Sedankan pihak muslimin mahu setelkan perkara itu awal2 kerana jadual kelasnya padat hingga tgh hari, sedangkan tgh hati adalah waktu untuk bentangkan perjalanan program kepada adivisor persatuan ataupun principal persatuan. Persoalan, adakah ARAHAN itu logic ataupun sekadar arahan yang berfikir pendek?
                Saya, jika saya bangun pukul 3pg atau terbangun pada pukul 3 pagi, saya akan balas, kerana idea yang di dalam kepala, ini, boleh pergi dan datang.  Sebelum idea, ilham hilang, bertindaklah serta merta dengan matang dengan membalasnya segera.


KETIGA
                Muslimat yang malas membaca, atau tidak gemar membaca. Saya tidak tahu manakah premis yang betul. Apa yang dimaksudkan adalah ada golongan muslimat kurang membaca bahan bacaan yang berat seperti sirah2 nabi, buku2 perihal masyarakat, teori2 dakwah. Apa yang muslimat gemar adalah mendengarnya daripada tazkirah2 video2, ucapan2 daripada muslimin. Lihat sahajalah blog2 muslimat yang tidak gemar atau tidak suka membaca bahan bacaan berat. Nak termuntah bilamana blogpost itu telalulah sangat2 feminin. Sedangkan blognya untuk tatapan umum. Sedangkan pemilik blog itu adalah, orang kuat persatuan dakwah.
                Masalah yang dilontarkan diatas, dan yang ini, dan satu lagi di bawah. Hakikatnya, berlaku juga di pihak muslimin, tetapi ia amat JELAS didengari di pihak muslimat. Malah, jika diperhatikan sendiri, pihak muslimat amat ketinggalan dalam pembacaan.
                Pernah saya dan beberapa rakan membuat satu survey tahap pembacaan. Peserta daripada kumpulan lelaki dan perempuan. Peserta diberi 5 minit untuk menuliskan tajuk2 buku yang pernah dibaca. 100 tajuk buku yang diminta. Setelah tamat 5 minit, amat jelas perbezaan tahap buku yang dibaca, yang lebih adalah lelaki, buku2 yang dibaca adalah karya2 agung daripada ilmuwan2 islam atau tokoh2 islam yang agung di medan jihad, di medan dakwah, malah, ada bacaannya mengatasi bacaan ajk survey sendiri. Manakala peserta perempuan, sebahagian besar adalah novel. Bukan disini saya bermaksudkan mahu merendahkan perempuan, tetapi ingin memberikan penjelasan bahawa, perlunya muslimat bangkit, kerana arus masa depan muslimat di Malaysia, tidak dapat kita jangka. 50 tahun dahulu tidak terfikir oleh kita akan Sisters in Islam. Oleh itu, muslimat dan pembacaan mestilah melangkah level by level untuk setiap tahun


KEEMPAT
                Sejarah saya sendiri, memang muslimat agak/terlalu/terlampau pasif dalam perbincangan. Lagi tepat jika dalam mesyuarat. Saya amat tidak gemar, muslimat adalah golongan yang menerima bulat2 idea muslimin. Jika ditanya, setuju sahaja, angguk sahaja, tidak pernah membangkang. Malu? Alahai, anda itu pimpinan persatuan, kenapa mahu malu? Atau menjaga adab? Betulkah adab begitu? ATAU yang paling tidak gemar adalah, malu sebab lansung tidak faham idea2 yang dilontarkan pihak lelaki. Adakah kerana kurang membaca?
                Pengalaman saya, pernah satu ketika selepas saya menerangkan panjang lebar. Saya tanya ahli mesyuarat pahamkah? Di pihak muslimin meangguk yakin, keyakinan nampak dimuka. Ada juga muslimin yang meangguk seperti tidak faham. Manakala pihak muslimat, semuanya berkata faham, tetapi mata semua tunduk ke bawah. Bila saya tanya lagi. “Ustaz, tolong percayakan kebolehan muslimat”. Hebat. Ok, saya tunggu.
                Bila tiba saat menunggu untuk melihat muslimat laksanakan idea yang saya cadangkan. Ianya lari 180 darjah. Ibarat orang selatan terbang menjauh ke utara. Waktu itu, datanglah muslimat meminta maaf. Masalahnya, bila dalam meeting, senyap, tak mahu tanya untuk meminta penjelasan lanjut. Entahlah, perkara ini memang saya fed up.

PENUTUP
                Gerakan muslimat mestilah bangkit. Perlu berfikir jauh. Takkan mahu harapkan muslimin sahaja dalam mendepani kemungkaran yang dilakukan gadis2 liar dalam masyarakat kita. Adakah anda sanggup melihat pihak puteri di sebelah sana sibuk bekerja sedangkan anda masih lagi bincangkan perkara remeh temeh.
                Jika masih tidak puas hati mengenai IKHTILAH. Fikirkanlah kenapa ALLAH buat kiblat itu satu sahaja.

6 Komen:

fadhlinsakina Tuesday, May 24, 2011 at 12:39:00 AM GMT+8  

terima kasih atas perkongsian ini. memang sesuailah status enta di uia. boleh share doa rasulullah utk mnjga ikhtilat?

نور أميرا بنت أمينورالدين Tuesday, May 24, 2011 at 7:31:00 AM GMT+8  

jazakallahu khoirin kathira sudi bagi kata2 untuk muslimat~ :)

a'ah.share la doa jaga ikhtilat..nk tau jugak.

smoga kami,muslimat dpt ssuatu dr post ini.:)

pendamba rahmatMu,  Wednesday, June 1, 2011 at 8:51:00 PM GMT+8  

assalamualaikum,alhmdulillah,akhirny dh trtunai jnji nk bca..
bgus3!
cuma mgkin gaya pnulisn y kurg 'berhikmah' lg...
pertama2nya,sifat muslimt mmg brbza dgn muslimin,jd xdnafikan smuanya ade cara msing2,
an stuju utk perkara 1 & 2..
perkara ke3,soal pembacaan,mgkin realitiny mmg mslimat nmpk kurg dlm bb ni,cuma bg an sndri y faqir ni,mslimin mmg lbh cpt igt klu bb ni brbnding mslimt n mslimt lbih igt kpd bb len,mgkin prkara y agak nmpk remeh temeh,
walaupon gtu,ramai gak mslmt y hbt dlm soal ni... tiap org ade lvl msing2..
utk persoaln y psif dlm prbincgn..
mjoriti mslimt nmpk psif dlm prbincgn mgkin sbb:
1-kurg keyakinn dri
2-malu
3-rndh dri
mslmt jd cmni sbb lbh suka fikir psl emosi dn sblikny brbnding dgn mslimin y sllu nmpk selmba bla brckp..
stu lg,disbbkn emosi jgk,gaya pnulisn ni mgkin mnybbkn sgelintr mslimt akn trsa,
sift y ptut kita ambik dri sini xkira min atau mat adlh brlpg dada..
skdr itu shaja dri ana..
jazakallahu khairn.
an juga trtny2 pe ya doa tu?

fahmi mat zin Thursday, June 9, 2011 at 6:17:00 PM GMT+8  

abe acap nie meme laaa...
dari dulu lagi...
hahaha

meme terbaek doe...

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP