Relevenkah paksaan terhadap anak-anak?

Friday, May 27, 2011

Hari ini hari jumaat, suasana di Kota Bharu tidak sesibuk di negeri2 pantai barat Malaysia.

Selepas pulang dari masjid di pagi hari, berehat sebentar kemudian keluar untuk sedikit urusan bersama Cg. Karimah, urusan sumbangan untuk program hari ini.

Ada satu perkara yang berkaitan pendidikan anak2 yang Cikgu beritahu tadi.

Selepas berbasa-basi dengannya, saya bertanya. “Cikgu mengajar lagi ke?”
“Tak dah, dah pencen, tahun 2002 pencen di Sekolah Kebangsaan  Islah, pencen sebagai Guru Besar” jawab Cg Karimah

Saya : Cikgu mengajar subjek ape dulu?

Cikgu : Cikgu ajar Math dengan English.

Saya : Owh, ajar Math ngan English. Cikgu, ape pendapat Cikgu berkenaan PPSMI.

Cikgu tidak menjawab secara terus, tetapi ada sesuatu yang disampaikan.

Cikgu : Awak tahu x, dulu saya ada tgk guru baru lepasan maktab. Ajar subjek English. Dia tulis ‘How owl are you?’. Awak tahu ape maksud ‘owl’?

Saya: Tahu.

Cikgu : Ha, ape die?

Saya : Burung hantu Cikgu.

Cikgu: Lepas tu saya jumpa dia, dia cakap, sebenarnya x minat jadi Cikgu. Pilih perguruan sebab sudah tiada tempat lain nak pergi.

Saya: Saya pun ade juga kawan. Sorang tu Sci-Tech kat USIM, sorang lagi Engineering di UIA PJ (mereka berdua 10A SPM). Tapi bila tanya khabar balik, dah pergi maktab. Bila ditanya kenapa, sebab mak ayah paksa.

Cikgu : Ha, itulah. Macam Cikgu dulu, ayah mintak jadi kerani, saya mahu Cikgu. Bila dapat tawaran temuduga, dua2 dapat, so, saya pilih la yang saya minat.

Saya: Dulu kerani ada temuduga? Sekarang ni xda dah ke?

Cikgu : Sekarang saya x tahulah. Ada kawan saya, dia paksa anak sulungnya ambil Law. Separuh jalan keluar. Lepas tu, dia paksa pula anak no. 2 dia ambil Law. Sebab x belajar daripada kesilapan pertama. Akhirnya, anak dia keluar juga. Sebab itu kita perlu ambil yang kita minat kan?

Saya : Ya Cikgu( sambil2 angguk). Kalau begitu membazir umur la Cikgu.

Cikgu : Ada sorang tu, anak cina. Mak dia mintak dia ambil Medic. Selepas 5 tahun, dia ambil degree tu, dia bagi sahaja degree tu  kat mak dia sambil bagi tahu. Dia nak pergi belajar apa yang dia minat. Nak lawan ibubapa x boleh, so, puaskan hati ibu bapa dulu.

Saya : Mak dia tu bukan nak sangat degree tu. Tapi nak gaji doctor yang mewah.

Cikgu : Ya, memang mewah. Tapi  mendapat kepuasan belum tentu. Kita hidup ni, x semestinya ada duit kita bahagia. X salah bekerja sebagai pengutip sampah dengan lori atau penyapu sampah. Tanpa mereka, mesti kotor suasana. Kita tgk, orang yang gaji rendah, sempat sahaja bergurau-senda dengan family. Tapi yang bergaji 15k sebulan, kadang2 masih x cukup lagi. Family berantakan. Sebab tu, apa kita nak buat, lihat minat, x kisah la ape2 pun, hatta penyapu sampah pun. Yang penting, baik pada ALLAH, baik pada kita. Macam saya dulu, pernah tidur di sekolah sebab minat sangat2 bekerja di sekolah.

                Macam anak saya, Alhamdulillah berjaya, sorang Engineer. Sorang lagi tu pernah bekerja spray kereta di bengkel hingga pukul 4 pagi. Saya pun telefon minta dia balik. Anak saya jawab, “Kalu Mama dulu bulih dok skoloh sapa tido sekoloh, bakpo ore xleh tidur kat bengkel”. Saya faham itu minat dia seperti juga minat saya terhadap perguruan. Bagi anak saya, kepuasan dalam spray kereta tidak tercapai selagi tidak sampai ke tahap paling terbaik. Tapi Alhamdulillah, pelanggan2 percaya anak saya. Sebab itu, kita buat apa2 sahaja, asalkan buat yang terbaik dan baik pada ALLAH, baik pada kita.

Saya: Samalah juga jika kita melakukan hobi kita.

Cikgu : Ya, begitulah, mesti kita buat dengan mendapat kepuasan. Oklah Ashraf, lain kalilah kita berbual. Kalau dengan saya ni, susah nak berhenti. Saya nak pergi dengar orang mengajar ni.

Saya : Kat mana Cikgu?
Cikgu: Kat Ust Mat.

Saya pula ke Medan Ilmu di Kota Bharu. Tempat di mana seminggu sekali, ketua negeri bersama-sama rakyat. Memberi peringatan2 agama.



PENUTUP
Saya berharap, kepada beberapa kawan saya di luar sana, yang masih bertukar-bertukar-bertukar-tukar tempat pengajian. Fikir balik, apakah kepuasan yang anda mahu dalam hidup anda. Jangan sia2 kan peluang. Ada kawan saya, jika tidak berhijrah2 sekarang sudah di tahun 3 Ijazah. Tetapi anda sekarang sudah levelnya di bawah saya. Kenapa kawan, apa masalah?
                 
Begitu juga ibubapa di luar sana, dan bakal ibubapa di luar sana. Berilah kebebasan anak2 anda mencorakkan hidup mereka sambil anda menjadi guider. Ingat, guider bukan controller. Jangan anda sebagai ibubapa, mahukan anak2 anda puaskan cita2 anda. Itu tidak kena.
               
Alhamdulillah, saya ke sekolah menengah adalah pilihan saya sendiri. Saya bercita-cita ke Maahad Muhammadi sejak umur 8 tahun. Pernah satu ketika, saya berkata, esok nak tukar sekolah ke Maahad Muhammadi. Sedangkan umur saya baru 8 tahun. Kenangan budak2 yang lawak/lucu apa2 jelah. Begitulah seterusnya. Ke DQ. Dari UIA PJ bertukar ke UIA Nilai, itu saya putuskan sendiri. Masih ingat lagi. Perbincangan untuk tukar program dari UIA PJ ke UIA Nilai. Hanya 5 minit sahaj dengan ayah saya. Saya bangga hidup dengan ibubapa yang menjadi GUIDER yang terbaik.

Ash Az,
Taman Uda Murni - Medan Ilmu. Kota Bharu.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP