Risalah.

Saturday, May 14, 2011

"Bermulanya risalah itu adalah ia......". Aku tenggelam dalam kusyuk, telinga mendengar dengan patuh, tangan x lepas memegang pensil atau pen, bersedia untuk mencoret di tepi huruf akan apa yang akan diperkatakan oleh guru, otak memerah hingga berkeringat untuk mencatat nota tambahan apa yang difahami.

Diluar pondok, biasanya dipangil kitab, akan tetapi bila dilihat mataku, ia ditulis risalah.

"Dinamakan risalah kerana, si penulis adalah amat
merendah diri, boleh sahaja dinamakan kitab, tetapi mereka amat2 merendah diri". Aku mengangguk faham, lalu mencatat nota tambahan itu.

Lantas, aku teringat seorang pejuang agung dari Anatolia, Bediuzzaman Seid Nurs, yang mana antara magnum opusnya adalah, Risalah Nur, tetapi bila dilihat dengan mataku sendiri, Risalah Nur itu layak digelar kitab kerana tebalnya berjilid-jilid.

Begitulah ulama'2 yang memikirkan masalah2 masyarakat Islam, sanggup menulis beratus-ratus risalah (layaknya ia dipanggil kitab) tidak kira bagaimana keadaan mereka pada waktu tersebut.

Ibn Sina, menyiapkan Canon of Medicinenya di dalam penjara. Syed Qutb menyiapkan Tafsir Fi Zilal di dalam penjara. Seid Nurs, semasa dipenjarakan oleh regim kejam sekular Turki, pernah menulis satu risalah yang mana pada hari ini bermuka surat 20 lebih, tetapi beliau menulis pada kotak mancis sahaja.

Itulah keberkatan ulama' yang ikhlas hatinya kepada menegakkan apa yang diwariskan Rasulullah.

Manakala aku, hanya pandai menulis bilamana ada internet dan di hadapan laptop.

Ash Az
Taman Tarbiah, Guchil Bayam, Kota Bharu.
Hari ke-11 Bulan Musim Panas ke-2 Tahun 1423.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP