Selamat Hari Guru dan beberapa pendapat.

Monday, May 16, 2011

Hari ini, 16 Mei 2011, hari kebesaran guru2 di Malaysia. Hari ini, guru2 diraikan dalam Sambutan Hari Guru, semalam, saya terlihat di televisyen, Muhyiddin memberi ucapan, barangkali untuk Sambutan Hari Guru. Tema tahun ini adalah mafhumnya, ‘Guru Menjana Transformasi Pendidikan Negara’, begitulah barangkali bunyinya.
Hari ini, selepas menadah Faridatul Fara’id di Pasir Tumbuh, pulang ke rumah, makan bersiap ke tempat kerja. Sebelum sampai ke tempat kerja, sempat singgah di Sekolah Rendah Islam an-Nur, niatnya ingin berjumpa seketika guru2 saya yang lama di situ, sekadar ingin menucapkan ‘Selamat Hari Guru’. Bila tiba sahaja, tepat2 pukul 10pg.

Sambil ‘parking’kan C70 saya di garaj berhampiran kantin, sempat melihat nasi2 yang telah siap diisi dengan seketul ayam dan siap sedia untuk dijual. Sebentar kemudian, terdengar pengumuman bahawa semua guru mesti masuk ke bilik mesyuarat, mungkin ada mesyuarat penting, telah hati saya. Tanpa membuang masa, terus saya meluru ke pejabat sekolah, mencari Cikgu Salina, tidak lain tidak bukan, hanyalah ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Sempat berbual ringkas, tidak lebih dua minit, kemudian keluar. Kaki terus dihayun meluru ke bilik guru lelaki, belum sempat sampai terlihat Ustaz Nik dalam perjalanan ke bilik mesyuarat, terus saya bersalam dan memeluknya, lantas mengucapkan SELAMAT HARI GURU, kemudian Ustaz Faris, disalam dan dipeluk juga, di ucapkan juga SELAMAT HARI GURU, berbual sekejap, dan terus ke bilik guru perempuan, terlihat Cikgu Haszarah, guru Sains UPSR saya dan Cikgu Nazini, guru Bahasa Melayu saya darjah 1-4, sempat berbual dengan mereka berdua. Cikgu Haszarah, meminta saya tunggu hingga habis mesyuarat, tetapi saya berterus terang, perlu ke tempat kerja dan datang ni nak ucap dengan lisan sendiri SELAMAT HARI GURU. Cikgu berterima kasih dan saya membalas dan terusk ke C70 untuk ke tempat kerja.

Semasa ingin menghidupkan enjin C70, sempat melihat budak2 yang rehat membeli nasi ayam tadi dengan harga RM 1.50. Jumlah yang sama dengan zaman saya dahulu pada tahun 1996, tapi harga lebih mahal, dulu hanya RM 0.70. Kesian saya lihat mereka, lagi kesian ayah ibu mereka, tidak kesiankah kamu wahai rejim BN?

Untuk guru2 saya di MML, saya akan ziarahi anda pada Sambutan Hari Guru rasmi pada 26 Mei ini. Untuk pensyarah2 di DQ dan CFSIIUM PJ dan Nilai hanya SMS sahaja dapat saya hantar dan terima kasih sudi membalasnya.

GURU DAN LILIN

“Guru ibarat sebatang lilin, sanggup membakar diri sendiri demi kebaikan orang lain”. Begitulah kata2 yang saban tahun saya dengar bila tiba hari guru. Betulkah ibarat sebegitu? Relevenkah dengan masa sekarang? Di sini, ada yag betul dan ada yang salah, ada yang tepat dan ada yang menyeleweng.

Ya, memang perlu akui, guru banyak berkorban, berpenat lelah untuk anak murid. Ada yang tidak tidur malam semata-mata bersedia untuk menghadapi cabaran setiap hari. Tidak lupa juga ada guru yang sambil lewa, maaf ya guru2, ini bukan kritikan, tetapi sekadar teguran untuk sama2 berubah. Banyak juga saya dengar guru2 yang ponteng kelas, terlibat dengan aktiviti luar sekolah hingga terabai murid2 di dalam kelas, lagi tidak patut, kelas ganti pun tidak dibuat. Ada juga yang saya dengar guru yang meminta cuti hingga sebulan semata-mata ingin fokus pada pilihanraya, jika kebetulan pilihanraya di musim sekolah. Banyak yang boleh saya katakan.

GURU BERDIRI, ANAK MURID BERLARI
  
“Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”. Itulah tingginya martabat seorang guru, ibarat sebagai ganti ibu dan bapa di sekolah. Itulah pengiktirafan kepada seorang guru, sebagai wakil kepada penjaga. Ibarat “Bapak borek anak rintik”Tetapi, berapa ramai guru yang sekarang merokok. Lagi teruk, guru disiplin juga merokok. Patutkah begitu wahai guru2 yang saya sayangi di serata Malaysia. Saya mahu katakan, jika guru merokok, jangan marahkan anak murid jika mereka cuba bermain candu. Jika guru ber’couple’, jangan marahkan anak murid jika mereka berzina. Minta jauh kita daripada Allah perkara2 sebegitu.

GURU DAN ROTAN

Zaman ini, pasca Milennium, amatlah sinis jika ibubapa memarahi guru yang merotan anak murid. Bagi saya, yang pernah hidup dalam zaman rotan, perkara itu adalah patut, kerana tindakan itu adalah tepat. Bagi saya, setiap kali dirotan saya akan berfikir, berfikir tentang kesalahan saya, dan cuba melakukan yang terbaik untuk masa yang lain. Dulu, sebelum dirotan atau didenda dengan denda yang berat, saya akan ditanya akan kesalahan saya dahulu, jadi, saya didenda dengan maklum sendiri bahawa saya telah melakukan kesalahan. Apa yang dibuat guru sekarang saya tidak tahu. Ada juga ibubapa yang manja, yang menitiskan air mata jika anak mereka mengadu didenda atau dirotan. Masih saya ingat lagi pada kawan saya, apabila dia memberitahu kepada ayahnya dia dirotan di sekolah, terus bilangan rotan ditambah ayahnya. Kerana bagi ayahnya, itu sebagai cara mengajar, dengan cara itu kawan saya lebih berdisiplin.

PENUTUP

Walau apapun, cubalah sebaik mungkin untuk bakal2 guru yang menuntut di IPG2 dan UPSI, tidak lupa juga yang berada di fakulti2 pendidikan di serata Malaysia. Jadilah Murabbi, bukan sekadar Muallim. Murabbi, itu salah satu sifatnya, adalah bersama anak murid bukan sekadar di dalam bilik darjah, tetapi bersama-sama mereka di padang bola, di gelanggang badminton, bersama mereka di meja makan. Kerana dengan begitu, anda akan dapat mengenal budi pekerti, atau fi’il  perangai masing2, maka ia akan memudahkan anda mengetahui perkara sebenar yang mempengaruhi naik turun prestasi akademik mereka.

Berusahalah kita semua untuk cemerlang di bidang masing2. Ingatlah, walaupun gelarannya hanya CIKGU, tetapi, ia lagi bermaruah daripada gelaran seorang Doktor, I.R., dan semacam gelaran professional yang lain. Jadilah anda semua wahai guru di Malaysia, sebagai guru yang meletakkan tiang seri Akidah Islam yang sebenar dalam perjuangan anda, didiklah anak ummat, bukan setakat anak bangsa sahaja.
“Selamat Hari Guru”

Ahmad Ashraf Azhar (Taski ABIM al-Hikmah, Sekolah Rendah Islam an-Nur, Maahad Muhammadi (Lelaki), Darul Quran JAKIM, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia),
16 Mei 2011, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, 5:16 ptg.

1 Komen:

Ainnafz Monday, May 16, 2011 at 7:11:00 PM GMT+8  

SELAMAT HARI GURU.. terima kasih sb mengajarku perkara yang ku tidak tahu, dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara.. terima kasih..=) Guru juga ibarat Da'ie..

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP