Penakrifan Thiqoh dalam Kepemimpinan.

Tuesday, September 11, 2012


Percaya atau thiqah di sini bermaksud kepercayaan seseorang tentera
(jundi) yang mendalam terhadap kemampuan dan keikhlasan
pimpinannya sehingga menimbulkan rasa kasih, menghargai,
menghormati dan memberikan ketaatan yang penuh kepadanya.


Penakrifan seperti di atas adalah yang langsung diambil daripada teks Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Sheikh Fathi Yakan.

Pada zaman ini, perkataan THIQOH banyaknya digunakan oleh golongan yang berpendidikan agama, seperti sekolah2 agama, maa'had2, sekolah tahfiz, dan juga oleh mahasiswa2 yang bergerak aktif dengan persatuan2 Islam di kampus2 di Malaysia.



Situasi, jika seseorang itu pakai jeans, orang itu tidak boleh thiqoh, atau tidak boleh dipercayai untuk diberikan sesuatu amanah. Ada juga di sesebuah tempat, ahli persatuan dakwah tersebut 'haram' memakai pakaian selain daripada baju melayu atau baju raihan dan seluar 'slack'. Seakan-akan pakaian itu melambangkan Aqidah, jika tidak kena dengan gaya memakai, maka tidak dibolehkan.

Sebenarnya, cara memakai, cara memilih tempat makan, cara makan, cara berjalan, cara bercakap, cara bergaul bukanlah THIQOH, tetapi itu adalah WARA'. Level WARA' inilah yang akan menentukan THIQOHnya orang lain terhadap seseorang itu. WARA' ini ada dihuraikan dlam Maza Yakni dalam bahagian awal.

Ada satu lagi lagi yang mempengaruhi, iaitu 'ALIM, atau berilmu. Seseorang yang berilmu,selalu dipandang berkelayakan kerana mempunyai kelebihan dalam banyak perkara, lebih-lebih lagi jika seseorang itu terlibat aktif dalam persatuan.

Jadi simpulan daripada atas dapat difahami bahawa. 'ALIM dan WARA' adalah perkara utama yang menentukan THIQOH seseorang.Jika kita mahu mengangkat seseorang itu menjadi pimpinan, kriteria lain pula yang kita perlu timbang-tarakan iaitu QAWIYYU dan AMIN.

QAWIYYU (kekuatan kendiri yang tinggi, kelebihan peribadi, termasuklah 'ALIM). Manakala AMIN (amanah, amanah terhadap sesuatu jawatan, tanggungan yang ada padanya).

Dalam sesebuah organisasi, banyak portfolio yang ada. Majlis Tertinggi terdiri daripada Presiden, Pengerusi, Ketua Umum, Setiausaha, Bendahari, dan bermacam-macam istilah yang mempunyai penakrifan tersendiri. Selain itu Majlis Pengurusan, seperti portfolio Kebajikan, Penerbitan, Pengkalan Data, Perhubungan, Politik, dan bermacam-macam istilah yang wujud.

Sebagai contoh, jika mahu memilih seorang Bendahari, sebuah jawatan yang besar dalam sesebuah organisasi, pengurusan wang dalaman organisasi mestilah mantap, jika mahu menerobos pasaran luar, seseorang bendahari itu mestilah memiliki kemahiran2 pengurusan saham, itulah QAWIYYU, tetapi disebabkan endahari ini bermain dengan kuluar-masuk duit, AMIN sepatutnya diletakkan tinggi daripada QAWIYYU.

Bagaimana pula dengan mencari ketua biro/lajnah Penerangan, bolehlah disini kita letakkan QAWIYYU tinggi daripada AMIN.

Walaubagaimanapun, THIQOH mesti ada pada individu2 yang mahu dilantik sebagai pemimpin. Contoh, orang itu hebat pemikirannya, ideanya selalu kreatifm, selalu berlawanan dengan golongan tradisi, tetapi individu tersebut susah mendapat kepercayaan ahli2 persatuan mereka. Jika dilantik ini amat bahaya, mungkin akan berlaku konflik2 kecil yang nanti mengakibatkan krisis pada  organisasi tersebut.

Oleh itu, label untuk menyatakan orang itu THIQOH atau ini tidak THIQOH haruslah dengan berhati-hati. Bukan dengan cara dibawa-bawa angin. Taakulan itu  perlu.

Sekian.

Ahmad Ashraf Azhar,
Library IIUM-IRK Lab,
Jam 1245-1300, 1515-1555,
24 Syawal 1433 Hegira.




0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP