2012 : 1 : Secebis Berkenaan Astronomi.

Sunday, December 20, 2009


Matahari adalah sebuah bintang yang kecil, ia hanyalah bintang dalam kelompok bintang2 yang kecil. Tidak seperti bintang yang di kelaskan sebagai super giant seperti, Antares, Betelguese, Sirius.

Ukuran matahari pula adalah secara melintang adalah 1 392 000 km-100 kali diameter Bumi kita.

Berat matahari adalah 2000 trilion tan-300000 kali berat Bumi walaupun ianya dibuat oleh ALLAH terdiri daripada gas yang paling ringan di alam semesta, iaitu Hydrogen dan Helium.

SOLAR ERUPTIONS

Antara aktiviti matahari adalah, letusan solar (solar eruptions), letusan solar adalah letusan tiba2 yang berlaku di permukaan matahari. Letusan ini akan melepas api yang panas sehingga 10 juta °Celcius yang bertenaga sehingga satu juta bom atom.

Tentu anda pernah mendengar berkenaan angin solar. Angin solar adalah angin yang terhasil daripada partikel2 yang bercas yang dibebaskan oleh matahari. Ia terbebas kesemua arah dan sampai ke Bumi dalam masa 21 jam.

NEUTRINOS

Dr. Adrian Hamsley, seorang saintis muda dengan bantuan rakannya yang mengkaji kerak bumi iaitu Dr. Satnam. Dr. Satnam dalam kajiannya terhadap matahari mendapati pada satu ketika Neutrinos dibebaskan secara besar-besaran oleh matahari.

Neutrinos adalah salah satu daripada Galactic Cosmic Rays (GCRs). Cosmic Rays adalah arus partikel2 yang bertenaga tinggi yang menghentam Atmosfera Bumi.

Neutrinos adalah sangat kecil dan melepasi bumi begitu sahaja tanpa berhenti, ia adalah partikel yang dapat lalu menerusi teras bumi. Sebab itu Dr. Satnam dalam filem tersebut menunjukkan kepada Dr. Adrian bukti air dalam kerak bumi yang menggelegak.

Disebabkan pembebasan yang besar, is akan mengganggu keadaan kerak dan tidak menstabilkan kerak dan akan memporak-perandakan kerak. Begitulah hurain saya berkenaan perkara ini.

TERSIRAT

Lihatlah bagaimana berkualitinya cerita2 daripada Hollywood, mereka mengkaji fakta begitu dalam sekali sebelum mengeluarkan filem. Walaupun terdapat beberapa web sains yang menyanggah perkara yang terjadi dalam filem itu, tetapi lihatlah bagaimana mereka mengaburi mata kita yang kekurangan ilmu ini.

PENUTUP


Oleh itu, hayatilah wahyu pertama "Bacalah". Bacalah dalam erti kata untuk mengkaji dan mencari sesuatu, samada memperkenalkan yang baru atau mengumpulkan yang telah dikeluarkan lalu membukukannya supaya ia dapat dibaca oleh generasi2 selepasnya.

RUJUKAN

-Neutrinos
-IMDB
-Scientific American



2 Komen:

Rijal82 Tuesday, January 5, 2010 at 5:16:00 AM GMT+8  

Tambahan dari ana. Ada sebab Remmerich menisbahkan punca utama "2012" kepada 'kuasa' matahari. Seakan-akan kiamat itu berlaku dek hanya kerana 'karenah' matahari, bukannya ketidakstabilan seluruh sistem alam semesta.

Memilih matahari sebagai objek tumpuan kekuatan adalah simbol penting dari Illuminati yang menyembah syaitan Lucifer iaitu 'tuhan cahaya' (the God of Light).

Kaum Maya adalah seperti kaum Firaun, Saba, Babylon yang menyembah dewa Matahari itu. Syaitan meninggalkan kesan kewujudan dan penyesatan mereka pada manusia dengan kesemua bangsa-bangsa kuno itu mempunyai persamaan bangunan pemujaan iaitu PIRAMID.

Untuk lanjut, anta saksikan “The Arrival” Part 4. Saksikan bagaimana "Firaun" sentiasa wujud pada setiap zaman. Firaun akhir zaman adalah Dajjal laknatullah.

Ahmad Ashraf Friday, January 8, 2010 at 3:42:00 AM GMT+8  

terima kasih, nati ade masa free, ana akan cuba explore lagi...

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP