Bas Siang Hari, Membaca & Melihat

Sunday, February 28, 2010

Assalamu'alaykum kpd semua kawan2, rakan2, teman2, sahabat2 pembaca sekalian.

Walaubagaimanapun keadaan kalian semua, ketahuilah ade hikmah yang besar disebaliknya.

Sejak umur saya menjangkau 18 tahun, telah banyak bas ekspres yang telah saya naik.


Sejak kecil lagi, dengan didikan keluarga, saya menjadi insan yang gemar membaca dan saya merasakan masih belum cukup lagi bahan bacaan saya.

Sejak hari pertama saya melihat, walaupun tidaklah saya ingat bila dan apa yang pertama dilihat, telah banyk baik dan buruk telah saya lihat. Sesungguhnya dikala merantaulah, penglihatan saya menjadi rencam.


BAS SIANG HARI

Dengan hati yang ikhlas dan mulus, saya amat senang menaiki bas ekspres pada siang hari, x kira kemana destinasi yg dituju, saya amat senang.

Bila menaiki bas di malam hari, biasanya saya habiskan malam yang gelap itu dengan mendengar mp3-mp3 ceramah, atau radio pilihan saya iaitu IKIM atau BERNAMA RADIO, itulah sahaja aktiviti yang saya dapat lakukan pada malam hari di atas bas.

Kadang2 terasa juga terisi kebosanan dengan pesanan2 ringkas daripada kawan2 n junior2 yg sering bertanyakan masalah. Hati kecil memujuk, 'Biasalah, budak2 banyk tny tu tanda bagus, baik bertanya daripada buat xtaw lalu natijahnya debu sahaja'.

Tetapi jika menaiki bas siang hari, perkara malam hari itu berubah hampir seluruhnya, mp3 tidak dilayan sangat. Akan tetapi mata saya lebih cenderung untuk membaca atau melihat. Jika dulu saya banyk sekali menghabiskan masa di atas bas untuk melihat keadaan sekeliling, lebih2 lagi tempat yang x pernah dilalui.

Memandangkan jalan Kota Bharu - Kuala Lumpur telah masyi dalam kepala saya, aktiviti saya ialah membaca, saya pernah habiskan satu buku berkaitan sejarah semasa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Di waktu lain saya juga mengisi masa di atas bas siang hari dengan membaca akhbar, akhbar alternatif menjadi pilihan saya kerana ia amat seronok dibaca, lebih2 lagi jika ia berkaitan dengan isu semasa yang memerlukan fakta2 berat untuk dihuraikan.

Tidak bermaksud akhbar harian saya tidak minat, tetapi saya tidak gemar akan pengisiannya, terlalu bias, dan apa yang paling tidak saya gemar adalah pembaca2 akhbar harian dihidangkan dengan lauk2 'seks' sahaja. Saya amat malu dengan budaya masyarakat kita yang terlalu ghairah dan tanpa segan silu membeli akhbar tersebut.

MEMBACA

Membaca telah menjadi hobi pertama saya sejak sekian lama. Saya masih ingat ketika dimana pada umur lima tahun, sewaktu belajar di Taski ABIM al-Hikmah, saya sudah pandai membaca iklan2 rancangan di televisyen. Walaupun mama sehingga sekarang masih menyangkal, tetapi percayalah, saya masih ingat peristiwa itu hingga sekarang.

Sejak saya belajar di CFS, waktu saya untuk bersama hobi utama saya amat terbatas. Selama dua sem di PJ, hanya dua buah buku sahaja yang sempat dihabiskan. Buku yang bersaiz tapak tgn itu amatlah nipis, tidak sampai setengan sentimeter pun. Sebab itu pada waktu cuti hujung sem, saya akan melepaskan gian mengkhatamkan sebanyk mana buku2 yang telah saya beli. Buku2 yang ada pada perpustakaan saya kebanykkannya masih belum dibaca secara teliti. Kebanykkan saya melihat sikit2 atau sekadar rujukan.


MALAM

Akan tetapi bila saya berada di rumah, waktu saya banyk di habiskan di hadapan komputer, aktivitinya masih sama, iaitu membaca, tetapi bacaaan saya adalah blog2 tokoh ternama, blog2 ilmuwan2, blog2 rakan untuk mengetahui perkembangan terbaru dan macam lagi blog yang dikunjungi.

MAHASISWA MANDOM

Saya amat malu sebenarnya denag bangsa saya, terutama sekali mahasiswa2. Apa yan g saya malu adalah meeka amat sekali kurang membaca buku2 ilmiah. Jika baca pun, komik2, majalah2 hiburan, majalah2 kenderaan. Memang benar otak kita memerlukan hiburan untuk berehat, tetapi ingatlah bahawa hiburan yang dipilih mestilah berlandaskan jalan hidup yang suci ( fitrah), bukan hiburan yang merapu, bukan hiburan yang mendedahkan aurat yang mengaibkan.

Justeru, saya amat2 berharap kepada banin2, banat2, brother2, sister2 supaya ubahlah paradigma anda. Anda semua amat berpotensi, sebab itulah anda terpilih untuk melanjutkan pengajian. Oleh itum gunalah kesempatan ini sebaik mungkin.

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"
~wahyu pertama~

1 Komen:

Farah al-yusra Thursday, May 13, 2010 at 6:34:00 PM GMT+8  

subhanallah..Alhamdulillah..mg hobi seperti ust menjadi ikutan para sahabat sahabiah, mahasiswa/i terutamanya bangsa kita, bangsa MELAYU..bukan sj membaca bahkan mengkaji apa yg dibaca..mg Allah permudahkan kami semua sbgmana ust..

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP