FSCC, MRC dan FRC ada jurang?

Friday, January 14, 2011

Oleh : Ahmad Ashraf Azhar, Ketua Biro Penerbitan dan Informasi MRC MARA.


Foundation Students Coordination Council (FSCC)


Mahallah Representative Committee (MRC)


Facilitator Representative Committee (FRC)



Beberapa hari lepas, semasa mesyuarat untuk Forum : Fesyen Menuju Syurga yang akan berlangsung pada 18 Jan 2010.

Di akhir sesi mesyuarat, saya membuat kelainan. Membuka sesi soalan bebas, yang tidak berkaitan dengan tajuk mesyuarat, dengan berharap ada soalan-soalan, teguran, kritikan terhadap MRC.

Tanpa dijangka, ada seorang ahli mesyuarat, pelajar tahun satu bertanya.

"Kenapa nampak macam FSCC, MRC, FRC ada gap?" Tidak dapat saya dan sahabat-sahabat MRC yang lain menjangka soalan seperti itu.

Soalan tetap soalan, soalan tetap ada jawapan.

Jadi, psot kali ini, saya mahu menjelaskan beberapa perkara berkenaan soalan tersebut.

1. Bagi saya, memang ada perbezaan ataupun ketidaksamaan antara FSCC, MRC dan FRC. Kerana tiga badan pelajar ini mewakili jabatan yang berlainan dan bidang tugas yang tidak sama.

FSCC mewakili Students Activities Department (STAD)
MRC mewakili Residential, Management, and Discipline Department (RMDD)
FRC mewakili Leadership and Training Department (LTD)

2.Para pelajar mestilah memahami jenis-jenis majlis/perwakilan/badan/persatuan/kelab yang wujud di CFS IIUM. Entiti-entiti yang disebutkan di atas adalah amat berbeza antara satu sama lain dari segi objektif, pelaksanaan gerak kerja, kumpulan sasaran.

Pertama, majlis/perwakilan yang mewakili jabatan-jabatan induk yang berkaitan pelajar.
FSCC
MRC
FRC

Kedua, Academic-based Society.
IRKSS
HSSS
BARSS
ECONSS
BENSS
MEDCY
ENGENIUS
MELEX
PRESS
INTECH
IDEA

Ketiga, Kelab/persatuan yang berkaitan minat pelajar.
seperti

Persatuan seni mempertahankan diri
Kelab rekreasi
Red Creasent
Kelab keusahawanan
dan lain-lain

Keempat, Sekretariat
Iqra'

3.Tujuan post kali ini adalah bertujuan menjelaskan beberapa kekeliruan yang berlaku seperti soalan di atas. Mungkin gap yang dimaksudkan itu adalah gap ukhwah. Saya sebagai salah seorang Head Comm MRC tidak merasakan wujudnya perkara sebegitu. Untuk pengetahuan, Ramadhan lepas FSCC, MRC, dan FRC telah bergabung di bawah satu bumbung untuk menjayakan program Ihya' Ramadhan, program yang besar dan juga sarat dengan akitiviti itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat CFS. Saya amat-amat berharap, cakap-cakap belakang terhadap tiga badan utama pelajar CFS ini tidak berlaku lagi. Sebarang permasalahan atau kekeliruan adalah tidak salah jika dibincang terlebih dahulu.



0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP