Soal cinta/perasaan/hati/jiwa pasti no.1

Wednesday, January 26, 2011

Assalamualaikum,

Terima kasih sudi membaca lagi blog ini.
Kepada pertama kali datang, selamat datang.

Rata-rata pemerhatian kasar saya, di Blogspot, Facebook, YM. Post/Status yang berkaitan cinta/perasaan/hati/jiwa sering mendapat perhatian. Mesti di like banyak. Kadang-kadang linkkan berkenaan pertunangan, perkahwinan, khitbah. Saya tidak bertujuan mempersalahkan perkara itu.

Apa yang mahu di'hilight'kan disini adalah, fokus. Rata-rata yang psot di status/wall adalah golongan muda. Persoalannya, tiadakah fokus untuk perkara-perkara lain?

Sepatutnya golongan muda, penuhkan ilmu-ilmu di dada, bukan saya menafikan, ilmu berkenaan perkahwinan. Tetapi cubalah fokus terhadap perkara-perkara lain.

Memang tidak salah menyempurnakan Maraatibul Amal, tetapi cubalah lihat 10 Muwasafat Tarbiah. Adakah sudah selesai. Memang kita tidak mampu tunggu hingga sempurna 10 perkara itu, tetapi cubalah sedaya upaya menyempurnakan perkara itu, barulah boleh beralih ke step seterusnya.

Ada saya perhatikan, amat ralit bercakap berkenaan kahwin. Tetapi bila bercakap bersama ibubapa, adab ibarat langit bumi jauhnya.

Bila bercakap berkenaan tunang, mesti ambil port. Tetapi bila masuk perbincangan berkenaan tarbiyyah, dakwah, amat jauh untuk ambil port.

Sebagai pemuda, masa muda itu amat berharga, andailah bagus jika kita sebagai pemuda, habiskan majoriti umur kita menadah ilmu. Cambahkan thaqafah(pengetahuan). Tingkatkan kemahiran diri. Ada satu kajian mengatakan seseorang individu itu mampu mempelajari 120 kemahiran. Oleh itu, gunakanlah masa muda semampunya untuk belajar sebanyak mungkin kemahiran.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP