Untukmu Wanita : Tribut Hari Wanita Sedunia

Tuesday, March 08, 2011



Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Maznah Daud

Umat Islam di negara ini perlu kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik dapat dinikmati dalam erti kata sebenar.

Perjuangan pembelaan hak wanita pula hendaklah selaras dengan apa yang digariskan oleh syarak iaitu untuk memartabatkan kedudukan wanita yang benar-benar sejahtera merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.

Pembangunan potensi wanita mesti berasaskan kepada satu sistem nilai yang menyeluruh meliputi pengukuhkan jati diri yang juga merangkumi aspek aqidah dan pegangan hidup, akhlak, jasadiah dan insaniah.

Jika kesaksamaan menjadi kayu ukur kejayaan yang diperjuangkan, dapat dilihat bahawa wanita di Malaysia telah berupaya menceburi dalam hampir kesemua bidang yang diceburi oleh kaum lelaki.
Namun demikian, ujarnya pada masa yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya.
Siti Zailah Mohd Yusuf, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Gologan wanita yang berkualiti sangat diperlukan untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara.
Seperti kata pepatah, wanita adalah tiang negara. Kalau wanita rosak, rosaklah negara. Kalau lihat dari sudut agama, Islam meletakkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita malah Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memartabatkan wanita. Islam meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada wanita,
Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, AJK PAS Pusat
Golongan wanita harus menyedari peranan mereka dalam meberikan kesedaran politik (Politicalsociolization) kepada anak-anak dan keluarga.
"Wanita sudah lama memainkan peranan dalam politik. Kalau tengok revolusi Iran dulu didepani wanita.
"Wanita memainkan peranan dalam membentuk pemikiran politik anak-anak ,suami dan juga rakan sekerja,"

Golongan wanita tidak harus dipinggirkan dalam menentukan dasar negara dan hanya menjadi pemerhati politik sahaja.
"Kita tidak mahu lagi wanita terpinggir dari segi politik, hanya menjadi pemerhati dan penerima sahaja tetapi wanita juga penentu hala tuju politik negara kerana wanitalah yang menanamkan nilai-nilai keluhuran dan kesamatarataan kepada anak-anak.
"Guru-guru yang sebahagian besarnya wanita juga memainkan peranan penting untuk menanamkan bahawa politik ialah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua orang, bukan hanya lelaki sahaja,

Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa, AJK Muslimat PAS Pusat
Kaum wanita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dalam semua bidang.
"Saya harap kaum wanita bersikap positif, berani dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu supaya lebih maju dalam pemikiran untuk memajukan negara,"

sumber: 1, 2

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP