‘Tafaanun fil Ibaarah’ dalam pengajian Tauhid

Saturday, May 21, 2011



“Kenapa sifat Allah yang ke-4 daripada 20 sifat jika bersabit dengan Abu Hasan al-‘Asy’ari atau yang ke-3 daripada 13 jika bersabit dengan Abu Mansur al-Maaturidi yang berbunyi ‘Mukhalafatuhu lilhawadis’ itu ada dhomir (gantinama ‘hu’)? Tanya Sang Guru kepada murid2nya?
Seperti biasa, semuanya tunduk kepala, ada yang tidak tunduk kepala, tetapi mata mereka yang berkalih kebawah.
Sang Guru lalu mengangkat tangannya, lagak yang biasa bilamana mahu berkata-kata. “Ini kerana adanya  ‘Tafaanun fil Ibaarah’  ?” …”Apakah itu ‘Tafaanun fil Ibaarah’ “?
‘Tafaanun fil Ibaarah’  adalah salah satu cara dalam ilmu Badi’ , cabang disiplin ilmu Balaghah. Ini kerana mungkin ulama dahulu mahu mengelak para penuntut ilmu merasa jemu. Bermula daripada Wujub, kemudian Qidam dan Baqa’, semua dalam bentuknya yang sama. Maka didatangkan yang ke-4 Mukhalafatuhu ada dhomir ‘hu’ pada hujungnya.
Samalah juga kita sehari-hari. Makan juga berlainan lauk setiap hari, jika hari ini kicap, esoknya ataupun lusa ditukar kepada budu. Begitu juga dengan pakaian.
Sang Guru menambah, “Sebab itu, dalam mengamalkan Islam, ada 5, jika setakat solat sahaja, kita akan rasa jemu, sebab itu adanya puasa. Dalam setahun, bermacam-macam ibadah boleh kita lakukan. Begitu juga dengan zikir, ada bermacam-macam zikir.”
Murid2nya yang tekun itu, terus mencatat di nota masing2.
“Ini adalah kerana untuk mengelak jemu”…berhenti sekejap. Lalu menyambung  “ Akan tetapi, bagi orang2 yang dalam Tarikat, yang sedang bersuluk, jika datang jemu, suluk mereka akan batal”.
Nota tambahan itu tidak terlepas daripada situlis oleh murid2.
Dengan melihat dengan cara yang lebih luas atau siluar kotak. ‘Tafaanun fil Ibaarah’ sebenarnya terdapat di mana sahaja.
 Dalam ucapan, adanya ucapan yang bermacam-macam jenis. Jika senada sahaja ucapannya, pendengar akan jemu. Jadi untuk mengelakkan jemu, adanya unsur2 humor, adanya gesture badan yang memukau penonton. Ada yang suara nada tinggi.
Dalam dakwah, uslubnya sendiri sudah terpecah lima. Ini kerana, jika seorang daie itu berdakwah dengan bil hal sahaja. Itu tidak mencukupi. Sebab itu perlu kepada dakwah bil lisan atau yang lain seperti dakwah bil kalam. Begitulah juga dengan uslub2 dakwah yang lain.
Tuntasnya, ciptaan ALLAH seperti warna itu sendiri sudah cukup untuk mendamaikan mata kita. Menjadikan hidup kita warna-warni pada zahirnya, dan begitulah juga hidup pada batinya yang hitam, kelabu putih. Ia terpulang pada warna apa yang kita pilih.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP