Partisipasi : Skil sosial Muhammad S.A.W.

Thursday, October 13, 2011

Mafhum daripada Raheeq Makhtum :

"Muhammad pada umur 5 tahun, semasa sedang bermain-main bersama rakan-rakannya, lalu datang Jibrail merebahkannya lalu membedah dada baginda. Lalu bertempiaran lari rakan-rakan baginda yang sedang bermain dengan perasaan yang takut"

"Sewaktu sedang menjaga gembalaannya, Muhammad yang pada waktu itu masih muda, meminta kawannya menjaga gembalaannya sementara waktu kerana mahu bertandang ke sebuah walimah. Pabila sampainya di tempat keramaian itu, baginda tertidur hingga berakhir majlis"
Rata-rata di kalangan kita, bila diceritakan perkara seperti di atas. Lantas terfikir di benak kita peristiwa yang pertama adalah, proses penyucian hati seorang manusia yang bakal menjadi pemimpin umat. Begitu juga, kita kita dalam skop yang sama, kita akan memandang peristiwa kedua adalah proses ALLAH menjaga hamba-NYA yang bakal menjadi Rasul supaya tidak melihat, mendengar maksiat yang berlaku pada waktu itu. Jika begitu pandangan alam kita, maka kita tidak dapat melihat perkara disebalik, kerana, kita akan menganggap, biasalah itukan nabi.

TETAPI, ada satu skop yang kita perlu tahu iaitu skil sosial yang praktiskan oleh baginda.


PARTICIPANT OBSERVATION

Sebelum dijelaskan lebih lanjut, cuba kita berkenalan dengan satu kaedah dalam bidang Sains Kemanusiaan atau Sains Sosial, lebih-lebih lagi jika kita fokus pada bidang Antropologi. Istilah tersebut adalah participant observation, atau, dalam bahasa melayu bolehlah saya namakan sebagai pemerhati bersama.

Br. Alizaman D. Gamon
Mengikut wikipedia, participant observation adalah salah satu daripada strategi penyelidikan. Kaedah ini banyak digunakan dalam bidang Antropologi, selain Sosiologi, Pengajian Komunikasi dan Psiko-Sosial juga menggunakan kaedah ini. Tujuan kaedah ini adalah untuk mendapat maklumat dengan terperinci. Seorang penyelidik yang menggunakan kaedah ini mestilah bersama-sama dengan subjek kajian.

Seperti dilakukan oleh pensyarah saya, Bro. Alizaman D. Gamon, semasa kajian Antropologinya, beliau pernah tinggal bersama orang asli selama tiga bulan. Dalam tempoh itu, beliau bersama-sama orang asli melakukan aktiviti bersama-sama, mendalami bagaimana kehidupan seharian, berfesyen seperti mereka, makan dengan gaya makan mereka,  merasai bagaimana mereka mencari sumber rezeki dan lain-lain.

Pendek kata, seseorang yang menggunakan kaedah ini, seperti telah menjadi sebahagian daripada subjek kajiannya. Sudut negatif kaedah ini, adalah data yang dikumpul itu mengambil masa sehingga tiga bulan. Jika tugasan itu setahun, maka setahunlah. Tetapi, sudut positifnya, kita akan mendapat ,maklumat yang lengkap, malahan dapat mengolah dengan terperinci.

Abu Rayhan al-Biruni
Kaedah participant observation boleh kita dedikasikan kepada ilmuwan Islam yang bernama Abu Rayhan al-Biruni. Beliau adalah seorang Parsi yang mengemukan kaedah kajian yang mendalam mengenai  masyarakat, budaya dan agama bagi benua kecil India. Kemudian bidang ilmu ini dekenali sebagai Indologi.

Al-Biruni adalah pakar dalam bidang-bidang seperti Fizik, Antropologi, Sosiologi Perbandingan, Astronomi, Ilmu Nujum (astrologi), Kimia, Sejarah, Geografi, Matematik, Perubatan, Psikologi, dan Teologi.

PARTISIPASI

Partisipasi adalah mudah difahami adalah tindakan bersama-sama dalam aktiviti sebuah kumpulan.

Walaupun perbezaan participant obeservation  dan pertisipasi ini amat jauh. Adalah cukup bagi kita memahami bahawa, untuk mengetahui apa yang berlaku dalam masyarakat, kita mesti bersama-sama masyarakat. Jika kita bertindak sebaliknya dengan menonton dari luar, kita boleh mengagak apa yang berlaku, tapi kita tidak dapat memahami dengan mendalam apa yang berlaku sebenar.

Dalam peristiwa pada permulaan tulisan ini, cuba kita lihat kejadian sebelum Nabi SAW dibelah dan kejadian dimana baginda tertidur di majlis keramaian.

Disini dapat difahami bahawa, Baginda Rasul, sebelum dilantik sebagai Rasulullah, adalah seorang yang bersama masyarakat sejak kecil lagi, malahan tabiat bergaul itu berterusan sehingga menjadi Rasul

DUNIA HARI INI

Seorang pemimpin sebuah masyarakat mestilah memiliki kemahiran untuk bersama-sama masyarakat sebelum dilantik ataupun ditabalkan sebagai pemimpin. Dengan ini, mereka sudah memiliki penagruh yang luas daripada kenalan, dan kenalan mereka tidak teragak-agak untuk menyatakan kebersamaan mereka kerana sudah tersedia mutual undersatnding antara pemimpin-rakyat.

Lebih-lebih lagi kepada golongan yang mem bawa panji agama mereka lagilah dituntut untuk bersama masyarakat. Bersama-sama melakukan aktiviti bersama masyarakat seperti beriadah, menghadiri kenduri tanpa mengira latar belakang politik atau sentimen-sentiman negatif. Apa yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin adalah membina network atau rangkaian yang berkualiti.

PENUTUP

Jika kita berbicara mengenai Nabi Muhammad SAW, kita mestilah mendalami buku-buku yang mengisahkan berkenaan baginda, sebagai contoh Raheeq Makhtum adalah sampel yang bagus untuk mengenali Nabi akhir zaman. Dengan mengenali peribadi Nabi ALLAH Muhammad, kita akan mengenali Islam itu secara praktikal. Bukankah Saidatina A'isyah berkata " Sesungguhnya akhlaknya adalah akhlak al-Quran".

Mengenali Rasulullah adalah indah.




SUMBER :
Kuliah Raheeq Makhtum - Mohd Syaari Ab Rahman - Anjuran Maaruf Club
Wikipedia - participant observation
Wikipedia - al-Biruni

Ahmad Ashraf Azhar,
15 Zulkaedah 1432 H,
Kafe Siddiq, UIAM.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP