Teori Pemikiran Puan Eleanor Roosevelt

Saturday, November 12, 2011

Madah puan Eleanor Roosevelt:

"Great minds talk about ideas, average minds talk about events, and small minds talk about people."  (Pemikiran hebat berbicara mengenai idea, pemikiran pertengahan berbicara mengenai peristiwa, pemikiran yang rendah berbicara mengenai orang)

Mengikut idea Puan Roosevelt, pemikiran manusia dibahagi pada tiga tahap. Tahap orang yang hebat (selalu berbincang mengenai idea), tahap sederhana (bincang peristiwa), dan tahap paling rendah (bincang orang lain). Itulah starata yang diberikan oleh beliau.



Maksud sebaliknya tidaklah saya ketahui, tetapi, satu persoalan, adakah jika seorang yang hebat, bila berbual dengan orang tahap rendah, adakah mereka mahu terus berbincang pasal idea, bolehkan difahami orang di tahap rendah itu. Bagaimana pula jika orang tahapp rendah berjumpa dengan orang tahap hebat, mahukan orang 'hebat' itu mahu melayan orang yang tahap rendah itu berbual berkenaan orang lain.

Soal ini sebenarnya adalah soal pemikiran. Pemikiran ini ada tahap2nya dan juga ada bahagian2nya.

TAHAP UMUR

Umur akan membezakan cara seseorang berfikir dan bertindak, lebih2 lagi apabila ia ditambah dengan pengalaman seseorang, samada pengalama itu baik atau buruk, ia betul2 mempengaruhi seseorang.

Bezakanlah sendiri seorang budak dengan seorang dewasa, cara bercakap berfikir, menyelesaikan masalah amat berbeza.

Tetapi, dalam bermasyarakat, muda diajar hormat sang tua, sang tua diajar menyayangi si muda. Itulah adab masyarakat kita.

Pernah dalam kuliah Tok Guru Nik Aziz, beliau menceritakan Nabi SAW ada juga bergurau dengan budak2 dengan bertanya berkenaan (seingat saya) barang mainan kanak2 tersebut. Ini menunjukkan, tidak salah orang yang hebat seperti Nabi SAW merendahkan bicaranya daripada 'idea' kepada 'barang'. Inilah juga bukti FATHONAH pada sifat2 wajib bagi Rasulullah SAW.

Jika diaplikasikan pada masyarakat sekarang, seorang yang tua/cedik pandai harus menyantuni kanak2/golongan sederhana dan biasa dengan bahasa mereka. Sebab itu juka diperhatikan pada musim2 pilihanraya, selain tawaran projek2, barang dapur seperti beras gula turut menjadi bahan kempen.


TAHAP KAJIAN AKADEMIK

Bebarapa hari lalu saya ade berjumpa dengan seorang mahasiswa Fiqh & Fatwa. Kawan disebelah saya bertanya pada beliau, "Apa tajuk tesis", dijawab "tokoh2 ilmu falak". Lalu kawan saya mencadangkan supaya lebih baik baginya yang dalam Fakulti Fiqh & Fatwa cuba fokus pada permasalahan2 yang berlaku dalam fiqh Falak, masih banyak lagi yang boleh dibahaskan dalam ilmu Falak.

Begitu juga yang saya perhatikan dalam presentation di dalam kelas. Rata2 mengambil jalan tengah iaitu bentang 'cause and effect'. Tidak ramai yang cuba memberikan idea atau jalan penyelesaian terhadap satu2 isu yang berlaku. Sedangkan, cause and effect adalah peristiwa yang telah lalu. Sekarang kita dituntut untuk menyelesaikan masalah2 tersebut.

PENUTUP
Berbicara mengenai orang dan peristiwa(sejarah) adalah perkara yang lepas. Kita tidak juga boleh kata bicara ini adalah sia2 kerana, perkara yang lepas itu juga penting untuk diambil iktibar. Mengetahui keburukan seseorang lebih2 lagi dalam prosesd pemilihan pemimpin adalah perlu. Ini supaya nanti pemimpin yang kita lantik itu tidak2 sia2 sumbangannya.

Bicara idea, bicara masa depan, Ini juga dituntut dalam kita menggapai masa depan gilang gemilang. Dr Zulkifli Muhammad, bekas Timbalan Presiden PAS, adalah seorang yang digeruni oleh kawan dan lawan, beliau sentiasa diingati kerana ucapan2nya menjangkau zaman. Pernah beliau berpidato di Parlimen 4 jam tanpa henti.


Jadi, itulah
Great minds talk about ideas, average minds talk about events, and small minds talk about people"
 Sekian,

Kota Bharu, Malaysia.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP