Kaab Malikkah aku?

Sunday, December 04, 2011

Alhamdulillah, masi htidak terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru 1433.


Prereg dah tutup, Alhamdulillah, dapat dua sahaja, yang lain hanya reserve.

Tak apalah, mungkin ALLAH mahu takdirkan aku untuk manual registration. Negatifnya manual registration adalah ianya memakan masa, beberapa arahan birokrasi perlu dilalui. Positifnya, kita dapat berjumpa lecturer direct, dapat mengenalinya dengan dekat. Dapat memberi salam secara berdepan. Bukankah nabi mangajar "Sebarkanlah salam antara kamu".



Sepatutnya, sekarang saya bukan berada di biilik. Tetapi berada tempat meeting untuk diskusikan SPSS. Tapi apakan daya, badan sakit2, badan bergerak perlahan. Latihan kayak pada hari ini juga seperti diponteng.

Letih bukan sembarangan letih, letih kerana berukhwah. Letih kerana menambah thaqafah. 
 من امسى كالاً من عمل يده اميى مغفو را له
"Sesiapa yang berada di waktu petang dalam keadaan dia penat kerana bekerja, akan mendapat keampunan"
Hadith di atas daripada Majmak az-Zawaid: 4/46 - Kitab Jual Beli - Bab Bekerja dan berniaga. Dinisbahkan kepada at-Tabrani di dalam kitab al-Ausat.

Moga2 hadith di atas betul saya gunakan. Takut juga saya jika saya tergolong seperti yang dicatatkan dalam surah Taubah ayat 41.
اِنۡفِرُوۡا خِفَافًا وَّ ثِقَالًا وَّ جَاہِدُوۡا بِاَمۡوَالِکُمۡ وَ اَنۡفُسِکُمۡ فِیۡ سَبِیۡلِ اللّٰہِ ؕ ذٰلِکُمۡ خَیۡرٌ لَّکُمۡ اِنۡ کُنۡتُمۡ تَعۡلَمُوۡنَ
"Go ye forth, (whether equipped) lightly or heavily, and strive and struggle, with your goods and your persons, in the cause of Allah. That is best for you, if ye (but) knew"
"Berangkatlah kamu dalam keadaan senang atau susah, dan berjihadlah pada jalan ALLAH dengan harta kamu dan diri kamu, yang demikian itu baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.
Bersyarah, bercakap dalam usrah, liqo' memang senang. Tapi bila di uji. Bila di antara dua keadaan. Disitulah penilaian kita di praktikkan.

Hujan di luar semakin melebat, mungkin kesan tengkujuh. Tapi bagaimanakah keadaan saya sekarang? Adakah lari dari menunaikan tanggungjawab. Badan masih lagi sakit, jika bernafas, terasa senak di badan. Mungkin badan ini perlu berehat.

Di kepala katil, lapan bijik buku menanti untuk dibaca. Tiga dibeli (Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, Rasuh : Sifat Sebab Fungsi. Kesemua hasil tulisan Almarhum Syed Hussein Alatas), tiga dari library( Medical Sociology by Hannah Bradby, Critical Social Theory by Nick Crossley, The Renascence of Sociological Theory by Etzkowitz&Glassman), 2 pinjam dari kawan(Menerjang Badai dan Nazarat Risalah Taalim daripada Ibn Khattib). Tapi nak baca buku tiada mood pula jika badan sudah letih. Otak pun juga letih.

Entahlah, hujan diluar sudah berhenti, tapi angin masih kencang.Di kepala runsing sambil mengharap, aku tidak mahu jadi seperti dalam cerita Kaab bin Malik .

Mahallah Siddiq.
8 Hijrah 1433.
5.13-5.55pm.

1 Komen:

Anonymous,  Monday, December 5, 2011 at 1:01:00 AM GMT+8  

Masyaallah, baru minggu lepas baru dipentaskan cerita Kaab bin Malik di bumi Mu'tah ni.. Sirah buat ibrah, mengetuk para dai biar tak jemu memberi walau apa terjadi.. Kaab, jawapan taubatnyanya selepas 40 hari 40 malam akhirnya terjawab..

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP