Ke Arah Pendidikan Percuma di Peringkat Sekolah

Sunday, March 16, 2014

Oleh: Ahmad Ashraf Azhar

Ulung ilmuan ada bermadah bahawa pendidikan itu adalah proses yang memanusiakan manusia. Menjadikan seseorang manusia itu sebagai seorang manusia yang penuh nilai-nilai kemanusian memerlukan sebuah usaha yang jitu. Ia mesti datang dari usaha yang menyeluruh termasuklah keluarga, jiran-jiran, komuniti, kerajaan hinggalah kepada individu itu sendiri. Kenapa saya bercakap begini? Ini kerana pendidikan itu targetnya adalah kepada individu walaupun ia dibuat secara kolektif yang skala besar seperti kelas, dewan kuliah, madrasah-madrasah tetapi manfaat akhirnya adalah individu yang akan lahir dari sebuah proses (pembentukan) yang panjang.
Konvensyen Pendidikan
Sabtu 21 Disember 2013, Teach for The Need (TFTN) telah menganjurkan Konvensyen Pendidikan Ke-2 TFTN dengan tema ‘Pendidikan Cinta – Demi Masa Depan Malaysia’. Falsafah ‘cinta’ dalam pendidikan adalah perkara yang susah untuk dipisahkan, bayangkanlah seorang quru yang tekad mendidikan anak murid mereka, mana mungkin tiada cinta dalam hati untuk melihat anak muridnya kelak berjaya, menjadi manusia yang berguna pada diri, membawa rahmat pada keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat yang terbanyak.

 Konvensyen yang saya perhatikan, majoriti yang hadir adalah golongan muda. Ada mahasiswa daripada KIAS, Kota Bharu datang semata-mata konvensyen, amat kagum saya kepada beliau.
Saya yakin, semua yang hadir konvensyen tempoh hari adalah golongan yang tegar dengan media sosial, bagi mereka media sosial bukan lagi tempat berhibur seperti ‘arwah’ Friendster, MySpace dan Hi5, tetapi menjadikan media sosial sebagai sumber primer untuk mendapat maklumat yang terkini. Perkara ini telah dibuktikan ketika berlakunya Arab Springs yang mana ia bermula dari mesej-mesej ringkas Twitter dan Facebook
Itulah pentingnya media sosial dan kesannya seperti yang telah dicontohkan. Tapi, itu di Timur Tengah, dan pasti Malaysia amat berbeza. Saya secara peribadi tidak mahu revolusi seperti itu berlaku kerana pasca-revolusi adalah fasa-fasa yang  susah untuk diduga. Proses pembaik pulih pasca revolusi memakan masa, bukan hanya setahun boleh selesai. Lihat sahaja Mesir.
Pendidikan Percuma
Teori asas free education (pendidikan percuma) adalah, kerajaan menawarkan kepada rakyat sebuah pendidikan percuma tanpa yuran, sebaliknya perbelanjaan pendidikan itu datang daripada percukaian.
Persoalan yang perlu kita tanya jika mahu laksanakannya di Malaysia, siapakah target pendidikan percuma, kanak-kanak awal sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat pengajian tinggi, pelajar-pelajar ijazah kedua, adakah pendidikan percuma itu termasuk pelajar dari luar negara? Ini persoalan-persoalan yang perlu kita selesaikan untuk melaksanakan pendidikan percuma di Malaysia.
Bagi saya, pendidikan awal seperti tadika, sekolah rendah dan menengah haruslah dahulu diberikan keutamaan oleh kerajaan buat masa ini. Percuma dari segi yuran, pakaian, alat bantu pembelajaran, ini kerana perkara-perkara asas seperti inilah yang dimiliki susah oleh rakyat yang kurang pendapatan. Tanya sahaja ibu bapa di awal tahun, inilah rungutan mereka terutama keluarga yang berpendapatan rendah dan juga mereka yang tergolong dalam lingkungan miskin bandar (urban poverty).
Idea seperti di atas boleh diaplikasi di sekolah-sekolah kerajaan. Selain itu, kerajaan juga mesti memilih dan mengenal pasti sekolah yang berpeluang untuk mendapat bantuan-kerajaan. Tetapi perlulah ada syarat-syarat yang tersendiri supaya layak mendapat bantuan kerajaan. Setelah mampan pendidikan di peringkat persekolahan, barulah kerajaan beralih kepada untuk mempercuma pendidikan peringkat tinggi.
Kerajaan dan Persoalan Autonomi
Apa yang bermain di minda saya, jika kerajaan sudi memperkenalkan pendidikan percuma, adakah kerajaan berani untuk memperkenankan sekolah mempunyai autonomi pendidikan sendiri. Adat orang memberi, mahu segala kata-katanya diikuti. Sediakah kerajaan untuk bertindak sebegitu?
Ini kerana, sistem pendidikan di Malaysia adalah terlalu berpusat (centralized), semua sistem pemarkahan, subjek kokurikulum, datang dari satu sistem berpusat. Sebagai contoh, sistem jam pembelajaran, pihak pusat telah menetapkan bahawa subjek Bahasa Inggeris mestilah diajarkan sebanyak tujuh jam seminggu di sekolah, mengikut sistem yang berpusat, tidak kira dimana seorang anak itu belajar, di bandar atau di kampung pedalaman, Bahasa Inggeris mestilah diajar tujuh jam seminggu. Pelajar di bandar, berkomunikasi dalam Bahsa Inggeris tidak menjadi masalah kerana, mereka ada keluarga yang bertutur bahasa tersebut, malah, surat khabar, drama, filem dalam Bahasa Inggeris juga banyak. Maknanya, waktu seorang pelajar bersama dengan Bahasa Inggeris itu amat banyak, malah kadang-kadang waktu di rumah yang secara langsung itu lagi berkesan daripada sekolah yang tujuh jam itu. Jika pelajar itu berada di penempatan orang asli, apakah Bahasa Inggeris berguna untuk dia untuk dia hidup bersama-sama masyarakatnya?
Sebab itu, di sini, saya mahu mencadangkan supaya, berikan sahaja autonomi kepada sekolah untuk menentukan apa yang perlu dilakukan dari segi subjek yang mahu diajarkan dan jumlah pembelajaran yang diperuntukkan.
Besar harapan saya untuk melihat, akan muncul seorang tokoh dari Gua Musang yang pakar dalam sains pertanian dan perhutanan kerana sejak kecil lagi beliau belajar tentang asas-asas pertanian, kemudian dapat beramali subjek pelajaran di sekolahnya secara langsung apabila pulang ke rumahnya yang memiliki tanah yang subur dan  suasana yang nyaman. Begitu juga saya mahu lihat nanti, akan muncul tokoh nelayan antarabbangsa dari Kuala Besut, memang nelayan menjadi impiannya, tetapi bukan nelayan perairan cetek yang bekerja di bawah badan perikanan tempatan, tetapi mandapat mandat dan berdiri di atas kaki sendiri menjadi taukeh nelayan peringkat antarabangsa dan menguasai ilmu import-eksport.
Dengan ini dapatlah kita melahirkan seorang manusia yang dimanusia secara tepat dengan skop tempat mereka (lokaliti). Seterusnya, bila mereka berdikari, dapatlah mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat di tempat mereka sendiri.
Penutup
Pendidikan percuma itu perlu direalisasikan di Malaysia secara perperingkat dan mesti jelas daripada mana perbelanjaan untuk menampung pendidikan itu datang, mungkin hari sini, sistem percukaian dan sistem waqaf boleh dicadangkan.
Seterusnya, kerajaan mestilah mengambil kira sekolah bukan kerajaan untuk dibantu. Autonomi sekolah juga mesti diamalkan kerana Malaysia negara yang heterogenik, yang memiliki kepelbagaian agama, budaya, adat dan tradisi. Untuk memukul rata secara nasional adalah kurang tepat, sebab itu perlu diberikan autonomi sekolah.

Harapan saya pada kerajaan, janganlah nanti jika ada rakyat merungut kerana tiada mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana belanja persekolahan yang tinggi. Saya berharap, tiada wakil kerajaan berkata “Jika tak mampu sekolah, sila duduk rumah”.
*Penulis adalah Mahasiswa di Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pernah tersiar di:
- The Malaysian Insider - Ke arah autonomi pendidikan di peringkat sekolah 
- Free Malaysia Today - Pendidikan Percuma dan Autonomi Pendidikan

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP