Boikot

Thursday, May 07, 2009



Pada april lalu, sewaktu di pwtc. saya terlihat seorang pemuda yang menggalas beg plastik lut cahaya yang penuh dengan badge2 islamik. Bagusnya, menyebar dakwah melalui badge2 amat berkesan pada masa ini kerana kebanyakan anak muda amat meminati benda ini untuk dijadikan hiasan beg2 sekolah dan ape2 ajelah yang dirasakan sesuai. Di kemeja pemuda itu. saya nampak ada bagde yang ditulis 'I'M PROUD TO BE A MUSLIM'



Beberapa jam kemudian, ketika bersantap di food court di The Mall, meja sebelah meja saya tiba2 didatangi sekumpulan anak muda yang membawa plastik yang tertulis KFC, dalam kalangan mereka, adanya pemuda yang saya ceritakan tadi. Badge yang sama masih tersangkut.

Aik. Saya heran, hairan dan nasib baik x raihan.

Saya memfokuskan fokus saya pada makanan, selesai.

Saya berkalih arah bersama teman saya ke surau di The Mall. selesai bersolat asar, saya berehat sambil membaca buku. Tiba2 datang seseorang lantas memberi salam, salam dijawab dan dia adalah pemuda tadi.

Orangnya ramah sekali, dia memperkenalkan nama ''amran", cantik sekali namanya. Saya memberitahu padanya bahawa saya dari DQ setelah ditanya, dia dari UIA GOMBAK. Dia memperkenalkan diri nya lagi sambil memberitahu bahawa salh seorang ustaz di DQ adalah kru kepadsa web kendaliaannya. Web kendaliannya amat bagus, mendapat liputan beribu muda-mudi mutakhir ini.

Sebelum berpisah, dia bersalam dan kami berpeluk mesra. Dia menghulurkan kad namanya, saya terkejut, dia adalah Presiden web yang mashur itu.


Tetapi saya masih hairan, kenapa dia selaku presiden masih lagi memakn barangan KFC, sedangkan di webnya menulis berkisar tentang islam, lagipun dia mengaku terlibat dengan gerakan mahasiswa yang membawa islam di malaysia ini? Sedangkan gerakan itu amat lantang mengecam 'Cast Lead', tragedi paling dahsyat pada abad ini.




Para pembaca sekalian, tahukah bahawa isu boikot ini masih lagi dihangat-hangat tahi ayamkan oleh kita semua, x kiralah siapa kita, muda mudi, tua tui, dewasa dewasi, kanak kanak kanik, remaja remaji atau sesiapapun?

Semasa cuti pertengahan sem baru-baru ini. Saya menziarahi pasaraya terbaik malaysia 2007, tidak lain tidak bukan adalah KB MALL, kelihatan KFC McD, PENUH DENGAN PELANGGAN, baru sahaja dua bulan Cast Lead berakhir, tetapi kempen boikot ini beransur ansur lenyap, sebulan sebelumnya KFC itu hanya dikunjungi pelancong asing tetapi kini kembali seperti asal.

Oleh itu, sama2 kita muhasabah balik, apakah tidak ada alternatif lain selain makanan dari restoren yang menjadi alat penyumbang ekonomi kepadsa yahudi? apakah kita akan maTI jika tidak bersantap dengan makanan dari restoren seperti itu?

SEDIA MENERIMA PANDANGAN.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP