Terasing

Saturday, May 09, 2009

Ketika itu saya sedang membelek buku yang di beli sambil menderma pada kunjungan saya ke Perhimpunan Agung Umno 2009, terlihat 'tajuk islam kembali dagang'
ia menyentuh berkenaan hadis berkenaan yang saya nyatakan di atas, huraiannya walaupun ringkas, tetapi amat bermakna di hati saya.

Disebelah kiri saya, dalam jarak 5 meter ada seorang lelaki yang rancak berbual, berborak, disebelah kanannya, dalam sekaki gitu jaraknya seorang perempuan yang cantik pada telahan saya, berbaju kurung dan bertudung labuh, alamak tudung labuh, saya rimas, apa yang membuat saya rimas,

1. lelaki tersebut berbaju melayu.
2. perempuan itu bertudung labuh
3. mereka berbual dgn mesra sekali
4. sehingga ketawa terkekek-kekek

Mcm mane ni, saya berfikir, kepala saya kembali teringat hadis yang saya bace sebelumnya, islam mula dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti ia bermula, maka beruntunglah golongan yang terasing, adakah keadaan di hadapan saya ini seperti yang dikatakan dalam hadis tersebut?

Lelaki itu umurnya dalam 2,3 tahun tua daripada saya, perempuan itu dalam lingkungan sebaya dengan lelaki itu, otak saya memaksa saya bersangka baik, barangkali mereka adik beradik, nak kata suami isteri kenapa tak duduk rapat2? hati saya menyangkal, kalau adik beradik kenapa muka tiada iras, bahkan 'tone' pun lain, tahu x tone ape?

X tau, alah...mcm ni sowg gelap cikit, sowg tu putih banyak...

Beberapa orang yang lalu disitu menjeling kpd dua orang itu, kalau dah jeling mestilah x sukakan? kan?

Ape aku nak buat ni, Abg Dzul ckp dakwah tu wajib, itulah yang aku ingat semasa Abg Dzul beri ceramah ketika satu program semasa sem1 di DQ dlu2.... Abg Dzul ckp lagi, dakwah tu wajib, x kira berkumpulan atau berseorangan.

Ketika itu aku keseorangan, dua orang itu rancak berbual. Munking mereka rakan sekuliah yang menunggu bas yang sama kot. Kalau adik beradik kenapa mereka berborak berkenaan keluarga?

Antara tanggungjawab dan ....... hatiku tersepit, dalam sabda nabi yang ku fahami, jika kita terlihat kemungkaran berlaku di hadapan mata,
pertama sekali hati kita mesti berkata, aku tak sukalah benda ni,
kedua kalau kita berani, kita pasti menegur perbuatan itu dgn lidah kita,
ketiga kita boleh menggunakan tangan, tertapi ada ulama' mengatakan tangan itu adalah 'kuasa' yang dimiliki pemerintah.

Siapakah aku, aku bukan pemerintah, malah bukan ketua pelajar kepada meraka, sekarang ku rarasakan aku harus menegurnya dengan lisanku sendiri. Aku tersepit antara berani atau tidak, nak buat ke taknak,.

Keadaan perempuan itu yang bertudung labuh lah yang membuatkan saya rasa tidak elok itu, tambahan lagi suaranya amat kuat, bercakap sambil bahu-bahu terangkat-angkat, amtlah tidak sesuai bagi seorang muslimah, akalnya ku mendesak, ape nak buat ni?

Aku mesti tegur mereka, ape nak tegur?

Hari bergerak, matahari menuju barat dan hampir terbenam,.

Aku buntu, aku bangun,berjalan , tetapi bukan kearah mereka, tetapi ke arah lain, jauh daripada mereka untuk memikir apa yang perlu saya buat, ku pegang telefon ku, memanggil abgku, hanya untuk mendapat motivasi untuk berani sahaja, bukan untuk mengetahui cara atau apa yang nak ditegur, ku sudah mengetahuinya. panggilan tidak di jawab, barangkali ia bersedia untuk maghrib memangdangkan waktu maghrib dalam beberpa minit sahaja lagi. Ku menghantar mesej meminta abgku mendoakan agar ku berani, kebergerak kearah pemuda itu dan perempuan itu yang masih rancak berbual sambil bertekad menegurnya, aku semakin rapat, rapat lagi, dan....

"Bang, JOM KITA SEMBAHYANG"

Lelaki itu tersentak, aku terus bergerak ke surau stesen bas putra, berjalan tanpa menoleh ke belakang, bukan tidak mahu berhati-hati atau berjaga-jaga jika pemuda itu mahu membuat sesuatu padaku. Tetapi dek yakin apa yang aku buat itu betul dan sambil berharap ALLAH menolongnya memahani tindakanku.

Selesai solat maghrib di surau, aku terlihat pemuda itu si sebelah kiriku dalam satu barisan, hanya dipisahkan oleh 5 orang .

Itulah kali terakhir ku melihatnya.
Di surau Stesen Bas Putra.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP