Galaksi Bima Sakti

Thursday, May 13, 2010

Gambar ini telah di ambil oleh Dr Rowi di balai cerap beliau pada 11 Mei 2010 menggunakan kamera SLR Digital Canon 20Da. Dedahan selama lima minit dan ISO sebanyak 200.

Bima sakti atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Milky Way adalah sebuah galaksi. Ia adalah galaksi induk bumi kita. Dinamakan Milky kerana pada waktu malam, kita dapat melihat ekor galaksi induk kita ini kelihatan seperti awan-awan atau pun susu.

Galaksi Bima Sakti adalah sebuah galaksi pilin, iaitu berbentuk seperti berpusar. Bima Sakti dipercayai berusia lebih 13 bilion tahun, jangkaannya seakan sama dengan usia alam semesta. Di dalamnya, dianggarkan terdapat sebanyak 200-400 bilion bintang.

Sistem suria yang mana bumi kita terletak dipercayai wujud amat rapat dengan satah galaksi Bima Sakti, oleh sebab itugalaksi Bima Sakti kelihatan terbahagi kepada dua hemisfera apabila dilihat pada waktu malam.

Kajian daripada saintis-saintis menganggarkan secara kasarnya dalam masa tiga bilion tahun, Bima Sakti akan berlanggar dengan jirannya iaitu galaksi Andromeda. Ini kerana galaksi jiran itu bergerak ke arah Bima Sakti dengan kelajuan 1,800 kilometer seminit.

Ashcroftstylus Az,
Balai Cerap mini Dr Rowi,
13 Mei 2010, 4.50pg.

2 Komen:

Lan,  Thursday, May 13, 2010 at 5:19:00 AM GMT+8  

Slm. ana tertanya-tanya, bagaimana kita boleh tangkap gambar bima sakti sedangkan kita berada di dalamnya? adakah wujud kamera yang dihantar ke luar galaksi kita (mcm mustahil)?

Ashcroftstylus Az Thursday, May 13, 2010 at 10:36:00 AM GMT+8  

Wasaalam Lan.

Sebenarnya, gambar di atas adalah gambar pusat bima sakti, itu adalah gambar yang kita nampak dari bumi. Manakala gambar ke-2 adalah gambar galaksi lain yg dalam kategori galaksi pilin, yang sama dengan bima sakti.

Bentuk bima sakti sebenarnya diketahui melalui bima sakti yang kita lihat dari dalamnya, jika kita lihat, pada waktu malam, kita akan nampak ekor bima sakti yang menjalar dari pusatnya ke hujung langit yang seberang.

Kamera yang wujud itu sebenarnya x wujud, amat amat amat mustahil nak hantar ke luar.

Untuk memahami artikel ini, anda mesti melihat sendiri dahulu denagn mata kasar.

Tempat terbaik untuk melihat bima sakti menurut pengalaman saya adalah di dungun terengganu.

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP