Hukum Tarikan Seorang Da'ie

Sunday, May 16, 2010

Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua, saya rasakan amat lama tidak menaip secara serius.

Baiklah, kawan2, sahabat2, adik2, abg2, kakak2, dan kepada merka yang bergelar dai'e, sudilah kiranya kalian baca taipan ini.

Tiga buku yang telah saya baca, buku yang berkenaan dengan Hukum Tarikan.

Buku The Secret dan Law of Attraction adalah sebuah buku yang menerangkan tentang hukum tarikan yang ada pada manusia. Ia juga memberitahu, manusia tersebut, secara individu atau kumpulan boleh menarik apa2 sahaja disekeliling mereka untuk menjadi milik mereka. Seperti mahu menjadi kaya, mahu memiliki aset yang berjenama, dan macam2 lagi.

Saya terfikir, alangkah indahnya jika hukum tarikan itudapat di aplikasikan oleh orang islam dengan tujuan untuk dirinya sebagai individu muslim yang baik dan untuk islam secara seluruhnya.

Hukum Tarikan

Hukum tarikan diertikan secara defini ialah : "Saya merarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, sama ada positif ataupun negatif." (Michael J. Losier, The Law of Attraction).

Ataupun mudahnya, " Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif ataupun negatif, akan datang dalam kehidupan kita."

"Jangan sesekali fikirkan perkara yang anda tidak ingainkan dan jangan sesekali menginginkan yang anda tidak fikirkan. Apabila anda memikirkan sesuatu yang anda tidak ingini, anda menarik perkara itu, dan apabila anda menginginkan perkara yang anda tidak fikirkan, anda mensia-siakan kuasa minda yang bernilai. Sebaliknya, apabila anda memikirkan apa anda inginkan secara berterusan, maka kemampuan anda menarik sesuatu yang diingini menjadi semakin kuat. Minda adalah magnet yang menarik apa sahaja yang selaras dengan konsepnya"
-Dr Raymond Holliwell, Working with the Law
11 Truth Principles for Success Living




The Quranic Law of Attraction

Buku ini menggabungkan formula2 dari The Secret dan The Law of Attraction, dan mengaplikasikan formula itu dalam islam. Buku ini juga menghuraikan formula2 dalam bahasa yang mudah dan juga sebagai penaik semangat seorang da'ie.

Banyk maklumat yg sy dapat daripada buku ini. Antaranya, mengaplikasikan konsep sabar & syukur.

Sabar

Sabar diertikan selama ini oleh kebanyakan kita adalah salah, sebahagian mendifinisikan sabar sama makna dengan berserah dan pasrah atas ketenyuan ALLAH. Sebenarnya itu salah.

Muhammad bin Shalih al-Munajjid, dalam buku Silsilah Amalan Hati mengungkapkan sabar adalah 'Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Tuhan dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Tuhan'. Beliau seterusnya membuat kesimpulan pendek 'Jadi perkataan sabar mempunyai maksud mencegah, kedegilan dan keengganan'.

Oleh itu, masayarakat sekarang mesti mengaplikasikan sabar yang sebenar dalam hidup harian. Contohnya, jika hari ini kita mendapat Rm10000 sebagai hadiah daripada seseorang, kita mesti pertama sekali, memikirkan untuk berbelanja sakan. Sebaliknya, jika kita sabar dan berfikir jauh untuk masa depan yang boleh digunakan dengan wang itu. Kita sudah berjaya.

'Bersabarlah dalam setiap perkara yang kamu lakukan'. Ungkapan itu tidak semakna dengan berserah. Sabar disitu bermaksud jangan menyerah. Itulah yang patut ada dalam hati dan pemikiran da'ie, mereka mesti sabar dalam menjalankan dakwah. Sentiasa meneruskan usaha walau apapun sekali cabaran. Tidak lemah dengan celaan pencela. Da'ie juga mesti sabar dalam berusaha, sentiasa bersemangat, dan rajin mencari taknik2 baru dalam berdakwah.

Sahabat2, kawan2, saudara saudari. dan adik beradik sekalian.

Sabar itu adalah akhlak kita sebagai pendakwah. Ia juga melambangkan adab kita sebagau pembawa risalah. Nabi pernah bersabda : "Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak".

Syukur

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Aku akan menambah (nikmat) kepadamu tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku), maka pasti azabku amat pedih" (surah Ibrahim, ayat 7)

Kita selalu mengeluh kerana banyk doa2 kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH. Tetapi lupakah kita, semasa berdoa, siapa yang bagi kita kudrat, siapa yang bagi kita nikmat oksigen, siapa yang bagi kita air yang mane sifat air itu menghidupkan.

Dalam masyarakat kita, kita selalu perhatikan yang miskin terus menerus miskin dan yang kaya semakin tinggi graf hartanya. Ini kerana si miskin, semasa bekerja, selalu megeluh dan tidak bersyukur akan nikmat2 yang diberikan ALLAH. Selalu mengeluh kepada diri sendiri kerana asyik gagal dan tidak berjaya dalam pekerjaan. Secara tidak langsung, si miskin itu telah menarik aura2 negatif ke pada dirinya. Itulah yang menyebabkan dia bekerja dengan lemah semangat, lemah motivasi.

Sebal,iknya, si kaya, selalu bersyukur dan menunjukkan kesyukurannya dengan berbelanja se adanya, besedekah. Dan dia juga selalu gembira dengan nikmat ALLAH kepadanya. Maka tidak hairan kenapa kita lihat, orang kaya terus kaya, ini kerana mereka mengaplikasikan Hukum Tarikan dalam hidup mereka, secara tidak langsung, alam sekelilingnya bertindak ke arah mereka. Jika arus positif, maka positiflah hasilnya.

Begitulah Da'ie, bersyukurlah dan janganlah mengeluh, bersabarlah, kerana jalan dakwah itu banyk cabaran. Kita mesti wajib mendekatkan diri kepada ALLAH, tidak salah jika memberi taklifat kepada diri sendiri seperti ,membaca quran, zikir, solat malam 3 kali seminggu.

Kita, ingatlah bahawa, hidayah bukan diberikan oleh kita, Hidayah adalah kerja ALLAH. Kerja kita adalah meneruskan usaha dakwah, kita mesti berdakwah secara hebat, mempunyai statergi mantap. Dakwah bukan sahaja muka bersua muka. SMS yang baik juga dakwah, senyum itu dakwah. Facebook pun dakwah jika kena caranya.

PERISTIWA THAIF. Aplikasi Konsep Sabar dan Syukur.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik buat ummat manusia.

Baginda, semasa pulang dari berdakwah di Thaif. Baginda dilemparkan denagn batu yang amat banyak. Lalu datang malaikay Jibrail a.s. menawarkan kepada baginda untuk menghempapkan gunung ke atas wilayah mereka.

Apa jawab baginda?

Baginda berkata: "Wahai Tuhan, ampunilah mereka kerana mereka belum mengetahui"

Lihatlah kita semua akan hati budi Rasulullah yang kita banggakan, baginda tidak mencaci, sebaliknya mendoakan akan kebaikan masa depan mad'unya. Soal saya, adakah kita begitu selama ini.

Kita selalu memperli mereka yang tidak mahu mengikut syariat islam, mengata macam2 terhadap mereka yang melanggar perintah Quran dan Sunnah.

Tetapi, terfikirkah kita akan mereka, terfikirkah kita, mungkin mereka tidak mengetahui seperti kita faham.

Penutup

Sebab itu kita mesti wajib bersyukur kerana di beri ALLAH kefahaman islma yang sempurna, dan mesti bersabar meneruskan dakwah. Sabar bukan berputus asa, tetapi berusaha mencari statergi baru unutk berdakwah.

Akhir sekali, seringkalilah kita menadah tangan berdoa dalam keadaan syukur meminta ALLAH memudahkan tugas kita di bumi ini. Dan dalam melaksanakan tugas kita, banyak2lah bersabar...

Wasalam...

Daripada:
Ahmad Ashraf Azhar
Taman Desa Murni,
Kota Bharu.
12.15am 14 mei-5.44pm 16 mei 2010..

2 Komen:

Anonymous,  Sunday, April 8, 2012 at 6:43:00 PM GMT+8  

"Kita selalu memperli mereka yang tidak mahu mengikut syariat islam, mengata macam2 terhadap mereka yang melanggar perintah Quran dan Sunnah.

Tetapi, terfikirkah kita akan mereka, terfikirkah kita, mungkin mereka tidak mengetahui seperti kita faham."

baiklah, tidak mengetahui itu satu.. boleh diterima.. tetapi kalau mereka yang dah tahu, tapi x amal?? cane lak tu.. bersabar juga dan anggap mereka tidak tahu??

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP