TURKI : Cerita Dari Memori

Friday, June 04, 2010

Puput-puput bayu hembusan Marmara,
Binaan menara azan yang beribu-ribu,
Haruman teh rebusan Anatolia,
Semua itu dapat disantap dalam mimpi-mimpi ku.


Turki, sebuah negara yang banyak saya ziarah kisahnya berbanding dengan negara lain. Sejarah Turki lebih mudah bertempel dengan jiwa dan akal saya daripada sejarah negara lain. Bukan saya tidak minat akan sejarah negara lain. Mungkin kerana zamannya tidak sejauh sejarah tamadun2 Islam yang pernah gemilang.

MIMAR SINAN

Antara yang menjatuh cintakan saya akan Turki adalah Masjid Biru. Masjid Biru adalah sebuah masjid yang tercantik di dunia. Dibina pada waktu pemerintahan Sultan Ahmed 1 antara 1609 dan 1616. Dinamakan Masjid Biru kerana warna kelihatan biru pada awal pagi dan amat cantik dan menawan.

Masjid ini terletak hanya 500 meter dari Masjid Aya Sofia. Senibina masjid ini amat canggih. Tok Khatib tidak memerlukan mikrofon untuk menyampaikan khutbah. Ini kerana kerana, sistem pantulan bunyi masjid ini dapat memantulkan dari mimbar ke segenap ruang solat. Bayangkanlah, pada zaman 1600-an...apakah teknologi bunyi pada waktu itu... Inilah kecanggihan aplikasi fizik oleh tokoh2 Islam silam.

Selain itu, masjid biru tidak menggunakan lampu pada siang hari. Arkitek masjid ini telah mereka sistem pencahayaan yang simple, tetapi bermakna untuk kecerahan segenap ruang masjid di siang hari. Pereka itu telah menciptakan dinding yang berlubang pada bahagian masjid yang tidak terkena cahaya matahari. Contohnya, andaikan bahagian menghadap kiblat adalah bahagian depan dan menghadap sebelah matahari jatuh,,,,maka dinding disebelah kiri dan kanan sahaja dibuat lubang supaya cahaya dapat masuk. Jika kita perhatikan, ciri2 akitek masjid ini diaplikasikan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setakat itu sahaja buat kali ini, inshaALLAH, saya sambung di waktu lain.

2 Komen:

Hamra Saturday, June 5, 2010 at 12:39:00 PM GMT+8  

http://humaici.blogspot.com/2010/02/masjid-sultanahmet.html

Masjid Biru aka Masjid Sultanahmet dari pengalaman ziarah.

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP