Tun M dan Ali, mana satu yang bijak?

Thursday, August 12, 2010


"Insan yang berAKHLAK adalah insan yang berTAMADUN"


Mutakhir ini, di mana-mana persidangan, seminar, tempat ucapan awan dan pembentangan kajian-kajian di Eropah dan Amerika Utara. Kebanyakan ilmuwan2 barat akan menggagaskan 'back to basic' pada setiap kali akhir sesi ucapan mereka. Lebih-labih lagi apabila perbincangan mengenai masalah masyarakat yang semakin teruk.

Mereka (ilmuwan barat) seolah-olah semakin sedar akan kegagalan sistem undang-undang ciptaan mereka, sistem ekonomi mereka gagal membawa keharmonian.

Contoh, lihat sahajalah kepada Kapitalis, ideologi yang sikap mereka yang bertindak sebagai pengaut keuntungan yang berlebihan. Jiak deperhatikan, ia lagi jelas jika dilihat kepada syarikat persendirian. Perbezaan gaji dan kadar kenaikan gaji antara pekerja bawahan dan pekerja atasan jelas ketara.

Lantas pada abad 19, datanglah manusia yang bernama Karl Marx menentang Kapitalis. Melakukan kajian dan analisa kegagalan Kapitalis dan mengemukan pembawaan baru yang dinamakan Sosialis.

Sosialis adalah satu perangkaan ekonomi dan ideologi politik yang mengutamakan pemilikan yang sama rata dan pengurusan bersama dalam pengeluaran sumber. Tetapi ia masih lagi bermasalah kerana sisitem ini secara menyeluruhnya menafikan hak-hak individu. Sebagai contoh hak untuk memiliki harta persendirian dan sebagainya.

BACK TO BASIC

Di atas adalah beberapa contoh kepada sebab-sebab pemikir-pemikir, ilmuwan-ilmuwan di barat cenderung 'back to basic' sebagai cadangan akhir bagi penyelesaian masalah.

ALI RUSTAM, MAHATHIR

Sekarang ini, masalah daripada cadangan Ali Rustam supaya membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal adalah melucukan.

Tidakkah akan timbul persoalan yang banyak?

Adakah pelajar tersebut stabil dari segi emosi jika berkahwin?
Bagaimanakah jika kedua-dua masih lagi di bangku sekolah?
Adakah mereka betul-betul bersedia menjadi ibu-bapa?
Kahwin kerana kepuasan diri atau untuk kemajuan tamadun?

Bagi saya, seseorang pemimpin sepatutnya tidak mengeluarkan pendapat sesuka hati. Jika mahu mengeluarkan idea yang hebat, kajian yang mantap mesti bersama. Jika tidak pun, ia mesti disusuli oleh fakta-fakta daripada negara lain. Sebagai lampiran contoh.

Dua minggu lepas, hari Isnin. Saya betul-betul terkejut bila membawa berita, Ali Rustam mahu teruskan idea itu. Persoalan yang timbul, adakah ia tidak mengambil kisah akan bantahan daripada orang ramai. Bukan sahaja pejalan kaki, tetapi doktor-doktor yang mengemukakan hujah-hujah perubatan. Salah satunya mengatakan, pelajar sekolah adalah secara psikologinya tidak bersedia menjadi ibu bapa.

Pada hari yang sama, Tun Dr. Mahathir, dalam kenyataan akhbar berkata masalah sosial sekarang dapat dibendung jika kerajaan membendung kegiatan melayari web-web lucah dikalangan remaja.

Bagi saya ini adalah idea back to basic. Untuk menyatakan idea terbaik daripada Tun saya tidak pasti. Tetapi ia boleh menjadi salah satu cara.

MANUSIA BUKAn KERETA

Manusia selama-lamanya, dulu kini dan selamanya adalah bukan kereta. Manusia dihiasi dengan perasaan, mempunyai emosi, akal yang dipandu hati.

Idea Ali Rustam ibarat memperlakukan manusia seperti kereta. Jika kereta itu rosak tayarnya, maka ganti tayar baru. Jika rosak lampunya, cari lampu baru.

Manusia itu mempunyai perasaan. Ada akal. Ada sistem-sistem yang berguna antara satu sama lain. Oleh itu pengurusan manusia adalah berbeza. Sebab itu saya mengatakan idea Tun adalah salah satu idea 'back to basic'. Kerana Tun, seorang doktor perubatan mungkin berfikir dari sudut psikologi. Contohnya, kelakuan menonton bahan lucah secara sendirinya akan mendorong si pelihat untuk melakukan sama, ini lebih-lebih lagi jika si penonton itu adalah remaja. Ini kerana remaja dihiasi dengan sifat ingin mencuba yang amat-amat tinggi. Sebab itulah jika melentur buluh seawal rebung kerana pada waktu itu kita boleh mendidik 'remaja-remaja' buluh mengikut acuan tersendiri.

Selain idea daripada Tun Dr., banyk lagi perkara yang perlu dilihat seperti berleluasanya majalah-majalah hiburan yang melampau terutama dari luar negara. Dari dalam negara juga tidak terlepas, contohnya kahbar tabloid yang tidak habis-habis melaporkan berita yang rendah tarafnya. Melaporkan berita yang tidak meninggikan takat pemikiran ummat.

Setakat itu sahaja buat kali ini.


"Insan yang berAKHLAK adalah insan yang berTAMADUN"

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP