Luahan Liku Hati Seorang Teman

Thursday, June 07, 2012


Kejadian orang mengutuk ulamak, ini bukan perkara baru, ia adalah perkara yang berlaku dari dulu lagi. Lebih2 lagi jika seorang ulamak itu adalah ulamak yang melibatkan diri, turun padang menyelami nasib susah senang rakyat2.

Bukan senang untuk melihat ketabahan dan kesabaran ulamak yang be menyelam bersama denyut nadi rakyat, mereka dicaci dihina. Sekarang ini, bila orang2 pondok menyertai pilihanraya, dan menang, dan apalagi bila tersiar-siar bibit2 menegakkan Daulah.

Disebabkan rasa yang muak terhadap golongan yang mencaci-maki ulamak ini, maka seorang kawan saya meluahkan liku bicara hatinya di Facebook, dibawah ini adalah teks asal dialek Kelantan dan telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu, Saya berharap alih bahasa menepati maksud asal penulis.

[ saya ni ngaji agama tu memang xberapa banyak mana, tapi bila tgk kat org org hok tdk berapa dlm mana ngaji agama dok kata2 ko ulama ni saya jadi sedih, kita ni baru ngaji 2 hari macam2 dh pggln xmolep ke ulama'..
padahal ulama tu berpuluh puluh tahun dah ngaji, buku tu xpyh cerita lah berlambak lambak tulis.nak banding dengan kita, try tnya diri kita berapa byk kitab dh kita tulis nk judge2 ulama tu gni gtu, berapa byk fatwa hukum dah kita keluar nak kata ulama tu gitu gini..Allah2.
kalu ngaji hadis semayang asar kat kmpung bani quraizah, ambik geist dia, kita x akan kata mcm2 kat org yg berbeza pndpt dengan kita.ini hadis pun x setel nak kata2 kat ulama, apa cellopp bro~~~

mudahnya mulut, igt esok2 Allah x soal ke..Allah2.biarlah saya ni ngaji x serupo demo, xbyk xtinggi, tp xtergamak nak kata mcm2 ke ulama'..mungkin ulama tu ada salah, bukan maksum, tapi salah2 dia sekurangnya dia tu ikut ijtihad, istinbat hukum, ikut disiplin ilmu hok tinggi lah..

banding dengan kita ni sunat haiat, sunat ab'ad pun tertukar takir ag, jenis air pun igt x ingat.Allah2.ulama' ni ijtihad salah satu pahala, betul 2 pahala.kalu kita x tahu lah.ijtihad,istinbat xtahu mana hala.a-ngata ulamak

biar lah saya ni xpandai dalam agama, sekurang2nya saya x ajim/xpernah kata uduh/kata x molek ke ulama yg benar2 siang malam dok berjuang nak tegak islam~
buke maroh, tulung oyap.

Allah2.saya mohon berlepas diri sebab x tabur pasir dalam mulut ore kata huduh kat ulama' ni.

(mixed kelate plus KL.mode sedih ore kata ke ulama' macam2 T_T) ]




[ Saya ni belajar agama tidaklah banyak mana. Tapi bila diperhatikan terdapat segolongan yang belajar agama tidak dalam pun pakat mengata-ngata ulamak, saya jadi sedih. Janglah bersikap, belajar baru dua hari, sudah berani mengata pada ulamak.

Sedangkan ulamak itu berpuluh-puluh tahun belajar, buku yang mereka belajar tidak terhitung. Jika dibandingkan dengan kita, tanyalah pada diri sendiri berapa banyak kitab yang kita tulis (hingga) berani nak menghukum ulamak itu dan ini, berapa banyak fatwa hukum dah kita keluarkan (hingga) berani nak kata itu dan ini terhadap ulamak?

Allah...Allah...

Kalau kita belajar Hadith sembahyang Asar di kampung Bani Quraizah, kita ambil gist (intipati) dia, kita tidak akan kata macam-macam pada orang yang berbeza pendapat dengan kita. Ini, belajar Hadith pun belum selesai nak mengata ulamak pula, apa cellopp bro~~~

Mudahnya mulut, ingat esok nanti Allah tidak soalkah?Allah...Allah. Biarlah saya ini belajar bukan macam kamu, tak banyak, tak tinggi, tapi tiada tergamak nak kata macam-macam pada ulamak. Mungkin ulamak ada salah, bukan maksum, tapi salah ( yang dilakukan ulamak) sekurang-kurangnya mengikut ijtihad, istinbat hukum, (maknanya) mengikut disiplin-disiplin ilmu yang tinggilah.

Jika dibandingkan dengan kita, sunat hai-at, sunat ab-'ad pun tertukar lagi, jenis air pun ingat tak ingat. Allah...Allah... Ulamak ni ijtihad salah (dapat) satu pahala, (jika) betul dua pahala. Kalau kita, tak tahulah (macam mana), ijtihad, istinbat tak tahu ke mana. Ada hati nak mengata ulamak.

Biarlah saya tidak pandai dalam agama, sekurang-kurangnya saya tdk pernah kata uduh (hodoh) pada ulamak yang benar-benar siang malam perjuangkan Islam.~

Bukan nak marah, tapi tolong cakap.

Allah...Allah... Saya mohon berlepas diri sebab x termasuk golongan yang kata uduh pada ulamak ]

Sekian, setakat itu sahaja buat kali ini, moga kita semua dapat menghormati ulamak dan ilmu2 nya.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP