2012 : 6 : Bahtera Penyelamat Mirip Bahtera Nuh

Thursday, December 17, 2009

Bismillah......
Asslamualaikum.....

Baiklah, kita bertemu kembali....kapal gergasi yang diberikan Noah's Ark dalam filem 2012 adalah merujuk kepada bible, betul ke? Kenapa tidak di dedahkan juga ianya daripada Al-Quran.

Saya xnk mengulas panjang mengenai perkar tadi atas, tetapi sebaliknya. Erich von Daniken pernah mengatakan dalam bukunya, bahawa, manusia dahulunya pada zaman Nabi Nuh adalah manusia yang amat2 maju dan mereka telah menyimpang cara hidup mereka daripada cara hidup yang asal, lalu mereka dikenakan bala yang berupa banjir besar.

Dalam al-Quran, ALLAH mengisahkan bagaiman Nabi Nuh berdakwah, daripada dakwah secara sembunyi (dakwah diam2, mungkin juga dakwah fardiah), akan tetapi cara tersebut tidak berhasil, maka Nabi ALLAH Nuh menggunakan cara terang-tearngan dan kemudiannya kedua-duanya sekali, ( Surah Nuh 71 : 7-9 ).

Akan tetapi kaum nabi Nuh adalah kaum yang ingkar dan tidak mahu tunduk akan kebenaran, amat banyak contoh atau hujah yang telah dikemukakan oleh Nabi ALLAH yang pandai, pemikiran dan akal yang bijak, penyabar, tenang orangnya dan petah berhujah itu.

Kaum yang ingkarnya berevolusi selalu mencari alasan2 untuk tidak patuh pada ajaran yang dibawa baginda. Meraka yang ingkar itu berkata: " Kami tidak melihat kamu melainkan seorang manusia biasa seperti kami, dan tidak melihat orang yang mengikuti kamu ( pengikut baginda hanyalah terdiri daripada oarng2 miskin), melainkan orang yang hina dina diantara kami yang hanya lekas percaya sahaja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapum ke atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang2 yang dusta" (Surah Hud 11 : 27)

Dalam beratus-ratus tahun dakwah Nabi Nuh, hanya 70 hingga 80 orang sahaja yang beriman.
Dan setelah beberapa ketika yang agak lama dakwah baginda, maka turunlah wahyu yang memberitahu bahawa, tiada lagi orang yang akan beriman melainkan yang telah sedia beriman, maka jgnlah bersedih, mafhum ayat 36 surah Hud. Ayat ini adalah ayat kemuncak dan sebagai petanda bahawa azab yang besar akan ditimpakan ke atas orang2 yang ingkar itu.

"Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk Kami, dan jgnlah kamu bicarakan dgn Aku tentang orang2 yang zalim itu, sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan." (Surah Hud 11 : 37 )

Banyk golongan yang engkar itu mengejek dan menghina binaan (bahtera) Nabi ALLAH itu. Mereka berkata: " Apa gunanya kapal yang engkau buat itu, sedangkan di sini tiada laut dan sungai? Apakah engkau akan tarik dengan lembu kapal itu atau engkau akan terbangkan di udara"

Kawan2 pembaca sekalian,

Daripada kisah ini, cuba kita perhatikan dan fikirkan, bagaimanakah kapal Bahtera Nabi Nuh itu? Selain membawa ,manusia yang beriman, ALLAH juga memerintahkan baginda membawa sepasang (jantan dan betina ) daripada haiwan yang melata di bumi.

Bagaimana besar bahtera itu, satu penemuan pada 1993 telah menjumpai fosil yang besar seakan-akan sebuah kapal. Menurutn Salih Bayraktutan, ketua geologi daripada Universiti Ataturk, bahawa fosil itu melebihi 100,000 tahun, ia juga buatan manusia dan semestinya ia adalah Bahtera Nuh. Tempat penemuan itu juga bersejengjang di bawah Gunung Judy, seperti yang tercatat dalam al-Quran, Surah Hud ayat 40....












Lagi bukti adalah berkenaan 'rivet'
atau paku sumbat dalam bahasa melayu,

paku sumbat itu telah dijumpai semasa proses mencuci terhadap fosil tersebut.

Selain itu, banyak sebenarnya yang kita bloeh rungkaikan daripada kisah ini, bagaimanakah sistem pengaliran di atas kapal itu, bagaimanakah mereka yang beriman itu menunaikan kehendak seharian mereka. Ada satu perkara yang saya terlupa sumbernya, harap sesiapa yang tahu, bagitahulah, iaitu dikatakan bahawa bubur 'asyura' atau sugho dlm Kelantaneese , dikatakan direka semasa belayarnya Bahtera Nuh.

Akhir sekali, kita semua akan berguna jika apa yang kita lakukan itu adalah kerana ALLAH, dengan kesempatan ini, sama2lah kita semua, berjalan di bumi ini dengan merendahkan diri melaksanakan perintah2 ALLAH.






RUJUKAN

-Surah Nuh 71 : 1-28
-Surah Hud 11 :25-49
-ECHO OF ISLAM
-Bey Arifin, Rangkaian Cerita Dalam Al-Quran, Pustaka Nasional Pte Ltd.

0 Komen:

Post a Comment

Follow by Email

ash berkongsi (128) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) conspiracy (6) buku (5) english (5) tarbiah (5) travelog dq (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP