Fetih 1453 : 1 : Permulaan Ulasan

Wednesday, August 08, 2012


Peygamber efendimiz buyurdu ki;


Constantinople elbet bir gün fetih olunacaktýr.

Onu fetih eden kumandan ne güzel kumandan,

...onun askeri...

...ne güzel askerdir.




Telah bersabda Nabi kita saw;




Akan dibebaskan kota Konstantinopel itu,

Sebaik-baik raja itulah rajanya,

...sebaik-baik tentera...

...itulah tenteranya.

Assalamua'laikum.



Sememangnya jika kita berbicara mengenai Sultan Muhammad al-Fatih, kita tidak dapat lari daripada menyebut hadis di atas yang telah direkodkan oleh Imam Ahmad. Hadis ini telah dilafazkan oleh Rasulllah saw semasa baginda menggali parit Khandaq.



[1] Sultan Muhammad al-Fatih, atau dalam bahasa Turki dipanggil Fetih Sultan Mehmed adalah sultan kelapan Empayar Uthmaniyyah. Digelarkan al-Fatih kerana beliau yang membebaskan Kota Konstantinopel dari cengkaman Maharaja Konstantin XI.


Lada Sicupak,  Kecamatan Peureulak Kota, Aceh Timur

[2] Pertama sekali saya mengenali kisah ini ketika saya menonton Jejak Rasul 11, yang membawakan tema 'Sicupak Dari Istanbul'. Sicupak atau 'Lada Sicupak' adalah meriam diberi oleh Khalifah Uthmaniah Sultan Sulaiman kepada Sultan Acheh sebagai senjata pertahanan kerana Nusantara pada waktu itu mengalami serangan Portugis. 



Siri Jejak Rasul 11 ini mengisahkan berkenaan dua kerajaan Islam, iaitu Acheh dan Uthmaniah. Pada siri inilah saya didedahkan dengan Sultan Muhammad al-Fatih dan taktik ketenteraan yang luar jangkaannya iaitu, membawa kapal menaiki bukit. Seperti biasa, teman sejejak rasul saya akan terus menyambungnya dalam diskusi waktu rehat di Maahad Muhammadi.


[3] Sebelum kita melangkah jauh mem'bedah' Fetih 1453, suka saya ingin kongsikan apakah takrif sebuah filem atau 'motion picture' atau wayang gambar. Menurut J. R. Dominick, antara ciri-ciri sebuah wayang gambar adalah ia memerlukan belanja yang besar, mempunyai dimensi artistik yang tinggi, partisipasi sosial. Ciri-ciri yang dipersembahkan Dominick adalah ciri moden bagi sebuah wayang gambar.



Belanja yang besar adalah ciri-ciri utama sebuah wayang gambar sekarang. Kita boleh lihat sendiri wayang gambar yang dihasilkan oleh penerbit-penerbit di Malaysia sendiri sudah berani membelanjakan lebih RM 1 juta. Malahan lagi wayang-wayang gambar dari luar negara, lebih-lebih lagi jika dari sudut teknikal yang memerlukan suntingan dan kemahiran suntingan yang tinggi.

Kebanyakan penonton filem sekarang memilih untuk menonton sesebuah filem atau membeli CD atau DVD sesebuah filem kerana salah satu faktornya adalah ingin merasai kuasa artistik yang terdapat pada sebuah filem. Ia termasuk pakaian, hiasan dalaman set gambaran, seni muzik, seni binaan pada bangunan-bangunan dalam wayang gambar. Disebabkan inilah juga, ramai yang sanggup membelanjakan tiket yang mahal sedikit untuk menikmati wayang gambar 3D.



Sebuah wayang gambar, sekali tonton boleh mengumpulkan seramai 400 orang pada satu-satu masa. Inilah yang ditermakan oleh Dominick sebagai 'social experience' atau partisipasi sosial. Kerana, selain mengumpulkan ramai orang satu-satu masa, wayang gambar juga akan menjadi buah mulut untuk dibincangkan terutama selepas menontonnya. Perbincangan mengenai sesuatu filem itu bergantung kepada kepada kumpulan yang membincangkannya masing-masing. Ada yang berbincang di kaki lima, ada di kedai kopi, malahan ada yang mengadakan satu program khusus untuk menarasikannya secara ilmiah atau secara akademik.


[4] Atas sebab inilah juga saya menuliskan ulasan mengenai wayang gambar Fetih 1453 ini.

Filem ini, Fetih 1453 adalah sebuah filem arahan Faruk Aksoy, seorang pengarah filem dari Turki. Filem ini.

Wayang gambar ini secara mudahnya menceritakan kronologi pembebasan Kota Konstatinopel yang bersungguh-sungguh oleh Sultan Mehmed II (lakonan Devrim Evin) yang bersama-sama tenteranya yang terbaik. Salah seorang pegawai tenteranya yang terpahat dalam sejarah adalah Ulubatli Hasan (lakonan İbrahim Çelikkol). Wayang gambar ini juga membawa tema kontroversi percintaan antara Ulubatli Hasan dan Era (lakonan Dilek Serbest) kerana sepanjang pembacaan saya sebelum ini, dan juga documentary yang ditonton, watak Era tidak wujud. Malah jauh sekali seorang tentera yang dinukilkan dalam hadis Nabi saw sanggup bermukah.

Antara yang menjadi tarikan pada wayang gambar ini adalah penerbit menggunakan teknologi CGI (computer-generated imagery). Anda akan dapat melihat sendiri kehebatan senjata meriam ciptaan Urban (lakonan Erdoğan Aydemir) yang memecahkan benteng kebal Konstantinopel.

[5] Perhatikan ayat yang di petik dan diletakkan pada poster.

Ya ben Ýstanbul’u alacaðým,

ya Ýstanbul beni.

Samada Istanbul aku kalahkan,
Atau Istanbul kalahkan aku.

Membaca ayat ini sahaja kita dapat fahami bawaha Sultan Mehmed betul-betul bersungguh untuk membebaskan Konstantinople. Baginya, tiada perkara lain yang boleh dilakukan selagi tidak menjatuhkan Rom Timur.

[6] Tanpa sarikata, amat sukar memahami jalan cerita, lebih-lebih lagi bahasa Turki itu janggal bagi saya. Pencarian sarikata di Internet amat rumit. Jika terjumpa yang bahasa Turki sudah memadai, boleh menggunakan bantuan Google Translate.

Bagi mengurangkan masalah saya memahami Fetih 1453. Saya telah menonton filem İstanbul'un Fethi, terbitan tahun 1951 arahan Aydin Arakon, sayangnya ia di dalam bahasa Turki. Maka  sekali lagi kartun Sultan Muhammad al-Fatih arahan Hasim Vatandas ditonton juga terima kasih  Youtube. Bagi melengkapkan, basic kefahaman, satu siri dokumentari bahasa Arab bersarikata Inggeris. Anda boleh dapatkannya disini.
Bagi saya, dokumentari ini antara yang terbagus kerana, mengumpulkan para sarjana dari tanah arab berbincang tentang Sultan Mehmed II, juga turut berbincang mengenai Sultan Murad II, Sheikh Aq Syamsudin. Juga dinarasikan bagaimana kehidupan waktu kecil Mehmed II.


[7] Buat sementara waktu, saya rasa setakat ini sahaja tulisan saya pada waktu ini kerana untuk mengulas sesebuah filem sejarah, sandaran penuh pada wayang gambar bukan fakta yang mutlak. Banyak lagi yang saya akan kongsikan. In sha Allah di lain waktu. Terima kasih kerana sudi membaca.

Bibliografi:-Abdul Latip Talib, Sultan Muhammad al-Fatih, PTS, Batu Caves, 
-Muhammad Syaari Abdul Rahman, Kuasa Kepemimpinan al-Fateh, PTS Millennia, Batu Caves, 2011 

-Thesaurus A-Z, Collins,Glasgow, 2009
-Faruq Aksoy, Treler filem Fetih 1453, 2012

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP