Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Rubik's Cube : Latihan Kecekapan Minda

Saturday, August 27, 2011

Rubik's Cube. Antara permainan yang 'famous' di dunia. Sesiapa yang bermainnya dikatakan orang yang bijak. Betulkah begitu? Mungkin ia kelihatan rumit untuk diselesaikan sehingga dikatakan orang yang menyelesaikannya itu orang yang bijak.

Betulkah begitu. Teruskan membaca.

Read more...

Huruf 'A' di Matahari.

Sunday, June 05, 2011


Kelihatan, 'Coronal Loops' pada bahagian bawah gambar.


Gambar di atas telah ditangkap oleh Dr Rowi, menggunakan kamera Lumenera SKYnyx, dipandu ke atas teleskop Coronado. Edit menggunakan Registax6 dan Adobe Photoshop CS oleh Ash Az.

Gambar diambil pada pagi 3 Jun 2011.

HURUF 'A' DI MATAHARI

Read more...

Program Cerapan Anak Bulan di KARAK, JORDAN

Monday, July 19, 2010

Saya sebenarnya tiada apa2 perancangan untuk tempoh selepas zohor hari ni 19 Juliy 2010. Hanya berniat mahu menghabiskan Harakah yg telah diharamkan KDN yg pias ( bace bias).




Tiba2, pagi ni terbukak pulak FB dan dapat permintaan dari Abg Ihsan, mantan YDP PERKEMAT DQ. Permintaannya berbunyi.
"Salam. Ana nak minta tolong nta ni. Ana skg ni pegang Biro Penerangan. Jadi ana nk buat projek cerap hilal ramadhan di Jordan. So, nak minta tlong nta cari bahan2 n cara serta teknik utk proses cerapan tu...brapa hb dan sebagainya...blh tak...? harap sgt nta blh tlg...Syukran..:-) "




TheN, saya pon ape lagi, bile je pulang dari appointment pagi tadi, sebetulnya selepsa zohor, terus bukak PC. Tiba2, internet jammed palk. Itulah dy TmNuts Steamyx. Mmg sgt2 slow, sebab tu lah saya menulis perkataan dalam post ni selepas Asar. Mama cakap selepas Asar OK cket.

Ok, daripada pemerhatian saya melalui software Starry Night Pro.

Dan juga.


Berbekalkan link kota Kark ataw Karak yang diberikan Abg Ihsan melaui FB. Kark adalah kota penting dalam faktor kemenangan Salahudin dalam pembukaan kota Baitulmaqdis. Lalu saya terus ke wikimapia.org kerana ia lebih bagus daripada Google Earth sebenarnya. Kerana ia memberikan kita kordinat yg tepat.
Berdasarkan wikimapia, saya dapati Masjid al-Amri, tempat yg berhampiran dgn umah Abg Ihsan seperti berikut

Latitud :31°11'7"N
Longitud :35°42'19"E

Hasil pemerhatian ialah:

Bumi Bulan dan Matahari akan berada dalam keadaan segaris (ataupun senang cerita adalh bulan baru telah lahir) pada 10 OGOS 2010 waktu 5:09 pg waktu Jordan dan jika kedudukan si yang ,melihat berdiri di Kordinat yg saya nyatakan di atas.
Sy pernah di taklimat kan tentang cara pencerapan hilal oleh wakil (MAPHILINDO) mALAYSIA, pHILIPHINA, iNDONESIA. Tentang bagaimana untuk mengetahui kaedah yg disepakati untuk melihat hilal di Asia Tenggara. Organisasi ini menetapkan bahawa, anak bulan akan dapat dilihat menggunakan mata kasar selepas 8 jam,. Tetapi disebabkan zaman sekarang, terdapat banyk sgt pencemaran udara, sebab itu kita menggunakan teleskop. itupun masih lagix nampak.

Tetapi selama pemerhatian saya setiap kali masuk awal bulan, susah sgt kita nak nampak, walaupun selepas 13 jam. Saya sendiri pon x taw ape yg salah dari ape yg dijumhurkan MAPHILINDO.

Menurut Maphilindo lagi, jika umur anak bulan telah lebih 8 jam, dan kita melihatnya sebelum masuk waktu maghrib, maka kita akan mengisytiharkan kite telah masuk bulan baru. Jika tidak, maghrib esok hari baru dikira masuk bulan baru. Sebab itulah pada sebelum tertubuhnya Maphilindo atawpun sebelum adanya sistem pengiraan PENGHISABAN Awal Hilal di malaysia, banyk berlaku perselisihan paham.

Menurut Ustaz Abdullah, mantan Unit Falak Mufti KELANTAN, RUMUS ATAWPUN FORMULA TERBARU YG KITA GUNA SEKARANG NI, TIADA lagi percangahan.

Untuk teknik cerapan.


Sy menyarankan kepada A.Ihsan untuk menyediakan satu teleskop mini, x pun cube bekerjasam dgn Organisasi yg bertanggungjawab di Jordan yg berkaitan dgn Falak. Untuk keselamatan, jgn sekali2 menggunakan DSLR untuk mihat gambar anak bulan jika matahari masih terang, jika sudah malap dan hampir maghrib boleh la untuk melihat menggunakan DSLR.

Untuk pengetahuan, melaului pemerhatian daripada Starry Night. Bulan dan Matahari akan terbenam pada kedudukan 10 dan 18 darjah kanan pada Barat.

Untuk alat yg sering digunakan oleh agensi2 di Malaysia untuk pencerapan Hilal adalah Theodolite dan Teleskop. Dan juga paling terkini, adalah lebih lenang menggunakan DSLR sambil ditolongi oleh LENS yg power.

Selain itu, boleh juga menjemput sesiapa yg berkesempatan untuk memberi penerangan tentang simulasi pencerapan Hilal yg sebenar, cube Abg consult dgn jabatan agama kat sana.

Untuk A.Ihsan setakat ini sahaja yg ana mampu tolong. Sebenarnya ana sendiri telah lama, hampir 2 tahun tidak menghadiri ke proh\gram cerapan Hiala kerana susah untuk berinteraksi dgn BIROKRASI jabatan MUFTI sendiri. Kalo selain pekerja kerajaan, mesti dapat jabatan sendiri.

Ana bercadang, jika sempat, nak jugak join cerapan HILAL di KB untuk Syawal. Nanti ana bgtaw Abg balik.

Read more...

Sejarah saya jatuh cinta.

Friday, May 21, 2010

bleh criter serba sedikit mengenai sejarah awak jtuh cinta dgn ilmu falak ini?

Soalan di atas lah yang saya baca semasa membuka profil formspring.me saya.


Jawapan saya.
Saya sebenarnya minat astronomi sejak kecil lagi. Saya masih ingat, waktu umur 4 ataw 5 tahun emak saya bagi saya krayon. Saya terus amik kertas putih kosong saiz A4, dan amik piring yang digunakan letak cawan tu, saya buat bentuk bulat, dan saya lukis bumi, buat tanah kat bumi warna hijau, laut warna biru, awan warna putih, tapi xda pon yang saya simpan. Tapi xpe. Yang penting ia segar sentiasa dalam memori saya. Seindah memori cinta pertama yang mula bersulam, barangkali.

Dan pada tahun 2002, saya waktu itu, selepas solat berjemaah zohor di masjid MML. Telah dipelawa oleh seorang sahabat, namanya masih segar Aminudin Hussin, kawan rapat sejak sekolah rendah lagi.
Dialog berikut berlaku di tingkat 2, blokj lama di MML. Beberapa langkah dari hujung bangunan
yang paling hampir dengan asrama dalam.

Dia cakap"Eh cceghah. maghi gi ambik bore falak".

Saya bertanya" Falak?, Gapo dio tuh?". Tanya saya dengan penuh teruja, pertama kali mendengar perkataan itu. Amat pelik dan canggih.

Amin cakap "Falak ni, hok berkaite denga langit la, kaji-kaji planet"

Saya cakap, "Yo ko? maghi lah, Mano nok ambik bore tuh" Ajak saya teruja sekali bila mendengar perkataan kaji palnet dan langit. Itulah hidup saya.

Selepas itu saya tidak ingat lagi apa berlaku. mungkin kami berkejaran dari hujung bangunan ke hujung, kerana bilik PFSMML terletak di sebelah hujung sana.

Bermula dari situ, minat saya semakin mendalam.

Astonomi adalah bukan falak. Kerana falak adalah islamic astronomical atau astronomi islam. Ia adalah bidang ilmu yang mengkaji objek-objek samawi(langit) serta peredarannya yang berkaitan dengan ibadah seperti waktu solat, arah kiblat, pertukaran tarikh dari masehi ke hijrah dan sebaliknya. Sebenarnya pengistilahan ilmu falak adalah luas.

Selepas menghantar borang, saya terus memberi komitmen terhadap persatuan PFSMML, tapi yang sedihnya, Amin tidak dapat join kerana ade clash jadual kelas falak dengan jadula peribadinya. Selepas beberapa bulan. A min berpindah dan sehiingga sekarang kami masih tidak bersua muka. Amin aku rindu mahu jumpa kamu. Itulah sahabat yang bermain bersama, lari bersama, bergaduh, dan berkawan kembali semasa di sekolah rendah.

Selepas meningkat ke tingkatan 1 pada 2003, saya teruskan bersama falak. Seingat saya, saya tidak pernah tinggal kelas falak.

Dan begitulah tahun ke tahun hingga saya ditaklifkan sebagai Presiden pada 13 Feb 2007.

Astronomi dan falak adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan oleh saya. Ia seperti darah daging. Sy tidak kisah berbelanja sebanyk mana pun untuk membeli buku berkaitan astronomi dan falak. Pernah satu ketika pada tahun ini, saya ke keai buku untuk membeli novel Robert Ludlum, tetapi membatalkan hasrat itu apabila ternampak buku sejarah astronomi dan penerokaan angkasa lepas. Buku tersebut adaalh lain dari yang lain kerana kupasannya amat berlainan daripada buku2 lain dan kupasan dalam dokumentari.

Begitulah serba sedikit yang dapat dicerittakan oleh insan yang memiliki ilmu secebis daripada keluasan alam semesta ciptaan ALLAH.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ashcroftstylus Az,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi,
Taman Tarbiyyah,
Guchil Bayam,
Kota Bharu Bandaraya Islam.
17 Mei 2010, 4:10 pagi.

Background music:
Open Your Eyes-Maher Zain

Read more...

Galaksi Bima Sakti

Thursday, May 13, 2010

Gambar ini telah di ambil oleh Dr Rowi di balai cerap beliau pada 11 Mei 2010 menggunakan kamera SLR Digital Canon 20Da. Dedahan selama lima minit dan ISO sebanyak 200.

Bima sakti atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Milky Way adalah sebuah galaksi. Ia adalah galaksi induk bumi kita. Dinamakan Milky kerana pada waktu malam, kita dapat melihat ekor galaksi induk kita ini kelihatan seperti awan-awan atau pun susu.

Galaksi Bima Sakti adalah sebuah galaksi pilin, iaitu berbentuk seperti berpusar. Bima Sakti dipercayai berusia lebih 13 bilion tahun, jangkaannya seakan sama dengan usia alam semesta. Di dalamnya, dianggarkan terdapat sebanyak 200-400 bilion bintang.

Sistem suria yang mana bumi kita terletak dipercayai wujud amat rapat dengan satah galaksi Bima Sakti, oleh sebab itugalaksi Bima Sakti kelihatan terbahagi kepada dua hemisfera apabila dilihat pada waktu malam.

Kajian daripada saintis-saintis menganggarkan secara kasarnya dalam masa tiga bilion tahun, Bima Sakti akan berlanggar dengan jirannya iaitu galaksi Andromeda. Ini kerana galaksi jiran itu bergerak ke arah Bima Sakti dengan kelajuan 1,800 kilometer seminit.

Ashcroftstylus Az,
Balai Cerap mini Dr Rowi,
13 Mei 2010, 4.50pg.

Read more...

Reds duo scoop monthly awards

Saturday, November 11, 2006





Sir Alex Ferguson has been named the Barclays Manager of the Month for October, while Paul Scholes has scooped the Player of the Month award.

United beat Newcastle, Wigan, Liverpool and Bolton to take a maximum 12 points from their four Premiership games across the month.

Scholes' form was integral to United's results, and he marked his 500th Reds appearance against Liverpool with the opening goal to kickstart a vital win over Rafael Benitez's side.

Jim Hytner, of the Barclays Awards Panel, said: “Manchester United continue to set the pace this season and Sir Alex has proven he is very much at the top of his game in his twentieth year in charge at the club.”

The double accolade is the second time this season United have clinched both awards, with Sir Alex and Ryan Giggs taking the awards in August.

Read more...

Thursday, July 27, 2006

HORSEHEAD NEBULA






Taken by Abdullah Hassan, former Persatuan Falak Syar'ie MML precident.
Probably the first Malaysian taking this picture using CCD.

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP