Ringkasan video "The end of power: Moises Naim at TEDxGeorgetown"
Imagination is Power, Power is Strength for the Excellent
Alhamdulillah, semalam, 18 Nov 2011, hari yang amat penat dilalui.
Madah puan Eleanor Roosevelt:
"Great minds talk about ideas, average minds talk about events, and small minds talk about people." (Pemikiran hebat berbicara mengenai idea, pemikiran pertengahan berbicara mengenai peristiwa, pemikiran yang rendah berbicara mengenai orang)
Mengikut idea Puan Roosevelt, pemikiran manusia dibahagi pada tiga tahap. Tahap orang yang hebat (selalu berbincang mengenai idea), tahap sederhana (bincang peristiwa), dan tahap paling rendah (bincang orang lain). Itulah starata yang diberikan oleh beliau.
Mafhum daripada Raheeq Makhtum :
"Muhammad pada umur 5 tahun, semasa sedang bermain-main bersama rakan-rakannya, lalu datang Jibrail merebahkannya lalu membedah dada baginda. Lalu bertempiaran lari rakan-rakan baginda yang sedang bermain dengan perasaan yang takut"
"Sewaktu sedang menjaga gembalaannya, Muhammad yang pada waktu itu masih muda, meminta kawannya menjaga gembalaannya sementara waktu kerana mahu bertandang ke sebuah walimah. Pabila sampainya di tempat keramaian itu, baginda tertidur hingga berakhir majlis"Rata-rata di kalangan kita, bila diceritakan perkara seperti di atas. Lantas terfikir di benak kita peristiwa yang pertama adalah, proses penyucian hati seorang manusia yang bakal menjadi pemimpin umat. Begitu juga, kita kita dalam skop yang sama, kita akan memandang peristiwa kedua adalah proses ALLAH menjaga hamba-NYA yang bakal menjadi Rasul supaya tidak melihat, mendengar maksiat yang berlaku pada waktu itu. Jika begitu pandangan alam kita, maka kita tidak dapat melihat perkara disebalik, kerana, kita akan menganggap, biasalah itukan nabi.
Polis Media Demonstrasi adalah 3 perkataan hangat di Malaysia, dan menjadi perhatian dunia sekarang ini.
Polis Diraja Malaysia masih lagi menjadi alat pemerintah?
Media yang masih dikongkong?
Demonstrasi yang masih lagi disalah anggap?
Perbincangan sekitar kesohihan hadis " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku "
Di negara barat sekarang, ramai western scholars membincangkan permasalahan sosial. Antara solusi yg masyhur adalah .."back to basic"
Apakah back to basic yang mereka maksudkan? Back to basic yg mudah difahami adlah kembali kepada fitrah.
Salam kepada semua teman2, sehat, sihat, sejahtera? Atau sebaliknya?
Walaupun ape keadaan kita semua, bersyukurlah kerana apa yang terjadi itu semuanya baik bagi kita.....
Pernah satu ketika, barangkali kita semua mengalaminya, ada yang berkata "Nampaknya, cuaca hari ini amat teruk"....mungkin dia berkata begitu kerana awan yang mendung yang mengandungi hujan... Kenapa mengatakan itu teruk, tidakkah awan seperti itu diharapkan oleh umat di sebelah Afrika? Tidakkah hujan itu membawa rahmat? Masakan tidak disuruh berdoa di awal turunnya hujan?
Baiklah, kita kembali kepada tajuk asal, cuti atau seertinya adalah libur. Banyk orang yg memikirkan cuti dan libur ini adalah kita merehatkan diri kita di mana2 tempat peranginan, di hutan2 simpan. Ya, itu tidaklah salah, tetapi kita selalu kabur dengan bawaan seperti itu, kenapakah tidak kita menziarahi sanak saudara? Kenapa tidak habiskan waktu cuti dengan menambah bacaan. Semua kita maklum bahawa, mahasiswa2 kita terlalu sibuk belajar sehingga tidak ada langsung masa untuk membaca.....
Tahukah sahabat2 sekalian, kajian mengatakan bahawa mahasiswa2 di malaysia hanya membaca 12 buah buku dalam masa 3 tahun? Banyk sgt ke 4 buku setahun? susah sgt ke habiskan sebuah buku dalam masa 3 bulan?
"Leaders are Reader"
Saya masih ingat, dalam satu khutbah jumaat di Masjid di Sekolah Antarabangsa Indonesia yang berhampiran stesen KOMUTER PUTRA, khatib pada hari itu telah membentangkan sebuah fakta yang menyatakan bahawa:
-Seluruh negara Muslim yang 57 itu, hanya 500 Universiti, sedangkan USA lebih 5000 Universiti, sinisnya, daripada 500 itu, hanya beberapa sahaja yang tersenarai ke dalam top 500. Lihat sahajalah di negara kita, bagaimana kita mahu maju dengan keilmuwan sedangkan bahan bacaan picisan masih menjadi keutamaan. Akhbar2 seperti Metro yang berorientasikan seks semata-mata perlu di hapuskan.
Ya, memang tidak salah kita mengkhabarkan berita seperti itu dengan niat untuk memperbaiki masyarakat. Tetapi, adakah perlu diulang-ulang setiap hari ataupun majoriti dalam laporan mingguan.
Tahniah saya ucapkan kepada Harian Metro kerana menjadi akhbar No. 1 di Malaysia. Natijahnya, semakin ramai yang membeli akhbar itu, dan semakin banyk gejala2 tidak senonoh berlaku dan bertambah dalam masyarakat kita.
Oleh itu, untuk menjadi masyarakat berilmu, kita hendaklah membaca karya2 berat, karya2 ilmiah, saintifik. Bukan hasil tulisan sasterawan picisan menjadi kemegahan. Barulah kita dapat meningkatkan kualiti umat Islam. Ingatlah, suatu ketika dahulu, ilmu2 islam itu telah terhapus pabila berjuta-juta kitab dibaling ke dalam sungai Furat(Euphrates).
Bersendiri Menumpulkan Pengalaman
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Itulah ungkapan yang masyhur di alam melayu. Ingatlah, bahawa Bangsa Melayu yang beragama ISLAM dahulu adalah pelayar yang tekemuka. Masakan tidak Melaka itu menjadi popular jika tidak di promosikan oleh pelayar2 yang mengembara. Satu fakta yang pernah didedahkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir dalam ceramahnya di Chile pada 1998. Beliau mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia adalah orang melayu yang bernama AWANG.
Lihatlah kalian, kajilah kalian akan fakta ini. Kita sekarang berbangga dengan Ferdinand de Magellan dengan mengatakan si portugis itulah yang pertama mengelilingi dunia dan yang pertama memecahkan salah tanggapan orang bahawa bumi itu rata dan hujungnya adalah jurang yang dalam.
Tetapi sebenarnya, Panglima Awanglah yang sebenarnya membenarkan perkara ini. Untuk kawan2 memahami lebih lanjut akan perkara ini, bacelah anda karya2 daripada Dr HM Tuah Iskandar al-Haj yang bertajuk "Enrique: Mengundang Jauh" terbitan Utusan Publications & Distributions.
Terakhir, ingat baliklah kita akan satu peristiwa, dimana turunnya wahyu pertama "Bacelah. Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan". Membaca, bacalah, kajilah, selidikilah, nescaya kita semua dapat menemui sesuatu yang dapat membangunkan kembali LEGASI2 islam yang telah hilang itu.
....kemampuan berfikir, bagi saya, kemampuan ini amat berkait rapat dgn latar belakang seseorang, terutama latar belakang pendidikan dan keluarga seseorang, sebagai contoh, jika orang itu diberi tepung dan air, ape yang mahu dibuat nya, jika org itu datang daripada latar belakang org yang tidak pernah menolong emak di dapur atau yan hidup hanya bergantung dengan makanan yang siap di masak, sudah tentu orang itu tidak dapat melakukan sesuatu terhadap benda yang diberi tadi, jika dia datang daripada latar belakang yang berkaitan, sudajh tentu tidak menjadi masalah. tetapi ini juga bergantung kepada sifat seseorang itu, jika dia adalah jenis yang gemar mencuba, maka tidak menjadi masalah baginya.
Read more...Assalamualaykum semua,
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP