Showing posts with label astrophotography. Show all posts
Showing posts with label astrophotography. Show all posts

Sembang Gerhana : Melayu kalah dengan Cina sebab kesalahan sendiri.

Sunday, December 11, 2011

Semalam, semasa bersama member2 astronomer buat astrophotography  di Teluk Kemang, Port Dickson. Sempat berjumpa dengan seorang brader.

Banyaklah sembang. Macam2 jugak lah sembang.

Berkenaan tajuk di atas.

Brader tu bagi satu contoh.

1. Peniaga Melayu, jika kedai sebelah untung, kedai sebelahnya kurang pulak untung. Habis2 mesti pergi jumpa bomoh, jampi kedai sebelah. Dengki punya pasal, habis larangan agama langgar.

2. Bangsa Cina, ambil contoh peniaga bunga, Kedai A dapat dari pembekal dengan harga RM 1.00, kedai B pulak dapat dengan harga RM 0.80. Kalau orang Cina, si B pergi jumpa si A, kowtim dua2 cuba mintak dengan pembekal dengan harga RM 0.70. So bisnes same2 maju.

Cukup itulah sahaja buat masa ni.

Moga post ini dapat menggembirakan hati pejuang perpaduan bangsa yang sempit itu.

Read more...

Belauan Pancang | Diffraction Spikes

Monday, August 22, 2011

Hajatnya ingin menangkap gammbar planet Musytari, tetapi Musytari masih lagi di bawah ufuk Timur. Sementara menunggu Musytari menjengah terbit, saya dan Dr Rowi mengambil gambar Belauan Pancang.
Bintang Antares daripada Buruj Scorpius

Menurut Dr Rowi, "Belauan Pancang (diffraction spikes) adalah garisan pancaran cahaya yang terpancar (radiating) daripada objek yang terang seperti bintang. Ia adalah artifak yang berlaku disebabkan oleh pembelauan cahaya di bilah labah-labah teleskop pembalik (reflection telescope). Bilah labah-labah adalah bilah yang menyokong atau memegang cermin sekunder."

Read more...

Huruf 'A' di Matahari.

Sunday, June 05, 2011


Kelihatan, 'Coronal Loops' pada bahagian bawah gambar.


Gambar di atas telah ditangkap oleh Dr Rowi, menggunakan kamera Lumenera SKYnyx, dipandu ke atas teleskop Coronado. Edit menggunakan Registax6 dan Adobe Photoshop CS oleh Ash Az.

Gambar diambil pada pagi 3 Jun 2011.

HURUF 'A' DI MATAHARI

Read more...

Galaksi Bima Sakti

Thursday, May 13, 2010

Gambar ini telah di ambil oleh Dr Rowi di balai cerap beliau pada 11 Mei 2010 menggunakan kamera SLR Digital Canon 20Da. Dedahan selama lima minit dan ISO sebanyak 200.

Bima sakti atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Milky Way adalah sebuah galaksi. Ia adalah galaksi induk bumi kita. Dinamakan Milky kerana pada waktu malam, kita dapat melihat ekor galaksi induk kita ini kelihatan seperti awan-awan atau pun susu.

Galaksi Bima Sakti adalah sebuah galaksi pilin, iaitu berbentuk seperti berpusar. Bima Sakti dipercayai berusia lebih 13 bilion tahun, jangkaannya seakan sama dengan usia alam semesta. Di dalamnya, dianggarkan terdapat sebanyak 200-400 bilion bintang.

Sistem suria yang mana bumi kita terletak dipercayai wujud amat rapat dengan satah galaksi Bima Sakti, oleh sebab itugalaksi Bima Sakti kelihatan terbahagi kepada dua hemisfera apabila dilihat pada waktu malam.

Kajian daripada saintis-saintis menganggarkan secara kasarnya dalam masa tiga bilion tahun, Bima Sakti akan berlanggar dengan jirannya iaitu galaksi Andromeda. Ini kerana galaksi jiran itu bergerak ke arah Bima Sakti dengan kelajuan 1,800 kilometer seminit.

Ashcroftstylus Az,
Balai Cerap mini Dr Rowi,
13 Mei 2010, 4.50pg.

Read more...

NO. 1 in Teative Festival Photo Competition.

Saturday, January 02, 2010

Alhamdulillah, the best word to say, just judge this picture by urself. The afocal method using the MEADE Telescope, LX 200, 8-INCH Diameter primary mirror

Read more...

Gerhana Bulan Separa Pemangkin Kejayaan Fetih

Friday, October 09, 2009

Assalamualaikum.....



Telah berkata Ibnu Umar r.a. Dari Nabi s.a.w. :Bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana, Solatlah!
-Hadith Riwayat Bukhari.



Semalam saya bersama Dr. Rowi, seperti biasa kami akan bersama-sama melakukan Astro Imaging, suatu hobi yg kami kongsi bersama.

Semasa saya melayari blog Abg Sya'ari, saya terpana bila terbaca tajuk Gerhana Bulan 22 Mei 1453 Lemahkan Semangat Byzantium ?.

Minggu lepas saya telah membaca novel Pak Latip berkenaan Sultan Mehmet al-Fateh, dengan semangat berkobar dan ingatan terhadap novel itu yang masih segar.

Dalam novel itu, maharaja kostantin mengatakan bahawa, Kontantinopel tidak akan jatuh selagi matahari dan bulan wujud. Lazim yang difahami, masyarakat zaman dahulu mengandaikan bahawa gerhana adalah salah satu pembawa tanda2 buruk kepada mereka. Atau tulah.

Masyarakat melayu juga sama, ada yang mengatakan bahawa cahaya bulan yang gerhana tidak boleh sampai kepada perut2 wanita yang mengandung, ia akan mengakibatkan malapetaka buruk.

Dengan semangat yang membara.

Lantas terfikir ingin meluahkan bakat yang saya simpan selama ini, ada sahabat saya meminta saya bongkarkan perkara yang tersirat dalam bidang falak atau astronomi kerana sahabat saya amat arif tentang minat saya yang mendalam dalam disiplin ilmu ini.

Oleh itu saya mengambil peluang untuk mengkaji kebenaran post blog Abg Sya'ari, bukan kerana meragui postnya, tetapi ingin mencari sendiri bukti itu memandang saya mengetahui
serba sedikit berkaitan Falak.

Selepas membaca dengan teliti post di blog Abg Sya'ari, lantas saya membuka perisian simulasi pergerakan objek2 langit, seperti bulan2, planet2, matahari, bintang2, galaksi2, nebula2 dan bsebagainya.

Perisian Starry Night Pro itu banyak membantu saya mematangkan lagi pemahaman berkenaan astronomi.

Dengan format JPG di bawah, saya cube menghuraikan beberapa perkara.





GAMBAR 1










Antara maklumat penting daripada GAMBAR 1 adalah.

Tempat :Istanbul
Latitud :41' 1.998'' UTARA (41 darjah dan 1.998 minit)
Longitud :29' TIMUR (29 darjah )
Waktu :4.40PM

Pada waktu ini, Kostantinopel di siang hari, gambar di atas gelap backgroundnya kerana saya telah memadamkan fungsi 'daylihgt'.

Pada waktu ini juga bulan masih lagi belum terbit.

Bulan juga telah memasuki "first contact', iaitu fasa dimana bulan memasuki kawasan penumbra gerhana. Pada waktu ini bulan telah gerhana.

Waktu gerhana adalah pada 4.38PM





GAMBAR 2










Maklumat daripada GAMBAR 2

Waktu :5.45PM

Gambar di atas fungsi 'daylight' dipadamkan.

Pada waktu ini, bulan menghampiri pengakhiran 'first contact' dan akan memasuki fasa kedua gerhana iaitu 'second contact'.

Bulan juga belum terbit di langit Kostantinopel.





GAMBAR 3










Maklumat daripada GAMBAR 3

Waktu :5.48PM

Fungsi 'daylight' dalam gambar ini diaktifkan.

Bulan masih lagi belum terbit.

Pada ketika ini, 'first contact' telah selesai dan anda dapat lihat bahagian hitam di sebalah kiri bulan. Itu adalah permulaan kepada 'second contact'.

Bulan pada waktu ini telah memasuki bahagian penumbra.




GAMBAR 4










Maklumat daripada GAMBAR 4

Gambar 4 adalah sama sahaj dengan gambar 3, hanya fungsi 'daylight' dipadamkan.





GAMBAR 5










Maklumat daripada GAMBAR 5

Waktu :6.30PM
Daylight :Off

Pada waktu ini. bulan masih lagi dalam 'second contact', masih lagi belum mencapai klimaks.

Bulan juga masih belum terbit.





GAMBAR 6










Maklumat daripada GAMBAR 6

Waktu :7.21PM
Daylight :On

Pada waktu ini, gerhana ada pada tahap MAKSIMUM.

Bulan juga masih belum terbit.





GAMBAR 7










Maklumat daripada GAMBAR 7

Waktu :7.25 WAKTU MAGHRIB,
Daylight :On

Gambar di atas adalah gambar matahari terbenam di kaki langir Barat Laut Kostantinopel, gambar pokok hanyalah simulasi, tidak seperti yang sebenar. Tetapi saya harap para pembaca dapat memahaminya.

Biasanya tatkala matahari terbenam, bulan akan muncul di kaki langit yang bertentangan dengan matahari terbenam.





GAMBAR 8










Maklumat daripada GAMBAR 8

Waktu :7.28
Daylight :On

Pada waktu ini, bulan baru sahaja beberapa minit muncul ke langit Kostantinopel.

Pada waktu yang sama pada hari sebelumnya, bulan muncul dengan sinar yang penuh, tetapi pada 22 Mei 1453 ia muncul dalam keadaan gerhana.

Mungkin ini adalah salah satu perkara yang menjatuhkan moral tentera2 dan rakyat2 Byzantium.

Saya tidak ingat dengan pasti, pada waktu bila maharaja kostantin mengatakan bahawa kostantin tidak akan jatuh selagi ada matahari dan bulan, jika maharaja itu mengatakan sedemikian selepas peristiwa gerhana ini, maka terbuktilah masyarakat kostantin pada waktu itu amat takut akan tahyul gerhana bulan.





GAMBAR 9










Maklumat daripada GAMBAR 9

Waktu :8.20PM
Daylight :On

Pada ketika ini, waktu telah malam, dan masih lagi dalam fasa kedua.

Bulan pada ketika ini, sedang bergerak keluar daripada daerah UMBRA, dan sebahagian daripadanya berada dalam daerah Penumbra.





GAMBAR 10










Maklumat daripada GAMBAR 10

Waktu :8.41PM
Daylight :On

Bulan sudah mengalami 'third contact' pada ketika ini, iaitu dimana bulan telah keluar dari bayang2 UMBRA dan sepenuhnya berada dalam daerah PENUMBRA.




GAMBAR 11










Maklumat daripada GAMBAR 11

Waktu :9.20PM
Daylight :On

Ini adalah gambar terakhir bagi post kali ini, gambar ini menunjukkan bulan dalam keadaan
separa penumbra, bulan masih lagi dalam 'third contact'.

Bayang penumbra ini terus bergerak keluar dan berakhir pada 9.52PM. Maknanya 'fourth contact' berlaku pada pukul 9.52PM. Bilamana berlakunya 'fourth contact', maka gerhana selesai


PENUTUP

Daripada post ini, peristiwa gerhana bulan separa ini berlaku selama 5 jam 12 minit. Memang telah menjadi lumrah mana2 masyarakat dahulu melabelkan gerhana adalah petanda buruk, pada zaman Rasulullah saw juga tidak terlepas daripada pemikiran seperti ini.

Telah berkata Ibnu Umar r.a. Dari Nabi s.a.w. :Bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana, Solatlah!

HADTH TELAH CIPETIK DARIPADA KITAB SAHIH BUKHARI, HADIS BERNOMBOR 547, JILID 2.





Read more...

Thursday, July 27, 2006

HORSEHEAD NEBULA






Taken by Abdullah Hassan, former Persatuan Falak Syar'ie MML precident.
Probably the first Malaysian taking this picture using CCD.

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP