Showing posts with label TURKI. Show all posts
Showing posts with label TURKI. Show all posts

[Diskusi Risalah Nur]

Wednesday, April 09, 2014



9 April 2014, selepas Isya'


Pembangunan individu adalah sosok penting dalam menatijahkan masyarakat
yang berkualiti kerana individu yang kuat, akan menguatkan masyarakat.


Individu tidak dapat meminggirkan dirinya daripada struktur masyarakat.
Walaupun sesuatu kehendak itu bersifat peribadi, individu tersebut
perlukan masyarakat untuk merealisasikannya. Sebut sahaja perihal makan,
ia pasti boleh jadi kehendak peribadi untuk memenuhi tembolok sendiri
tetapi individu tersebut perlu menghubungkan dirinya kepada masyarakat
sekeliling untuk memenuhi kehendak yang berbentuk peribadi itu.

Individu, pada akhirnya, ia juga secara keseluruhannya akan bersatu dengan masyarakat.

Read more...

TURKI : Cerita Dari Memori

Friday, June 04, 2010

Puput-puput bayu hembusan Marmara,
Binaan menara azan yang beribu-ribu,
Haruman teh rebusan Anatolia,
Semua itu dapat disantap dalam mimpi-mimpi ku.


Turki, sebuah negara yang banyak saya ziarah kisahnya berbanding dengan negara lain. Sejarah Turki lebih mudah bertempel dengan jiwa dan akal saya daripada sejarah negara lain. Bukan saya tidak minat akan sejarah negara lain. Mungkin kerana zamannya tidak sejauh sejarah tamadun2 Islam yang pernah gemilang.

MIMAR SINAN

Antara yang menjatuh cintakan saya akan Turki adalah Masjid Biru. Masjid Biru adalah sebuah masjid yang tercantik di dunia. Dibina pada waktu pemerintahan Sultan Ahmed 1 antara 1609 dan 1616. Dinamakan Masjid Biru kerana warna kelihatan biru pada awal pagi dan amat cantik dan menawan.

Masjid ini terletak hanya 500 meter dari Masjid Aya Sofia. Senibina masjid ini amat canggih. Tok Khatib tidak memerlukan mikrofon untuk menyampaikan khutbah. Ini kerana kerana, sistem pantulan bunyi masjid ini dapat memantulkan dari mimbar ke segenap ruang solat. Bayangkanlah, pada zaman 1600-an...apakah teknologi bunyi pada waktu itu... Inilah kecanggihan aplikasi fizik oleh tokoh2 Islam silam.

Selain itu, masjid biru tidak menggunakan lampu pada siang hari. Arkitek masjid ini telah mereka sistem pencahayaan yang simple, tetapi bermakna untuk kecerahan segenap ruang masjid di siang hari. Pereka itu telah menciptakan dinding yang berlubang pada bahagian masjid yang tidak terkena cahaya matahari. Contohnya, andaikan bahagian menghadap kiblat adalah bahagian depan dan menghadap sebelah matahari jatuh,,,,maka dinding disebelah kiri dan kanan sahaja dibuat lubang supaya cahaya dapat masuk. Jika kita perhatikan, ciri2 akitek masjid ini diaplikasikan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setakat itu sahaja buat kali ini, inshaALLAH, saya sambung di waktu lain.

Read more...

TURKI : Kajian sekarang.

Monday, May 31, 2010

Sejak seminggu sebelum lembaran maya ini siap ditulis. Hati saya amat gundah gulana kan negara Turki. Negara yang menjadi tempat terakhir 'payung Islam' berdiri itu amat menyedihkan hati dan menggembirakan hati saya.

Bila mengelamun, asyik terbayangkan Turki dan senibina2 di 'kota 1000 menara. Itulah Istanbul, ataw nama sebelumnya adalah Islambul. Dikatakan negara 1000 menara kerana di Istanbul sahaja, banyak masjid didirikan dan tiada hitungnya.

Islambul kepada Istanbul

Awalnya, semasa permulaan Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah. Sultan pada waktu itu menamakan Islambul. Malangnya, selepas jatuhnya Kerajaan Othmaniyyah, nama itu ditukar kepada Istanbul. Ianya semata-mata mahu menjauhkan rakyat Turki daripada islam dan menjadikan mereka sekular. Supaya mereka lupakan akan kegemilangan mereka terdahulu.


Sultan Mehmet al-Fatih

al-Fateh adalah Sultan Othmaniyyah pertama yang mentadbir Othmaniyyah di Kostantinopel. Banyk muslim sekarang hanya berbangga dengan 70 kapal yang merentasi daratan hanya satu malam. Sedihnya, berapa ramai yang mengambil iktibar.

Sahabat2 pembaca sekalian,
Turki Othmaniyyah, Khilafah yg kita banggakan itu telah HANCUR. Tahukan kita, khilafah itu telah HANCUR. Same2 lah berusaha, menegakkan islam. Islam itu tertegak pada diri sendiri dahulu, kemudian, sebarlah ia kepada keluarga sanak saudara dan masyarakat. Kemudian bersama masyarakat menegakkan islam. Selepas itu kepada bernegeri dan bernegara.

Untuk menjadi penyebar islam. Diri itu wajib mantap, jika rasekan tidak mantap, mantapkan lagi.

Jika sudah mantap, lagikan tegar mantapnya.

Kita sebagai seorang islam, kita kena paham ape kehendak islam, jika x paham, kita kena belajar. Belajar bukan sekadar tahu, belajar menuntut supaya kita faham akan ajaran itu dan dapat mengaplikasikannya dan menebarkannya.

Akhirnya, janganlah kita berbangga dgn sejarah kegemilangan kita (ISLAM) dahulu. Jika kita langsung tiada usaha untuk menjadi lebih baik daripada itu.

Read more...

Gerhana Bulan Separa Pemangkin Kejayaan Fetih

Friday, October 09, 2009

Assalamualaikum.....



Telah berkata Ibnu Umar r.a. Dari Nabi s.a.w. :Bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana, Solatlah!
-Hadith Riwayat Bukhari.



Semalam saya bersama Dr. Rowi, seperti biasa kami akan bersama-sama melakukan Astro Imaging, suatu hobi yg kami kongsi bersama.

Semasa saya melayari blog Abg Sya'ari, saya terpana bila terbaca tajuk Gerhana Bulan 22 Mei 1453 Lemahkan Semangat Byzantium ?.

Minggu lepas saya telah membaca novel Pak Latip berkenaan Sultan Mehmet al-Fateh, dengan semangat berkobar dan ingatan terhadap novel itu yang masih segar.

Dalam novel itu, maharaja kostantin mengatakan bahawa, Kontantinopel tidak akan jatuh selagi matahari dan bulan wujud. Lazim yang difahami, masyarakat zaman dahulu mengandaikan bahawa gerhana adalah salah satu pembawa tanda2 buruk kepada mereka. Atau tulah.

Masyarakat melayu juga sama, ada yang mengatakan bahawa cahaya bulan yang gerhana tidak boleh sampai kepada perut2 wanita yang mengandung, ia akan mengakibatkan malapetaka buruk.

Dengan semangat yang membara.

Lantas terfikir ingin meluahkan bakat yang saya simpan selama ini, ada sahabat saya meminta saya bongkarkan perkara yang tersirat dalam bidang falak atau astronomi kerana sahabat saya amat arif tentang minat saya yang mendalam dalam disiplin ilmu ini.

Oleh itu saya mengambil peluang untuk mengkaji kebenaran post blog Abg Sya'ari, bukan kerana meragui postnya, tetapi ingin mencari sendiri bukti itu memandang saya mengetahui
serba sedikit berkaitan Falak.

Selepas membaca dengan teliti post di blog Abg Sya'ari, lantas saya membuka perisian simulasi pergerakan objek2 langit, seperti bulan2, planet2, matahari, bintang2, galaksi2, nebula2 dan bsebagainya.

Perisian Starry Night Pro itu banyak membantu saya mematangkan lagi pemahaman berkenaan astronomi.

Dengan format JPG di bawah, saya cube menghuraikan beberapa perkara.





GAMBAR 1










Antara maklumat penting daripada GAMBAR 1 adalah.

Tempat :Istanbul
Latitud :41' 1.998'' UTARA (41 darjah dan 1.998 minit)
Longitud :29' TIMUR (29 darjah )
Waktu :4.40PM

Pada waktu ini, Kostantinopel di siang hari, gambar di atas gelap backgroundnya kerana saya telah memadamkan fungsi 'daylihgt'.

Pada waktu ini juga bulan masih lagi belum terbit.

Bulan juga telah memasuki "first contact', iaitu fasa dimana bulan memasuki kawasan penumbra gerhana. Pada waktu ini bulan telah gerhana.

Waktu gerhana adalah pada 4.38PM





GAMBAR 2










Maklumat daripada GAMBAR 2

Waktu :5.45PM

Gambar di atas fungsi 'daylight' dipadamkan.

Pada waktu ini, bulan menghampiri pengakhiran 'first contact' dan akan memasuki fasa kedua gerhana iaitu 'second contact'.

Bulan juga belum terbit di langit Kostantinopel.





GAMBAR 3










Maklumat daripada GAMBAR 3

Waktu :5.48PM

Fungsi 'daylight' dalam gambar ini diaktifkan.

Bulan masih lagi belum terbit.

Pada ketika ini, 'first contact' telah selesai dan anda dapat lihat bahagian hitam di sebalah kiri bulan. Itu adalah permulaan kepada 'second contact'.

Bulan pada waktu ini telah memasuki bahagian penumbra.




GAMBAR 4










Maklumat daripada GAMBAR 4

Gambar 4 adalah sama sahaj dengan gambar 3, hanya fungsi 'daylight' dipadamkan.





GAMBAR 5










Maklumat daripada GAMBAR 5

Waktu :6.30PM
Daylight :Off

Pada waktu ini. bulan masih lagi dalam 'second contact', masih lagi belum mencapai klimaks.

Bulan juga masih belum terbit.





GAMBAR 6










Maklumat daripada GAMBAR 6

Waktu :7.21PM
Daylight :On

Pada waktu ini, gerhana ada pada tahap MAKSIMUM.

Bulan juga masih belum terbit.





GAMBAR 7










Maklumat daripada GAMBAR 7

Waktu :7.25 WAKTU MAGHRIB,
Daylight :On

Gambar di atas adalah gambar matahari terbenam di kaki langir Barat Laut Kostantinopel, gambar pokok hanyalah simulasi, tidak seperti yang sebenar. Tetapi saya harap para pembaca dapat memahaminya.

Biasanya tatkala matahari terbenam, bulan akan muncul di kaki langit yang bertentangan dengan matahari terbenam.





GAMBAR 8










Maklumat daripada GAMBAR 8

Waktu :7.28
Daylight :On

Pada waktu ini, bulan baru sahaja beberapa minit muncul ke langit Kostantinopel.

Pada waktu yang sama pada hari sebelumnya, bulan muncul dengan sinar yang penuh, tetapi pada 22 Mei 1453 ia muncul dalam keadaan gerhana.

Mungkin ini adalah salah satu perkara yang menjatuhkan moral tentera2 dan rakyat2 Byzantium.

Saya tidak ingat dengan pasti, pada waktu bila maharaja kostantin mengatakan bahawa kostantin tidak akan jatuh selagi ada matahari dan bulan, jika maharaja itu mengatakan sedemikian selepas peristiwa gerhana ini, maka terbuktilah masyarakat kostantin pada waktu itu amat takut akan tahyul gerhana bulan.





GAMBAR 9










Maklumat daripada GAMBAR 9

Waktu :8.20PM
Daylight :On

Pada ketika ini, waktu telah malam, dan masih lagi dalam fasa kedua.

Bulan pada ketika ini, sedang bergerak keluar daripada daerah UMBRA, dan sebahagian daripadanya berada dalam daerah Penumbra.





GAMBAR 10










Maklumat daripada GAMBAR 10

Waktu :8.41PM
Daylight :On

Bulan sudah mengalami 'third contact' pada ketika ini, iaitu dimana bulan telah keluar dari bayang2 UMBRA dan sepenuhnya berada dalam daerah PENUMBRA.




GAMBAR 11










Maklumat daripada GAMBAR 11

Waktu :9.20PM
Daylight :On

Ini adalah gambar terakhir bagi post kali ini, gambar ini menunjukkan bulan dalam keadaan
separa penumbra, bulan masih lagi dalam 'third contact'.

Bayang penumbra ini terus bergerak keluar dan berakhir pada 9.52PM. Maknanya 'fourth contact' berlaku pada pukul 9.52PM. Bilamana berlakunya 'fourth contact', maka gerhana selesai


PENUTUP

Daripada post ini, peristiwa gerhana bulan separa ini berlaku selama 5 jam 12 minit. Memang telah menjadi lumrah mana2 masyarakat dahulu melabelkan gerhana adalah petanda buruk, pada zaman Rasulullah saw juga tidak terlepas daripada pemikiran seperti ini.

Telah berkata Ibnu Umar r.a. Dari Nabi s.a.w. :Bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana, Solatlah!

HADTH TELAH CIPETIK DARIPADA KITAB SAHIH BUKHARI, HADIS BERNOMBOR 547, JILID 2.





Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP