Showing posts with label conspiracy. Show all posts
Showing posts with label conspiracy. Show all posts

2012 : Penutup Sebuah Kajian

Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah, dapat saya menghabiskan waktu lapang cuti dengan mengkaji beberapa perkara yang dapat saya perhatikan daripada filem 2012.

Antara perkara yang saya kaji adalah:

  1. 2012 : 1 : Secebis Berkenaan Astronomi.

  2. 2012 : 2 : Kutub Utara Yang Sebenar

  3. 2012 : 3 : Watak Putih Wilson

  4. 2012 :4 : Potret Mona Lisa dan Perkaitan Dengan Taliban

  5. 2012 : 5 : Yellowstone dan Agenda Tersembunyi

  6. 2012 : 6 : Bahtera Penyelamat Mirip Bahtera Nuh

Sekian sahaja buat waktu ini, harap pembaca semua dapat menghayati dan mengambil iktibar, janganlah melihat sesuatu itu secara mudah sahaja atau dengan sebelah mata.

Read more...

2012 : 5 : Yellowstone dan Agenda Tersembunyi

Saturday, December 19, 2009

Bismillah....

Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang lelaki yang berasal dari pedalaman bertanya Rasulullah s.a.w: Bilakah berlakunya Kiamat? Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah persediaan kamu untuk menghadapinya? Lelaki itu menjawab: Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu akan tetap bersama orang yang kamu cintai.
-Riwayat Muslim-
-SUMBER-

2002

-Di Maahad Muhammadi (Lelaki), Kota Bharu.
-Situasi tidaklah kecoh, tetapi ada segelintir daripada pelajar sibuk memfotokopi artikel yang bertajuk
'KIAMAT SEMAKIN HAMPIR'

Dalam artikel itu, ada menceritakan bahawa kiamat semakin hampir, ada beberapa hadith dikemukakan, hadith tersebut didapati palsu, sila rujuk di sini

Dalam risalah itu, mereka meminta semua rakyat Malaysia supaya menyimpan bekalan makanan yang banyk, supaya bertaubat dan supaya bersedia menghadapi kiamat pada hujung tahun 2002.

Risalah itu juga ada menceritakan bahawa Yellowstone National Park akan menjadi tempat pertama terletusnya kiamat.

2009
-
Di Auditorium Sheikh Mohd Nor, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
-Seorang Ustaz dalam ceramahnya yang dianjurkan oleh perwakilan pelajar berkata : "Adik2 perlu ingat, di Amerika ada golongan2 profesor, doktor yang ada PhD, fasih hadith2 di mulut mereka, mereka juga mengetahui martabat2 hadith2, tahu sumber2 hadith, boleh syarah hadith2 tersebut, tetapi ingat mereka adalah 'orientalis'

Baiklah kawan2 dan sahabat2 pembaca sekalian, antara perkara yang akan dilakukan oleh Illuminati adalah membuat 'panic situations', seperti contoh artikel itu, pada hujung tahun 2002, ada ura2 menceritakan ada golongan2 yang sudah bersedia mengumpul air di dalam rumah masing2. mengumpul makanan yang berbulan-bulan, ini di akui oleh sahabat saya Zul Zikri, bukan setakat yang bukan muslim, muslim juga turut melakukan perkara yang sama.

Jika kita ingat, dalam akhbar perdana pada tahun 90-an, ada laporan akhbar mengatakan kiamat akan berlaku pada 20 Ogos 1998. Dan sekarang, kita ditambah dengan cerita 2012, dalam cerita tersebut, bagaimana dahsyatnya kiamat rekaan mereka dan perlu kita ingat bahawa, gambaran kiamat yang sebenar lebih dahsyat daripada itu, bacalah sahaja dalam al-Quran.

Situasi Gempar atau 'Panic Situation'

Perancangan Illuminati adalah bijak2, sebelum mereka menyerang Islam, sebelum 1717, sila betulkan jika saya silap. Sebelum 1717, Yahudi menyerang kristian, dan selepas beribu tahun menyerang Kristian, akhirnya mereka menyerang ISLAM. Lihat sahaja pada sejarah Kristian, St. Paul, seorang Yahudi yang dikatakan insaf lalu menolong Krisitian, dia menolong atau memporak perandakan? Dan lihatlah apa yang terjadi sekarang, GAGASAN NEW WORLD ORDER telah disokong oleh Pope di Vatican City, adkah ONE MALAYSIA juga sama? Anda kajilah dan jgn lupa kongsi. Dan setelah Krisitian tumpas, maka islam menjadi sasaran mereka.

Sahabat2, orang islam sebenarnya adalah ramai, akan tetapi kita lemah, tiada kesatuan, yang lebih menyedihkan, ada dari kalangan ISLAM sendiri yang menidakkan arahan islam, yang membenarkan arak dan judi berlaku di bawah pemerintahan mereka sendiri.

Oleh itu, bersatulah, carilah titik persamaan, jika titik yang tidak menjuuskan kepada persamaan, kajilah titik itu, adakah ianya perkara besar atau masalah fekah yang biasa2. Ingat, perjuangan hidup kita adalah perjuangan Aqidah.


PERJUANGAN AQIDAH.
PERJUANGAN AQIDAH


Salam Sejahtara dan Terima Kasih.



Read more...

2012 : 3 : Watak Putih Wilson

Alhamdulillah, berjumpa kembali?

anda ceria? bagus....

mase korang tgk cite tu, cite 2012 tu kan, korang mesti nagis tharu kan kat babak dimana presiden wilson menolak daripada menaiki air force one kan?

Baiklah, disini kita dapat perhatikan, bagaimana cara Illuminati menjajah pemikiran kita, mereka meletakkan orang kulit hitam sebagai presiden, dan sudah tentu Obama yang akan terpampang di imaginasi kita.

Mereka menunjukkan, bagaimana presiden yang berjiwa rakyat, dengan menolak untuk menaiki bahtera penyelamat dan turun ke lapangan untuk bersama rakyat. Ini seolah-olah mahu memejuk penonton supaya bersangka baik dengan presiden amarika skg nih....

Obama ade berjanji mahu memulihkan hubungan dgn orang islam.....tapi hingga sekarang, mereka masih lagi berada di Afghanistan.....ape ke hal?

Lagi...kalo kita tgk cite2 om putih.....2,3 tahun sebelum pilihanraya presiden Amerika yang lalu...
ada beberapa cerita yang menunjukkan orang hitam sebagai Presiden AS, ini seolah-olah mahu menaikkan martabat orang kulit hitam, dan seolah-olah mahu memudahkan proses Obama dalam menjadi Presiden..

Natijahnya, Obama menang dgn majoriti yang besar......

Setakat itu sahaja buat kali ini, dokan saya agar dapat lagi berjumpa dgn anda semua....

Wassalam.



Read more...

2012 :4 : Potret Mona Lisa dan Perkaitan Dengan Taliban

Friday, December 18, 2009

Bismillah.

Kembali berjumpa. Dalam post kali ini sama kita menghayati babak yang berlaku di Paris, di dalam sebuah muzium.

Dalam 2012 itu, seluruh dunia mahu menyelamatkan benda2 berharga, antaranya adalah potret asal Mona Lisa. Kenapa potret itu? Jika kita ingatkan, potret itu telah dilukis oleh Leonardo Da Vinci.... Kenapa tidak potret daripada Picasso? Mungkin juga Emmerich mahu menunjukkan perkaitan antara cerita Hollywood yang lain seperti 'The Da Vinci Code', filem yang asalnya daripada Dan Brown itu adalah antara contoh menunjukkan bagaimana liciknya Illuminati dalam bermain stratergi dan juga kritisnya mereka dalam mencari kod2 untuk menyelesaikan 'puzzle'.

Dalam babak tersebut, seorang profesor yang bertanggungjawab keatas potret tersebut sedang memerhatikan potret asal itu dimasukkan ke dalam bekas khas dan digantikan dengan potret palsu. Dalam masa yang sama ia dibantu oleh pembantunya, seorang wanita. Selepas memasukkan potret itu ke dalam kotak professor itu berkata potret itu akan selamat di Swiss. lalu wanita yang menjadi pembantunya itu berkata lebih kurang begini "Not the things happen in Afghan"

Kenapa Afghan, ini kerana mereka ( yang disebalik tabir filem ) ingin mengungkit satu kisah yang berlaku pada tahun 2001, kisah yang berlaku di Bamyan atau Bamiyan atau Bamian. Bamiyan adalah salah satu kota lama peninggalan Bhuddha. Dan di Bamian terdapat tokong Bhudda terbesar di dunia, iaitu patung Vairocana and Sakyamuni, berketinggian 55 dan 37 meter setiap satu. Akan tetapi patung tersebut dikatakan telah dimusnahkan oleh Taliban.

Adkah betul? sepanjang saya melihat kepada video2 di u-tube, tiada pun kelibat orang2 taliban bersorak gembira meraikan pengeboman patung tersebut. Selain itu, terdapat juga kesangsian akan tarikh peristiwa tersebut, kenapa 6 Mac 2001? Selepas beberapa ketika, riuh berita2 di seluruh dunia akan peristiwa itu dan ada segelintir akhbar mengklasifikasikan Taliban adalh pengganas, Taliban akan mengebom dunia dan lupakah kalian semua apa yang berlaku di Manhattan pada 11 Setember 2001?

Persoalannya, adakah ini adalah salah satu perancangan mereka untuk menyerang Afghanistan yang kaya dengan minyak itu?

Persoalan lagi, adakah betul Taliban itu telalu jumud, terlalu mengongkong wanita2 di Afghanistan seperti yang dilaporkan agensi2 berita utama dunia?

Kes televisyen misalnya, kenapa Taliban mengharamkan televisyen di Afghan? Dalam satu pengajian di Darul Quran, ustaz saya memberitahu bahawa, "Janganlah kita memandang kolot kepada Taliban, mereka muslim seperti kita, mungkin mereka mengharamkan televisyen di sebabkan mereka belum lagi mencapai teknologi yang dibina sendiri untuk menonton televisyen. Boleh jadi juga, jika mereka membenarkan televisyen, nanti akan masuk siaran2 daripada luar yang dibimbangi akan merosakkan akidah masyarakat mereka.

Baik, kembali kepada tajuk asal, dalam kita melihat sesuatu dalam mana2 keadaan, jgnlah kita melihat dengan bersahaja. Banyk sgt 'feedback' yang saya dapat daripada kawan2 yang menonton 2012 mengatakan filem ini sgt boring, xda apa2, sedangkan yang berkata itu golongan berpendidikan agama. Kalian mesti ingat, kalian mestilah memandang apa2 saja perkara yang berlaku dengan 2 bijik mata, bukan dengan pandangan satu mata yang lama-kelamaan akan menumpulkan pemikiran.

Akhirnya, sudilah kiranya para pembaca meluang sedikit masa untuk memberi komentar2 kepada artikel ini, mahupun yang sebelum yang ini ataupun selepasnya.

p/s : Sila berhati-hati dgn apa yang anda baca dan lihat daripada rujukan ini. Pandanglah dgn akal yang terbuka dan dengan dua belah mata

RUJUKAN
-koleksi2 bacaan
-video2 rujukan

Read more...

G-FORCE dan Ulasan Tersirat

Thursday, November 19, 2009

Assalamualaikum,

Dah lame rasanya tidak menonton filem 3D,

filem 3D pertama yg saya tonton dalam hidup saya adalah
Toy Story,
pastu Toy Story 2, pastu Shrek, dan banyak lagi lah..

... then the last seblum G-FORCE adalah Kung Fu Panda

Then, beberapa hari selepas exam last, saya menonton G-fORCE.

Filem yang berkisar tentang 4 ekor Guinea Pig yang pintar.

Mereka semua telah diberikan satu tugas untuk menyiasat tentang sebuah konspirasi berkenaan seorang jutawan alatan elektrik yang mahu memusnahkan dunia dengan alatan elektrik.

Baiklah, dalam post kali ini, ana bukan mahu menceritakan secara ringkas bkenaan cerita ini.

Tetapi mahu menganalisa beberapa perkara yang ana dapat perhatikan.




1. Saiz

Kelebihan mereka yang bersaiz kurang separuh kaki, membolehkan mereka menyelinap untuk menyiasat ke dalam rumah yang dikawal ketat. Dengan kelebihan mereka juga, misi yang tertangguh oleh manusia2 FBI selama 2 tahun dapat dipermudahkan.

Selain memiliki kepintaran, mereka juga dapat bergerak dengan pantas disebabkan saiz yang kecik, jadi momentum yang dikeluarkan oleh badan mereka tidaklah seperti manusia.

Tatkala menonton filem ini, saya teringat kisat Vietcong, tentera amerika kalah disebabkan salah satunya adalah faktor saiz badan. Bayangkan tentera vietnam yang setinggi budak sekolah rendah darjah 4 menggunakan saiz badan mereka untuk menyelinap masuk ke dalam lubang2 yang x dapat dimasuki tentera amerika.

2. China


Pabila kita bercakap mengenai China, sebahagian daripada kita tentu teringat kepada Tembok Besar China, permainan plastik yang berlambak di negara kita juga dari Tanah Besar China.

Apa yang ingin saya perkatakan ialah, Amerika yang berproksikan Hollywood berwasilahkan filem ini cuba memburuk-burukkan China.

Lihat sahajalah watak Speckels, seekor MOLE yang x knal budi penjaganya dengan menyamar sebagai Yanshu ( Mole dalam bahasa China).

Cube perhatikan bagaimana Amerika menjatuhkan USSR dengan filem, banyk contoh2 dalam filem daripada Hollywood memperbodohkan Russia, megambarkan Rusia sebagai negara yang mengganggu sistem negara lain. Sebagai contoh, dalam filem Armagedon, dalam perjalanan kru2 yang terpilih untuk mengebom astroid yang akan menghentam bumi. Semasa dalam perjalanan, kapal angkasa mereka perlu singgah di satu stesen angkasa untuk mengisi minyak. Proses pemindahan bahan api daripada stesen angkasa ke kapal angkasa tidak berjaya sepenuhnya kerana kebodohan dan ketidaksabaran 'cosmonout'( angkasawan dalam bahasa Rusia) sehingga dia terlebih melaraskan kelajuan pemindahan bahan api.

Persoalannya, kenapa Rusia? Kenapa tidak Jepun (JAXA), kenapa tidak Agensi Angkasa Eropah (ESA)????

Ini kerana Amerika masih lagi berdendam walaupun U.S.S.R. telah lama berkubur, perlu diingat Stesen Angkasa Antarabangsa, ISS terdiri daripada beberapa komponen daripada berbagai agensi angkasa di dunia. Dan perlu diingat adalah, komponen pertama adalah daripada Rusia, iaitu bernama Zarya, selepas itu barulah diikuti NASA dan agensi2 lain.

Sebelum ISS, juga telah wujud stesen angkasa, juga daripada Rusia, bernama MIR.

Berbalik kepada China, walaupun China tidak sehebat NASA, tetapi sifat mengkaji untuk kemajuan orang China itulah yang ditakuti, dihormati dan disegani penduduk dunia.
Lihat sahaja kepada watak2 keusahawanan cina di Malaysia, daripada yang datang tanpa apa kini telah membina empayar besar. Sebagai contoh, mendiang Lim Goh Tong, bekas tauke Genting Highland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada waktu itu hanya berbekalkan 19 ringgit, dan pada umur 40 beliau telah memiliki syarikat kontraktor sendiri.

2, 3 tahun lepas, china mencatat sejarah dunia apabila menjadi negara pertama yang menhantar modul ke angkasa menggunakan modul yang telah digunakan, iaitu modul yang dibaiki (reverse engineering) dan diguna semula utuk menghantar modul tersebut ke angkasa.

yang terakhir berkenaan china adalah, bahasa mandarin adalah bahasa yang terbanyak dipertuturkan oleh manusia di dunia.


Read more...

www.fotopages.com milik ISRAEL

Wednesday, April 15, 2009

Seorang photographer mohon untuk disebarkan maklumat ini.
Harap Maklum Kepada semua pengguna FOTOPAGES!!



As qoute from his website :



Saya telah BERHENTI/PENCEN dr mengambil gambar kahwin. Namun

website ini diteruskan bagi membantu rakan2 anda dan lain2 yg mempunyai kepentingan melalui laman ini.


HARAP MAKLUM.





Assalamualaikum,
www.fotopages.com milik syarikat Israel.
Saya terpanggil membuat sedikit kajian setelah seorang

bekas pelanggan fotografi saya, kak dilla memberitahu fotopages
milik syarikat Israel.

Ini kerana rakyat Malaysia adalah yg terbanyak sekali

di fotopages.com tersebut.

Ini Bukti rakyat Malaysia terbanyak-58507 orang,

kebanyakkan Melayu

Ini bukti Whois fotopages.com
——

Registrant:
Pidgin Technologies Ltd
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL

Domain name: FOTOPAGES.COM
——-
Sila pertimbangkan sebarkan berita ini supaya dikalangan kita

sedar bahawa fotopages.com adalah milik syarikat
Israel.

Adalah amat sedih tatkala rakyat Palestine saban tahun

bermandi darah kita menyokong syarikat Israel.

Sekian Wassalam,

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP