Khalifah and the Remembrance of the Past
the past has it's meaningful,
Sajak : Hidup Adalah??

Hidup,
Akan disuap pujian,
Janganlah mudah makan perasan.
Hidup,
Akan dilempar ujian,
Janganlah mudah perasaan terkesan.
Hiduplah,
Berpesan-pesan,
Pada teman,
Pada kawan,
Pada taulan,
Moga memberi pengajaran,
Moga menjadi pedoman,
Moga terlekat di ingatan,
Moga disalurkan anggota amalan.
Hiduplah Islam,
Untuk diri supaya dapat rahmat,
Untuk keluarga hidup berkat,
Untuk masyarakat makmur adat,
Untuk Ummat seraya jagat,
Untuk Daulah di puncak hebat.
Hidup,
Hiduplah,
Bekerjalah seakan tidak habis hayat,
Beribadatlah seakan mati itu dekat.
Hiduplah,
Untuk memberi supaya berkat,
Sampaikan dariku walau sepotong ayat.
****************************************
Ahmad Ashraf Azhar.
Mahallah MARA, PA UIAM Nilai.
11 Muharram 1432/17 Disember 2010 | 0000-0012.
Anak Muda

Anak muda itu,
Jiwanya kental,
Jiwanya semangat,
Terus melangkah walau dikekang.
Anak muda,
Ideanya segar,
Pemikirannya jauh merentasi zaman.
Anak muda,
Berani menongkah arus,
Pencorak zaman,
Pemahat pengalaman sejarah,
Pengukir abadi.
Happy Birth-day To You
alhamdulillah, masih lagi dapat ku menghirup udara pagi.
sambil bersyukur kepada nikmat-makmat yg mencurah bagaikan tiada henti.\
nikmat itu akan luput pabila ku mati.
Dengan kesempatan ini,
ku ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada insan ini,
yg bertahun setia menemani,
walau jauh tetapi dekat di hati.
Duhai insan yg ku kasihi,
terima kasih atas jasamu selama ini,
ingin sekali kata hati hati ini mahu kamu di sisi,
tapi apakan daya, mengembara mencari ilmu harus ku dahului.
Setakat ini,
sahaja buat kali ini, moga berjumpa lagi.
Jumpa kamu miggu depan duhai insan terkasih.
Sajak : DIA Jawapannya
Wahai Manusia,
Hatiku keruh dilanda derita,
Kempunankan fakta untuk merungkai,
Segala derita, bisa di jiwa,
Kerana ku juga ada perasaan,
Perasaaan yang mahu akan bahagia, aman dan damai.
Mengapa?
Kenapa?
Mengapa dan kenapa ku mahukan itu semua?
Kerana,
Aku manusia wahai Dunia,
Aku juga seperti kamu wahai Manusia,
Yang mahikan bahagia, aman dan damai.
Namun,
Telah lama ku merintih pada Dunia dan Manusia,
Ku bertanya,
Kenapa ku masih yang lama?
Hatiku makin kelam dalam kelukaan,
Masih samar dalam menyangka,
Pahit terasa memakan jiwa,
Ku bertanya lagi,
Adakah hati dan jiwaku keruh dan kotor?
Kenapaku tidak berupaya melawan asakan yang melanda?
Dibiar makin bernanah,
Dilawan makin berbisa,
Adakah ini dek cintaku pada Dunia dan Manusia sia-sia?
Adakah cintaku itu membuatku lari dari cinta yang sebenar?
Manakah penawar?
Manakah penawar sebenar?
Ku akan menunggu.
Akhirnya,
Ku temu jua akan jalannya,
Jalan yang akan merungkai segala derita,
Di jalan itu juga adanya penawar,
Menjadikanku tenang menempuh ujian,
Matang dalam bertindak,
Ia juga membersihkan jiwa,
Menghilangkan karat-karat hati,
Ku juga rasa dekat akan Pencipta,
Tempat selayaknya untukku merintih, merayu dan meminta,
Kerana Dunia dan Manusia juga dicipta.
Mulai saat itu,
Ku tenang hadapi ujian,
Kesulitan ku rasa senang dihadapi,
Lalu kebahagiaan datang.
Dan,
Ku akan terus di jalan itu.
Air Belum Penuh Lagi : Sebuah Sajak
AIR BELUM PENUH LAGI,
Kenapa kamu berhenti,
Teruskan pecutan langkah kaki,
Hujung sana sinar menanti.
AIR BELUM PENUH LAGI,
Perjuangan belum lagi mencapai henti,
Pasakkan niat dihati,
Majulah walau apa dihalangi.
AIR BELUM PENUH LAGI,
Anak muda jiwanya besar tingggi,
Walau gaung duri yang menghalangi,
Dia tetap teruskan bakti.
AIR BELUM PENUH LAGI,
Ayuhlah bersiap ke medan bakti,
Moga syahid mengiringi,
Dan moga syurga menanti.
Ramadhan: Bingkisan Hati Galau
Doakanlah kau akan daku,
Agar diberikan ketenangan hati.
Doakanlah hati galau ini tenang,
Saat melihat hati sahabat tenang dengan mehnah,
Ku rasakan hatiku ,akin parah,
Di hambat dunia pelbagai mehnah,
Aku juga takut,
Takut ditinggalkan ramadhan begitu sahaja,
Ditinggalkan tanpa barakah di jiwa,
Ya ALLAH,
Hidupkanlah aku di ramadhan yang akan datang,
Agar ku dapat perbaiki 1 per 3 pertama itu sekali lagi,
Moga hati ini disinggahi rahmatMU,
Ya Allah,
Perbaikilah aku,
Agar menjadi insan yang baik,
Ya ALLAH,
Tenangkanlah hati aku,
Agar masalah menjadi senang,
Ya ALLAH,
Sedarkanlah jiwa aku,
Agar menjadi penyabar.
sAJAK ALAM
Di tepi jalan diselubungi malam,
Tiada disaksikan kecuali langit yang kelam,
Lebih takut di tepi jalan itu adanya berpuncak alam,
Puncak nafsu yang jauhkan hamba dari pencipta alam,
Hingga dinihari yang sebermulanya akhir malam,
Lima itu perhati banyak muda mudi berlegar di shah alam,
Bertany pada diri apa tugasku di hari malam,
Apakah masjid berhampiran itu suram,
Suram dari peringatan untuk takutkan tuhan sekelian alam,
Pesananku kepada pembaca kalam,
Sama-samalah jalankan dakwah di ini alam,
kelak akhirat dapat kita tuntut syurga ciptaan Tuhan sekelian Alam.
Ingin Saja Ku Berangkat Pergi
Menuju Ilahi yang menciptaku,
Yang mentadbir bumi ini,
Bumi tempat ku kenal ilmuNYA,
Bumi tempatku bersinggah,
Ya Allah,
Bilakah nyawa yang kau pinjamkan ini mahu ditarik?
Ku sudah tak termampu menanggung beban ujian,
Ya Allah,
Kekadang hatiku lalai dari ingat akanMU,
Ku lebih ingat akan makhlukMU,
Ya Allah,
Mengapa bisanya virus hati itu?
Bilakah ia akan hilang?
Ya Allah,
Ku tahu ia adalah fitrah,
Ya Allah,
Ya Allah, bilakah ku akan mati?
Bilakah aku akan terhenti menanggung ujianMU?
Rintihan ku buat DUNIA dan MANUSIA
Wahai Dunia,
Wahai Manusia,
Hatiku keruh dilanda derita,
Kempunankan fakta untuk merungkai,
Segala derita, bisa di jiwa,
Kerana ku juga ada perasaan,
Perasaaan yang mahu akan bahagia, aman dan damai.
Mengapa?
Kenapa?
Mengapa dan kenapa ku mahukan itu semua?
Kerana,
Aku manusia wahai Dunia,
Aku juga seperti kamu wahai Manusia,
Yang mahikan bahagia, aman dan damai.
Namun,
Telah lama ku merintih pada Dunia dan Manusia,
Ku bertanya,
Kenapa ku masih yang lama?
Hatiku makin kelam dalam kelukaan,
Masih samar dalam menyangka,
Pahit terasa memakan jiwa,
Ku bertanya lagi,
Adakah hati dan jiwaku keruh dan kotor?
Kenapaku tidak berupaya melawan asakan yang melanda?
Dibiar makin bernanah,
Dilawan makin berbisa,
Adakah ini dek cintaku pada Dunia dan Manusia sia-sia?
Adakah cintaku itu membuatku lari dari cinta yang sebenar?
Manakah penawar?
Manakah penawar sebenar?
Ku akan menunggu.
Akhirnya,
Ku temu jua akan jalannya,
Jalan yang akan merungkai segala derita,
Di jalan itu juga adanya penawar,
Menjadikanku tenang menempuh ujian,
Matang dalam bertindak,
Ia juga membersihkan jiwa,
Menghilangkan karat-karat hati,
Ku juga rasa dekat akan Pencipta,
Tempat selayaknya untukku merintih, merayu dan meminta,
Kerana Dunia dan Manusia juga dicipta.
Mulai saat itu,
Ku tenang hadapi ujian,
Kesulitan ku rasa senang dihadapi,
Lalu kebahagiaan datang.
Dan,
Ku akan terus di jalan itu.


