Cerita untuk DS Anwar Ibrahim
[Perlumbaan KERETAPI]
Perlumbaan yang panjang dan lama.
Ada sebuah keretapi yang dipecut oleh TIGA enjin serentak yang bergabung.
Setiap enjin sudah ada kekuatan dan kelebihan masing-masing dalam membawa matlamat perjalanan mereka menuju kemenangan.
Tapi kadang-kadang, perjalanan mereka terbantut kerana, track perjalanan lawan mereka kawal, kadang2 lawan mereka melontar peluru-peluru supaya perjalanan mereka perlahan dan ketinggalan untuk membalas balik.
Para penumpang yang bersama-sama dipandu TIGA enjin ini kadang-kadang rasa bimbang ada sebahagian orang yang menggerakkan enjin ini bertikam lidah, tidak sepakat atas perkara muafakat.
Penonton juga kadang2 boring dan rasa seperti tidak kisahkan lagi siapa menang perlumbaan itu kerana dua2 sama sahaja.
Justeru, kepada tuan kemudi TIGA enjin itu, saya minta supaya, nasihatkan orang-orang penggerak enjin-enjin itu supaya terus bersepakat atas perkara sepakat dan bersetuju atas perkara tidak bersetuju, kurangkan pertelingkahan sesama sendiri.
Yang penting, gabungan TIGA enjin ini mesti menang perlawanan pusingan ke-13 ini.
1 Komen:
Tiga enjin dan tiga agenda berbeza. Namun itu semua hanyalah 'nasi tambah' kepada persepsi politik di dada awam seperti kita. Kerana aulawiyat itu telah bijak menetapkan.
Saya suka dengan cerita ini. Semoga kebersihan persepsi terhadap politik negara kita lebih murni disertai dengan ilmu dan kesahihannya.
Post a Comment