Ringkasan video "The end of power: Moises Naim at TEDxGeorgetown"
Imagination is Power, Power is Strength for the Excellent
![]() |
| Islam Leads the Changes logo. |
Madah puan Eleanor Roosevelt:
"Great minds talk about ideas, average minds talk about events, and small minds talk about people." (Pemikiran hebat berbicara mengenai idea, pemikiran pertengahan berbicara mengenai peristiwa, pemikiran yang rendah berbicara mengenai orang)
Mengikut idea Puan Roosevelt, pemikiran manusia dibahagi pada tiga tahap. Tahap orang yang hebat (selalu berbincang mengenai idea), tahap sederhana (bincang peristiwa), dan tahap paling rendah (bincang orang lain). Itulah starata yang diberikan oleh beliau.
Mafhum daripada Raheeq Makhtum :
"Muhammad pada umur 5 tahun, semasa sedang bermain-main bersama rakan-rakannya, lalu datang Jibrail merebahkannya lalu membedah dada baginda. Lalu bertempiaran lari rakan-rakan baginda yang sedang bermain dengan perasaan yang takut"
"Sewaktu sedang menjaga gembalaannya, Muhammad yang pada waktu itu masih muda, meminta kawannya menjaga gembalaannya sementara waktu kerana mahu bertandang ke sebuah walimah. Pabila sampainya di tempat keramaian itu, baginda tertidur hingga berakhir majlis"Rata-rata di kalangan kita, bila diceritakan perkara seperti di atas. Lantas terfikir di benak kita peristiwa yang pertama adalah, proses penyucian hati seorang manusia yang bakal menjadi pemimpin umat. Begitu juga, kita kita dalam skop yang sama, kita akan memandang peristiwa kedua adalah proses ALLAH menjaga hamba-NYA yang bakal menjadi Rasul supaya tidak melihat, mendengar maksiat yang berlaku pada waktu itu. Jika begitu pandangan alam kita, maka kita tidak dapat melihat perkara disebalik, kerana, kita akan menganggap, biasalah itukan nabi.
Polis Media Demonstrasi adalah 3 perkataan hangat di Malaysia, dan menjadi perhatian dunia sekarang ini.
Polis Diraja Malaysia masih lagi menjadi alat pemerintah?
Media yang masih dikongkong?
Demonstrasi yang masih lagi disalah anggap?
Di negara barat sekarang, ramai western scholars membincangkan permasalahan sosial. Antara solusi yg masyhur adalah .."back to basic"
Apakah back to basic yang mereka maksudkan? Back to basic yg mudah difahami adlah kembali kepada fitrah.
Pak Mat ini gila. Dia selalu duduk dekat bulatan Tuan Padang di Kota Bharu bertindak sebagai polis trafik. Bila lapar dia akan minta duit dengan orang seringgit. Kalau bagi dua ringgit atau lima ringgit dia tidak akan ambil. Dia hendak seringgit saja. Pak Mat Trafik tidak pernah mengubah nilai mata wangnya, seringgit dari awal hingga ke akhir. Nah begitu jugalah politik Umno di Kelantan tak pernah melakukan anjakan paradigma.1. Sumber daripada Harakahdaily
Sah Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan (sila klik)
| Yusri Amin |
| Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua. "Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010. "Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.," katanya. Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri. |
| Tengku Faris dimasyhurkan sultan hari ini (sila klik) |
| Harakahdaily | |
| KOTA BHARU, 13 Sept: Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.
|

Saya adalah pelajar Human Science (Sains Kemansiaan/Sosial) di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Salah satu subjek yang saya belajar pada sem ini adalah Sains politik.
Hari ini saya telah diajukan beberapa soalan untuk diminta pendapat umum, samada kulitatif atau kuantitatif.
Berikut adalah soalan-soalan yang diberikan oleh lecturer saya.
Kisah di berlaku di antara tahun 1900-2100
Ustaz(U): Pakcik2, kalo barang2 kita dicuri oleh pencuri, maknanya kita dizalimi. Maka kita bolehlah mendoakan mereka supaya ALLAH YANG MAHA KUASA membalas budi jahat mereka.
Pakcik2(P): Owh mcm tu ustaz.......
U: Mcm tu la juge pemimpin yang zalim pakcik2 semua.....
P: Owh.....(lagi kuat dari sebelumnya)
U: Faham ke pakcik2 semua?
P: Faham...Faham..Ustaz.....
Alhamdulillah, dapat saya menghabiskan waktu lapang cuti dengan mengkaji beberapa perkara yang dapat saya perhatikan daripada filem 2012.
Antara perkara yang saya kaji adalah:
Alhamdulillah, berjumpa kembali?
anda ceria? bagus....

mase korang tgk cite tu, cite 2012 tu kan, korang mesti nagis tharu kan kat babak dimana presiden wilson menolak daripada menaiki air force one kan?
Baiklah, disini kita dapat perhatikan, bagaimana cara Illuminati menjajah pemikiran kita, mereka meletakkan orang kulit hitam sebagai presiden, dan sudah tentu Obama yang akan terpampang di imaginasi kita.
Mereka menunjukkan, bagaimana presiden yang berjiwa rakyat, dengan menolak untuk menaiki bahtera penyelamat dan turun ke lapangan untuk bersama rakyat. Ini seolah-olah mahu memejuk penonton supaya bersangka baik dengan presiden amarika skg nih....
Obama ade berjanji mahu memulihkan hubungan dgn orang islam.....tapi hingga sekarang, mereka masih lagi berada di Afghanistan.....ape ke hal?
Lagi...kalo kita tgk cite2 om putih.....2,3 tahun sebelum pilihanraya presiden Amerika yang lalu...
ada beberapa cerita yang menunjukkan orang hitam sebagai Presiden AS, ini seolah-olah mahu menaikkan martabat orang kulit hitam, dan seolah-olah mahu memudahkan proses Obama dalam menjadi Presiden..
Natijahnya, Obama menang dgn majoriti yang besar......
Setakat itu sahaja buat kali ini, dokan saya agar dapat lagi berjumpa dgn anda semua....
Wassalam.
Bismillah.
Kembali berjumpa. Dalam post kali ini sama kita menghayati babak yang berlaku di Paris, di dalam sebuah muzium.
Dalam 2012 itu, seluruh dunia mahu menyelamatkan benda2 berharga, antaranya adalah potret asal Mona Lisa. Kenapa potret itu? Jika kita ingatkan, potret itu telah dilukis oleh Leonardo Da Vinci.... Kenapa tidak potret daripada Picasso? Mungkin juga Emmerich mahu menunjukkan perkaitan antara cerita Hollywood yang lain seperti 'The Da Vinci Code', filem yang asalnya daripada Dan Brown itu adalah antara contoh menunjukkan bagaimana liciknya Illuminati dalam bermain stratergi dan juga kritisnya mereka dalam mencari kod2 untuk menyelesaikan 'puzzle'.
Dalam babak tersebut, seorang profesor yang bertanggungjawab keatas potret tersebut sedang memerhatikan potret asal itu dimasukkan ke dalam bekas khas dan digantikan dengan potret palsu. Dalam masa yang sama ia dibantu oleh pembantunya, seorang wanita. Selepas memasukkan potret itu ke dalam kotak professor itu berkata potret itu akan selamat di Swiss. lalu wanita yang menjadi pembantunya itu berkata lebih kurang begini "Not the things happen in Afghan"
Kenapa Afghan, ini kerana mereka ( yang disebalik tabir filem ) ingin mengungkit satu kisah yang berlaku pada tahun 2001, kisah yang berlaku di Bamyan atau Bamiyan atau Bamian. Bamiyan adalah salah satu kota lama peninggalan Bhuddha. Dan di Bamian terdapat tokong Bhudda terbesar di dunia, iaitu patung Vairocana and Sakyamuni, berketinggian 55 dan 37 meter setiap satu. Akan tetapi patung tersebut dikatakan telah dimusnahkan oleh Taliban.
Adkah betul? sepanjang saya melihat kepada video2 di u-tube, tiada pun kelibat orang2 taliban bersorak gembira meraikan pengeboman patung tersebut. Selain itu, terdapat juga kesangsian akan tarikh peristiwa tersebut, kenapa 6 Mac 2001? Selepas beberapa ketika, riuh berita2 di seluruh dunia akan peristiwa itu dan ada segelintir akhbar mengklasifikasikan Taliban adalh pengganas, Taliban akan mengebom dunia dan lupakah kalian semua apa yang berlaku di Manhattan pada 11 Setember 2001?
Persoalannya, adakah ini adalah salah satu perancangan mereka untuk menyerang Afghanistan yang kaya dengan minyak itu?
Persoalan lagi, adakah betul Taliban itu telalu jumud, terlalu mengongkong wanita2 di Afghanistan seperti yang dilaporkan agensi2 berita utama dunia?
Kes televisyen misalnya, kenapa Taliban mengharamkan televisyen di Afghan? Dalam satu pengajian di Darul Quran, ustaz saya memberitahu bahawa, "Janganlah kita memandang kolot kepada Taliban, mereka muslim seperti kita, mungkin mereka mengharamkan televisyen di sebabkan mereka belum lagi mencapai teknologi yang dibina sendiri untuk menonton televisyen. Boleh jadi juga, jika mereka membenarkan televisyen, nanti akan masuk siaran2 daripada luar yang dibimbangi akan merosakkan akidah masyarakat mereka.
Baik, kembali kepada tajuk asal, dalam kita melihat sesuatu dalam mana2 keadaan, jgnlah kita melihat dengan bersahaja. Banyk sgt 'feedback' yang saya dapat daripada kawan2 yang menonton 2012 mengatakan filem ini sgt boring, xda apa2, sedangkan yang berkata itu golongan berpendidikan agama. Kalian mesti ingat, kalian mestilah memandang apa2 saja perkara yang berlaku dengan 2 bijik mata, bukan dengan pandangan satu mata yang lama-kelamaan akan menumpulkan pemikiran.
Akhirnya, sudilah kiranya para pembaca meluang sedikit masa untuk memberi komentar2 kepada artikel ini, mahupun yang sebelum yang ini ataupun selepasnya.
p/s : Sila berhati-hati dgn apa yang anda baca dan lihat daripada rujukan ini. Pandanglah dgn akal yang terbuka dan dengan dua belah mata
RUJUKAN
-koleksi2 bacaan
-video2 rujukan
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP