Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tariq Ramadhan (Rethinking Islamic Reform) - Notes

Sunday, July 15, 2012





Tariq Ramadhan
(Rethinking Islamic Reform)
Venue : Hotel Renaissance
Date : 14th July 2012

From : Hafs Hasbi Ganu

-Psychological attitude - way you look others - we are diversified - Surah al-Maidah, 48
-Often Muslim- competition of power, not good deed

1) Concept of reform 
-all the mujaddidun came back to text - Jumud and taqlid - Nowadays, we have muqallid mujaddid, they are repeating the reformer, imitating their ways without considering the context - need to take the text seriously

2) "Reform" from Christianity?
-It is the concept of Islah -come back to sound state- Innama nahnu muslihun
-Double alienation- You think about yourself through other eyes, in fact you are ignorance of yourself- International Intellectual Disease- We don't read- We neglect the history- Shariah not only Islamic law but also include other aspects of life- law and legislation is important, but the philosophy behind it is very important- we not change the Quran and Sunnah, but reforming Muslim mind- The problem is the readers and the implementation, not the text itself- Respect your mind through critical thinking, dialogue, be serious in knowledge, read book

Read more...

"Air Wuduk Itu Satu Simbolik" - Nik Abdul Aziz

Friday, August 26, 2011

Assalaamualaikum,
Salam Ramaad,
Salam Ramaadhan,

Tadi, surfing2 kat FB, sambil chat pakai Pidgin. Pastu scroll down post2 kat FB, terlihat la post yang ni, gambarnya amat2 menarik. Tulisan disebalik gambar itu lagi menarik. Itulah, sebuah rangkap kata2 dari orang yang tua, yang penuh pengalaman. Hayatilah......

Read more...

Kelebihan Bulan Rejab

Wednesday, June 15, 2011

Perbincangan sekitar kesohihan hadis " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku "

Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa di hidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini. Di antara hadis yang sering di utarakan tentang kelebihan bulan rejab ini ialah hadis daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku ". Hadis ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu. Tetapi apakah pandangan ulamak-ulamak hadis tentang kesahihan hadis ini?

Read more...

Hukum Tarikan Seorang Da'ie

Sunday, May 16, 2010

Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua, saya rasakan amat lama tidak menaip secara serius.

Baiklah, kawan2, sahabat2, adik2, abg2, kakak2, dan kepada merka yang bergelar dai'e, sudilah kiranya kalian baca taipan ini.

Tiga buku yang telah saya baca, buku yang berkenaan dengan Hukum Tarikan.

Buku The Secret dan Law of Attraction adalah sebuah buku yang menerangkan tentang hukum tarikan yang ada pada manusia. Ia juga memberitahu, manusia tersebut, secara individu atau kumpulan boleh menarik apa2 sahaja disekeliling mereka untuk menjadi milik mereka. Seperti mahu menjadi kaya, mahu memiliki aset yang berjenama, dan macam2 lagi.

Saya terfikir, alangkah indahnya jika hukum tarikan itudapat di aplikasikan oleh orang islam dengan tujuan untuk dirinya sebagai individu muslim yang baik dan untuk islam secara seluruhnya.

Hukum Tarikan

Hukum tarikan diertikan secara defini ialah : "Saya merarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, sama ada positif ataupun negatif." (Michael J. Losier, The Law of Attraction).

Ataupun mudahnya, " Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif ataupun negatif, akan datang dalam kehidupan kita."

"Jangan sesekali fikirkan perkara yang anda tidak ingainkan dan jangan sesekali menginginkan yang anda tidak fikirkan. Apabila anda memikirkan sesuatu yang anda tidak ingini, anda menarik perkara itu, dan apabila anda menginginkan perkara yang anda tidak fikirkan, anda mensia-siakan kuasa minda yang bernilai. Sebaliknya, apabila anda memikirkan apa anda inginkan secara berterusan, maka kemampuan anda menarik sesuatu yang diingini menjadi semakin kuat. Minda adalah magnet yang menarik apa sahaja yang selaras dengan konsepnya"
-Dr Raymond Holliwell, Working with the Law
11 Truth Principles for Success Living




The Quranic Law of Attraction

Buku ini menggabungkan formula2 dari The Secret dan The Law of Attraction, dan mengaplikasikan formula itu dalam islam. Buku ini juga menghuraikan formula2 dalam bahasa yang mudah dan juga sebagai penaik semangat seorang da'ie.

Banyk maklumat yg sy dapat daripada buku ini. Antaranya, mengaplikasikan konsep sabar & syukur.

Sabar

Sabar diertikan selama ini oleh kebanyakan kita adalah salah, sebahagian mendifinisikan sabar sama makna dengan berserah dan pasrah atas ketenyuan ALLAH. Sebenarnya itu salah.

Muhammad bin Shalih al-Munajjid, dalam buku Silsilah Amalan Hati mengungkapkan sabar adalah 'Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Tuhan dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Tuhan'. Beliau seterusnya membuat kesimpulan pendek 'Jadi perkataan sabar mempunyai maksud mencegah, kedegilan dan keengganan'.

Oleh itu, masayarakat sekarang mesti mengaplikasikan sabar yang sebenar dalam hidup harian. Contohnya, jika hari ini kita mendapat Rm10000 sebagai hadiah daripada seseorang, kita mesti pertama sekali, memikirkan untuk berbelanja sakan. Sebaliknya, jika kita sabar dan berfikir jauh untuk masa depan yang boleh digunakan dengan wang itu. Kita sudah berjaya.

'Bersabarlah dalam setiap perkara yang kamu lakukan'. Ungkapan itu tidak semakna dengan berserah. Sabar disitu bermaksud jangan menyerah. Itulah yang patut ada dalam hati dan pemikiran da'ie, mereka mesti sabar dalam menjalankan dakwah. Sentiasa meneruskan usaha walau apapun sekali cabaran. Tidak lemah dengan celaan pencela. Da'ie juga mesti sabar dalam berusaha, sentiasa bersemangat, dan rajin mencari taknik2 baru dalam berdakwah.

Sahabat2, kawan2, saudara saudari. dan adik beradik sekalian.

Sabar itu adalah akhlak kita sebagai pendakwah. Ia juga melambangkan adab kita sebagau pembawa risalah. Nabi pernah bersabda : "Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak".

Syukur

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Aku akan menambah (nikmat) kepadamu tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku), maka pasti azabku amat pedih" (surah Ibrahim, ayat 7)

Kita selalu mengeluh kerana banyk doa2 kita tidak dimakbulkan oleh ALLAH. Tetapi lupakah kita, semasa berdoa, siapa yang bagi kita kudrat, siapa yang bagi kita nikmat oksigen, siapa yang bagi kita air yang mane sifat air itu menghidupkan.

Dalam masyarakat kita, kita selalu perhatikan yang miskin terus menerus miskin dan yang kaya semakin tinggi graf hartanya. Ini kerana si miskin, semasa bekerja, selalu megeluh dan tidak bersyukur akan nikmat2 yang diberikan ALLAH. Selalu mengeluh kepada diri sendiri kerana asyik gagal dan tidak berjaya dalam pekerjaan. Secara tidak langsung, si miskin itu telah menarik aura2 negatif ke pada dirinya. Itulah yang menyebabkan dia bekerja dengan lemah semangat, lemah motivasi.

Sebal,iknya, si kaya, selalu bersyukur dan menunjukkan kesyukurannya dengan berbelanja se adanya, besedekah. Dan dia juga selalu gembira dengan nikmat ALLAH kepadanya. Maka tidak hairan kenapa kita lihat, orang kaya terus kaya, ini kerana mereka mengaplikasikan Hukum Tarikan dalam hidup mereka, secara tidak langsung, alam sekelilingnya bertindak ke arah mereka. Jika arus positif, maka positiflah hasilnya.

Begitulah Da'ie, bersyukurlah dan janganlah mengeluh, bersabarlah, kerana jalan dakwah itu banyk cabaran. Kita mesti wajib mendekatkan diri kepada ALLAH, tidak salah jika memberi taklifat kepada diri sendiri seperti ,membaca quran, zikir, solat malam 3 kali seminggu.

Kita, ingatlah bahawa, hidayah bukan diberikan oleh kita, Hidayah adalah kerja ALLAH. Kerja kita adalah meneruskan usaha dakwah, kita mesti berdakwah secara hebat, mempunyai statergi mantap. Dakwah bukan sahaja muka bersua muka. SMS yang baik juga dakwah, senyum itu dakwah. Facebook pun dakwah jika kena caranya.

PERISTIWA THAIF. Aplikasi Konsep Sabar dan Syukur.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik buat ummat manusia.

Baginda, semasa pulang dari berdakwah di Thaif. Baginda dilemparkan denagn batu yang amat banyak. Lalu datang malaikay Jibrail a.s. menawarkan kepada baginda untuk menghempapkan gunung ke atas wilayah mereka.

Apa jawab baginda?

Baginda berkata: "Wahai Tuhan, ampunilah mereka kerana mereka belum mengetahui"

Lihatlah kita semua akan hati budi Rasulullah yang kita banggakan, baginda tidak mencaci, sebaliknya mendoakan akan kebaikan masa depan mad'unya. Soal saya, adakah kita begitu selama ini.

Kita selalu memperli mereka yang tidak mahu mengikut syariat islam, mengata macam2 terhadap mereka yang melanggar perintah Quran dan Sunnah.

Tetapi, terfikirkah kita akan mereka, terfikirkah kita, mungkin mereka tidak mengetahui seperti kita faham.

Penutup

Sebab itu kita mesti wajib bersyukur kerana di beri ALLAH kefahaman islma yang sempurna, dan mesti bersabar meneruskan dakwah. Sabar bukan berputus asa, tetapi berusaha mencari statergi baru unutk berdakwah.

Akhir sekali, seringkalilah kita menadah tangan berdoa dalam keadaan syukur meminta ALLAH memudahkan tugas kita di bumi ini. Dan dalam melaksanakan tugas kita, banyak2lah bersabar...

Wasalam...

Daripada:
Ahmad Ashraf Azhar
Taman Desa Murni,
Kota Bharu.
12.15am 14 mei-5.44pm 16 mei 2010..

Read more...

Kelebihan solat Jemaah Mengikut Teori Fizik

Tuesday, May 04, 2010

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu ccas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.



Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.



Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.



Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.



Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.



Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.



Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.



Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.



Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuaid dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.



Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.



Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail) .



Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, denganhidayah Allah beliau memeluk agama Islam.



So, apa lagi. Jom la kita mengamalkan solat berjemaah nih. Wallahualam

Read more...

Kembara As-Sajdah (32:1-30)

Wednesday, November 25, 2009

Assalamualaikum semua pembaca, terimakasih kerana masih lagi sudi menjadi tetamu senyap di blog saya.

Baru sahaja tadi saya selesai membaca surah As-Sajdah, surah yang ke 32 dalam susunan hairaki surah2 dalam al-Quran.

Baik, dalam edisi kali ini, sukalah saya ingin berkongsi ape yang terkandung di dalam surah ini.

Surah ini mengandungi 30 ayat, tergolong dalam surah2 Makkiyah, iaitu surah yang di turunkan sebelum penghijrahan baginda Rasulullah SAW ke madinah.

Dinamakan as-Sajdah kerana mempunyai ayat sejdah, iaitu ayat ke-15, dimana jika kita solat dengan membaca surah ini, disunatkan kita melakukan sujud sejadah.

Pembaca yang budiman.

Initipati2 dasar surah ini adalah:

1.Keimanan.

Surah ini menyatakan Nabi Muhammad SAW adalah benar2 seorang rasul yang diutuskan ALLAH. Surah ini juga menjelaskan pada musyrikin Mekah bahawa mereka belum diutuskan rasul pada zaman sebelumnya.

Surah ini juga menegaskan bahawa ALLAH Maha Esa dan menguasai, mentadbir dan menguruskan alam semesta ini dengan aturan yang paling sempurna.

Berkenaan hari kebangkitan juga ada disentuh dalam surah ini.

2.Qiamullail.

Surah ini menganjurkan orang islam supaya bersembahyang malam dan megerjakan witir.

Berkenaan qiamullail, dalam ayat 15-16, ayat ini menceritakan bagaimana sifat orang2 yang beriman dengan ayat ALLAH. Mereka akan sujud kepada-Nya bilamana diperingatkan dengan ayat2 Tuhan mereka. Di samping itu, mereka juga bertasbih serta memuji ALLAH dan tidak menyombong diri.

Dalam ayat ke-16, dari segi saintifik kita dapat melihat, ayat ini mengkhabarkan kepada kita bagaimana cara tidur untuk kita bangun pada malamnya untuk berqiamullail. "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya......" Secara logiknya, badan kita mestilah mengiring ke kanan atau kita tidur dalam posisi sebelah kanan badan kita menyentuh tempat tidur. Lambung adalah salah satu organ yang terletak disebelah bawah diaphgram di sebelah kiri badan.

3.Proses kejadian manusia.

ALLAH menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan menciptakan manusia daripada tanah. Cuba para pembaca menggosok lengan anda dengan tangan satu lagi sehingga terasa panas dek geseran yang berlaku. Kemudian letakkan bahagian yang dugosok tadi rapat ke hidung anda dan ciumlah baunya, anda akan dapati baunya seperti bau tanah liat, inilah bukti kita asalnya daripada tanah. Dan ketanah jua kita kembali bila dikuburkan nanti selepas melepaskan nyawa yang dipinjam.

ALLAH dengan Maha Kuasa mencitakan manusia daripada sari air yang hina, iaitu air mani.
Kemudian, ALLAH meniupkan roh kedalam tubuh manusia dan ALLAH manjadikan pada manusia itu pendengaran, penglihatan dan hati. Dan ALLAH mengakhiri ayat ke-9 dengan megatakan bahawa sedikit daripada manusia itu bersyukur.

Para pembaca sekalian, sedarkah kita, setiap hari kita hidup dengan menggunakan nikmat ALLAH, sebahagiannya adalah telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan hati untuk merasa. Tetapi lupakah kita akan semua itu datang daripada ALLAH. Oleh itu sama-samalah kita bersyukur dalam erti kata melaksanakan segala perintah-Nya.

4.Kebangkitan manusia di hari kiamat.

ALLAH yang Maha Kuasa memerintahkan Izrail, malaikat maut untuk mencabut nyawa yang dipinjamkan kepada manusia dan akan dihidupkan kembali untuk menemui ALLAH.

5.Penciptaan alam semesta.

ALLAH telah mencipyakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara lagit dan bumi itu. ALLAH dengan kekuasaaannya telah menciptakan lagit dan bumi dan diantara keduanya dalam masa enam hari, kemudian DIA bersemayan di atas 'Arasy-NYA. Ini menunjukkan bahawa betapa berkuasanya ALLAH menciptakan langit dan bumi tanpa penolong dan tanpa pemberi syafaat. Dan di akhir ayat ke-4, ALLAH bertanya apakah kamu tidak memerhatikan?

Ini bermakna kita sebagai muslim mestilah cuba mendalami ilimu2 sains dan ilmu lain dengan mengkaji dan menyelidik akan kebesaran ALLAH. Janganlah kita menjadi muslim hanya kepada diri kita sendiri tanpa orang lain merasai kehadiran.

Sahabat2 pembaca sekalian,

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi dan diantaranya terdapat banyak keajaiban, perhatikan sahaja dalam ilmu falak, anda tidak akan terlepas daripada mengkaji mengenai sistem2 suria, mengkaji bulan2 yang terdapat dalam sistem suria dan banyak lagi.

Dan ALLAH jugalah yang mengatur dan mengurus aturan dari langit ke bumi dan urusan itu naik kembali kepada-NYA dalam satu hari yang bersamaan seribu tahun menurut kadar manusia. Maknanya, urusan turun naik itu adalah berita2 yang dibawa oleh Malaikat. Perkara ini adalah tamsilan kepada kebesaran ALLAH dan keagungan-NYA.



PENUTUP

Daripada teks di atas, kita dapat perhatikan ALLAH mempunyai kuasa dan kehebatan yang Agung dalam mengatur semua perkara, tiada yang telepas daripada-NYA. Juateru kita sebagau hamba yang hina mestilah bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada kita.

Sukalah saya berharap kepada pembaca sekalian supaya kita semua bertaqwa dan merendah diri dalam melaksanakan amanah2 yang kita pikul dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, marilah kita sama mengamalkan konsep nasihat-menasihati kerana kita sebagai manusia tidak terlepas daripada lalai dan lupa.

Wasalamualaikum warahmatullah.

Read more...

Amaran Daripada Revolusi Yang Ditangguhkan

Saturday, October 03, 2009




Assalamualaikum,

Ini adalah karya yang kedua daripada Shahnon Ahmad yang sempat saya habiskan selepas 'Ranjau Sepanjang Jalan".

Walaupun dalam kesakitan yang amat teruk, saya amat berbangga dengan penulis ini yang berjaya menyiapkan buku ini.

Penulis yang pernah menggegarkan negara dengan buku bertajuk 'Shit' ini adalah penulis yang hebat, masakan tidak mendapat darjat SASTERAWAN NEGARA.

Apa yang saya mahu kongsikan daripada buku ini adalah perkara yang tersirat di sebalik tajuk buku ini. 'Revolusi Yang Ditangguhkan' menceritakan bagaimana alam semula jadi yang berjamaah itu tunduk kepada Allah.

Ia menceritakan bagaimana Gunung, Hujan, Air Laut, Angin, semuanya bekerjasama mahu mencetuskan revolusi yang dinamakan, BANJIR BESAR, TAUFAN, GEMPA BUMI dan macam2 lagi yang dinamakan manusia yang berbahasa melayu sebagai bencana alam . Akan tetapi, semua itu ditangguhkan kerana mereka tunduk kepada perancangan ALLAH yang mahu semua itu berlaku sekaligus, iaitu KIAMAT.

Walaubagaimanapun, sekali sekala, gunung dan jemaahnya terpaksa memberi amaran kepada manusia kerana tidak tahan melihat manusia yang tidak segan melakukan kejahatan di atas perut bumi.

Ada amaran mereka itu berupa GEMPA BUMI, agar mereka dapat menelan manusia sombong2 itu ke dal;am perut mereka.

Ada yang berupa GUNUNG BERAPI, agar mereka dapat memuntahkan lahar memusnahkan manusia2 yang tidak malu memperhambakan nafsu lebih dari segala galanya.

Ada pula AIR LAUT bersama teman sejamaahnya yang bernama ANGIN, bersatu menjadi ribut dilaut, agar mereka dapat melibas kapal2 yang dikelasikan manusia keparat.

Cube kita perhatikan, 3 hari lepas, satu gempa bumi di Padang dan Kepulauan Samoa. Amaran ALLAH itu yang diwasilahkan melalui ciptaan alamnya itu berjaya menakutkan manusia, tetapi sampai bila manusia mahu insaf, sedangkan Revolusi Yang Ditangguhkan itu boleh sahaja meletus.

Oleh itu, hidup di dunia ini memerlukan benteng yang kuat, gunalah sebaik mungkin Perlengkapan( pancaindera, otak , hati) Perbekalan( sumber2 alam, nikmat2 Allah) dengan berpandukan KHABAR YANG BENAR( aLQURAN DAN sunnah)

Read more...

Amalan Sihat Muslimin Muslimat

Saturday, November 03, 2007

1. Mandi Pagi sebelum subuh @
sekurang kurangnya
sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap
kedalam badan boleh
mengurangka n lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal
mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w
mengamalkan minum segelas air
sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya
InsyaA llah jauh dari penyakit
(susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh
disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang
kurangny a seminit selepas
membaca doa).Ia boleh
mengelak
dari sakit pening atau
migrin. Ini terbukti oleh
para
sain tis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa
milimete r ruang udara
dalam saluran darah di kepala
yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah
akan mengalir ke ruang
berkenaan.& lt;br
4. Dalam kitab juga ada
melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan
makanan
laut. Nabi pernah
menegah kita makan ikan
bersama ayam. Di khuatiri akan
cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis
yang menjumpai dimana dalam
badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan
mengandungi ion-, jika dalam
suapan ayam bercampur dengan
ikan maka terjadi tindak
balas biokimia yang terhasil
yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita
makan dengan tangan kanan
dan bila habis hendaklah
menjila t jari.tangan kanan
dan bila habis hendaklah
menjila t jari. Begitu juga
ahli sains telah menjumpai
bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme
sejenis alat percerna makanan,
tanpanya
makanan tidak hadam)

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik
tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi
kebaikkan InsyaAllah Allah akan
menggandakan 10 kali
kepadanya.

Read more...

Gastrik bukan alasan tidak puasa

Wednesday, September 19, 2007

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN



ANTARA rungutan yang sering kedengaran Ramadhan ini adalah gastritis. Gastrik popular pada bulan Ramadan ini apabila ramai yang menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa. Maka, berbondong-bondonglah orang Islam yang tidak berpuasa diangkut dengan van mayat kerana mengingkari syariat Islam itu. Pesakit gastrik selalunya ragu-ragu untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan kerana fitrahnya sebagai gangguan yang berkaitan dengan pola pemakanan, sedangkan puasa bererti mengubah pola makan. Bolehkah pesakit gastrik berpuasa? Tidakkah puasa akan memburukkan lagi penyakit itu? Demikian antara soalan- soalan yang sering diajukan.

Puasa merehatkan saluran pencernaan (usus) serta enzim dan hormon yang biasanya bekerja untuk mencerna makanan secara terus-menerus selama lebih kurang 18 jam, kecuali tidur. Dengan berpuasa, organ penting itu dapat beristirahat selama lebih kurang 14 jam. Selama masa itu, tidak ada makanan dan minuman yang masuk ke dalam sistem pencernaan kita.

Selagi penyakit gastrik itu belum memasuki tahap kronik atau masih dalam peringkat ringan, pesakit boleh sahaja menjalankan ibadah puasa dengan sempurna asalkan tahu caranya.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, gastritis bukanlah satu penyakit tetapi ia merupakan satu kumpulan keadaan di mana kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu inflamasi di dalam lapisan perut anda. Secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakteria yang sama dengan ulser perut. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.

Walaupun terdapat banyak keadaan yang dikaitkan dengan gastritis, tanda- tanda dan simptom-simptom penyakit ini adalah sama iaitu rasa perit di bahagian atas abdomen dan kadangkala kembung, sendawa, rasa mual atau muntah-muntah. Dalam beberapa kes, gastritis boleh mengakibatkan ulser dan meningkatkan risiko kanser perut. Bagi kebanyakan orang, gastritis tidaklah serius dan ia akan pulih dengan cepat apabila diberi rawatan, ujar beliau. Menurutnya, serangan gastrik terjadi apabila produksi asid perut secara berlebihan sehingga menyebabkan lapisan perut mengalami iritasi. Dalam tempoh berpuasa terutamanya setelah enam hingga lapan jam perut kosong, akan terjadi peningkatan asid perut yang dapat menyebabkan gejala sakit gastrik. Di hari-hari awal bulan Ramadhan, orang yang tidak mengalami penyakit gastrik pun kadang-kadang merasakan perutnya kembung, pedih atau sedikit memulas. Ini kerana, perut melalui proses pengubahsuaian pola makan saat berpuasa.

Biasanya, memasuki akhir minggu pertama, gangguan ini akan hilang dengan sendirinya kerana tubuh sudah mampu menyesuaikan diri. Pada orang yang sihat, keadaan ini dapat diatasi dengan pilihan makanan yang tepat saat berbuka dan sahur serta kegiatan yang tidak menyebabkan terjadinya peningkatan udara di dalam perut serta peningkatan asid perut. Bagi individu yang memang terdapat kelainan organik, puasa akan memburukkan keadaan sakit perutnya jika tidak diubati dengan tepat. Tetapi jika sakit perutnya diubati, dapatlah mereka melakukan ibadah puasa seperti orang normal. Dr. Ahmad Shukri berkata, untuk menghindari keadaan lebih parah, hindar makanan dan minuman yang dapat merangsang asid perut misalnya makanan pedas, berasid dan berkafeina seperti kopi. Hindari juga stres kerana ini pun
berupaya mencetuskan pengeluaran asid perut secara berlebihan. Selama berpuasa, jangan abaikan zat makanan. Lalu ketika berbuka, makanlah secara bertahap, dengan menerapkan teknik-teknik pola makan antigastrik seperti makan sahur tidak terlalu kenyang kerana akan lebih merangsang perut, namun perlu mengandungi cukup karbohidrat, jelasnya. Pesakit gastrik boleh berbuka dengan pelbagai jenis kuih ataupun minuman yang manis tetapi jangan terlalu manis atau terlalu banyak sekali gus kerana akan merangsang produksi asid perut secara mendadak. Ada baiknya porsi berbuka dibahagi kepada dua iaitu waktu maghrib dan sesudah solat tarawih. Pada saat berbuka puasa, yang pertama kali masuk ke perut cukuplah seperti buah tamar, makanan ringan atau cairan seperti teh manis panas atau sepotong kuih. Pascasalat maghrib, barulah makan nasi dengan lauk-pauk secukupnya disertai buah- buahan yang tidak masam. Terdapat juga jenis buah yang boleh membantu memperkuat daya tahan perut terhadap serangan gastrik di antaranya avokado dan pisang raja. Setelah solat tarawih, makanlah makanan yang lebih ringan seperti kuih- muih dan segelas susu coklat. Bagi pesakit radang, saluran pemakanan esofagus akibat refluk asid, elakkan makan lewat malam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan kadar asid yang akan naik dari perut ke saluran esofagus yang menyebabkan rasa masam di mulut atau panas di belakang dada.

Dewasa ini, ubat penyakit gastrik terutama yang diperlukan untuk mengendalikan asid perut mempunyai masa kerja yang panjang, sekitar 12 jam sekali gus memudahkan pengaturannya selama bulan puasa. Antara medikasi untuk meneutralkan asid perut sama ada antasid, penghalang asid, perencat pam proton dan agen cytoprotective. Ubat sebaiknya diberikan waktu subuh sesudah makan sahur, dan bila perlu ditambah sesudah berbuka puasa. Pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan perut tidak perlu takut akan mengalami sakit gastrik saat berpuasa, bahkan puasa akan membuat pencernaannya lebih sihat. Ubat-ubatan untuk gastrik juga tidak diperlukan untuk pesakit yang tidak ada masalah dengan penyakitnya itu selama melaksanakan puasa Ramadan. Biasanya dengan berpuasa, keluhan sakit gastrik berkurang dan berasa lebih sihat semasa berpuasa kerana pemakanan menjadi lebih teratur sebulan ini. Kebiasaan makan makanan ringan dan minum soda pasti tidak dilakukan pada waktu pagi, siang dan petang hari kerana sedang berpuasa. Umumnya juga, orang yang berpuasa akan lebih banyak bersabar dan mengendalikan stres, menyebabkan pesakit dapat berpuasa dengan baik dan keluhannya akan berkurang.

Tip makanandan minuman

* Hindari makanan dan minuman yang banyak mengandung gas dan terlalu banyak serat, antara lain sayuran tertentu (sawi, brokoli), buah-buahan tertentu (nangka, pisang embun), makanan berserat tertentu (kedondong, buah yang dikeringkan), minuman yang mengandung gas (seperti minuman bersoda).

* Elakkan juga makanan yang merangsang pengeluaran asid perut antara lain kopi, cuka, sari buah sitrus dan susu.

* Hindari makanan yang sukar dicerna yang dapat memperlambat pengosongan perut kerana ini dapat menyebabkan peningkatan peregangan di perut yang akhirnya dapat meningkatkan asid perut, antara lain makanan berlemak, coklat dan keju.

* Elakkan makanan yang secara langsung merosakkan dinding perut iaitu makanan yang mengandungi cuka dan pedas, lada putih dan rempah- ratus yang merangsang.

* Hindari makanan yang melemahkan kerongkong bawah sehingga menyebabkan cairan perut dapat naik ke kerongkong, antara lain alkohol, coklat, makanan tinggi lemak dan bergoreng.

* Selain makanan minuman di atas, ada beberapa sumber karbohidrat yang harus dihindari pesakit gastrik antara lain beras pulut, mi, bihun, jagung, ubi, ubi kayu, keladi serta dodol.

Aktiviti yang meningkatkan gas di dalam perut juga harus dihindari, antara lain makan gula-gula yang mengandungi minyak perangsang tumbuh- tumbuhan terutamanya lobak. Tabiat merokok hanya akan meningkatkan gas di dalam perut. Secara umum, konsep pemberian makanan untuk pesakit dengan gangguan pencernaan adalah dalam hidangan yang kerap tetapi sedikit. Hal ini sukar dilaksanakan selama berpuasa. Oleh kerana itu, yang terpenting adalahmenghindarkan diri dari makanan dan minuman yang boleh memburukkan gastrik.

Read more...

Ikut Mlaikat atau ikut syaitan?

Thursday, September 13, 2007

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa?


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan ini tetap di sini.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk?

Read more...

Berdakwah Kepada Tukang Gunting

Monday, September 10, 2007

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING
RAMBUT UTK MENGGUNTING
RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER
ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA
PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK
PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA
BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN
BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA
ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI
LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN
TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH
ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH
WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR
TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR?
KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH
TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN
HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN
ALLAH YG MAHA PENY AYANG BOLEH
MEMBENARKAN SEMUA INI
BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI
DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN
PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU
MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI
PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI
TERNAMPAK SEORG LELAKI
BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN
JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI
TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA
KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI
DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE
BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN
SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT
KAMU TADI''.KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU
BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK
ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK
TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG
PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI
JALAN ITU''.

''AH!BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI
MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA
SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA
BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.

''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD.
ITULAH YG
TERJADI(KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA
MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN
KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Read more...

Renungan...............

Saturday, August 11, 2007

Sabda Rasulullah SAW
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu


moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.


p/s:

sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.
Ingatlah JIKA sampai kepadaMU nasihat dr Rasulullah S.A.W,maka KERJAKANLAH!!!!

Read more...

Renungan...............

Renungkanlah.

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill

Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"

Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung

Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan,
boyfriend & gilfriend.

Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

-Sekadar Renungan.....(",)-

Read more...

Tanda kematian......dalam 100 hari

Monday, February 12, 2007

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya
dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa
keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-
akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Read more...

Manusia berwajah `khinzir' kerana makan rasuah

Saturday, November 11, 2006

Manusia berwajah `khinzir' kerana makan rasuah
oleh nama penulis pada Thursday 06 April 2006

Oleh IBNU IDRIS . . .CERITA orang menerima rasuah tidak menjadi rahsia lagi. Menerima rasuah pula ada pelbagai cara - terang-terangan, cara gelap, sembunyi-sembunyi dan pelbagai lagi. Rasuah kini semakin menjadi-jadi dan berlaku di sana sini serta di mana sahaja, dalam rumah, dalam kedai, dalam hotel atas jalan raya, atas jambatan, di padang, coffe house dan tempat-tempat lain.

Mereka yang ``makan rasuah'' ini tidak tahu ``akibatnya''. Bukan sahaja makan harta secara haram, bahkan hidup mereka hilang barakahnya.

Balasan Allah subhanahu wa taala kepada mereka yang makan rasuah terlalu berat. Balasannya, kadang-kadang Allah tunjukkan di atas dunia lagi.

Ada rumahnya terbakar. Ada yang menerima musibah kepada keluarga dan diri sendiri, kehilangan harta benda dan macam-macam hal yang lain.

Ada kalanya pula, Allah menangguhkan balasannya itu hingga hari akhirat kelak.

Balasan di dunia dan akhirat tentang mereka yang makan benda-benda haram seperti rasuah ini telah diberitahu oleh Allah melalui lisan nabi-Nya Muhammad s.a.w.

Oleh kerana mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai kesalahan ini dari segi hukum, maka mereka terima rasuah dengan memberi makan kepada anak, isteri, ibu bapa, bapa mentua, ibu mentua dan sesiapa yang di dalam tanggungannya.

Seolah-olah rasuah itu tidak ada apa-apa bagi mereka. Daripada hasil rasuah mereka beli rumah baru, kereta baru , tanah baru, bini baru dan barang-barang rumah baru daripada wang rasuah yang dirampas daripada hak orang.

Oleh kerana mereka ``jahil'' dalam ilmu agama, tidak pernah mengkaji agama, mendengar ceramah, tidak pernah menghadiri kuliah agama dan tidak pernah membaca buku agama, maka mereka terima rasuah itu ``macam makan cendul''.

Ada kes rasuah dibawa ke mahkamah. Apabila mereka diheret dan dibicarakan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, maka mereka akan pakai ``ketayap putih''.

Seolah-olah ketayap putih itu mencerminkan pemakaiannya sebagai ``orang baik-baik'' belaka, kerana orang yang memakai ketayap putih lambang ``lebai'' orang yang sudah naik haji.

Dalam perbicaraan, mereka mendapatkan seorang peguam yang bijak dan pintar. Atas kebijaksanaan peguam itu, dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Hukuman

Tetapi di hadapan Allah mereka tidak akan terlepas. Mereka cuma terlepas di dunia sahaja, di akhirat mereka tetap akan menerima hukuman daripada Allah.

Ada sebuah hadis Nabi, yang diriwayatkan oleh se-orang sahabat Nabi yang paling rapat, iaitu Mua'z bin Jabal tentang bagaimana Rasulullah memberitahu, manusia yang akan dibangkitkan dari kubur di akhirat nanti, dengan pelbagai bentuk dan rupa yang memalukan.

Rupa dan bentuk ini bergantung kepada dosa yang dibuat oleh manusia di atas dunia, di antaranya termasuk makan benda-benda haram iaitu rasuah.

Rasulullah menjelaskan ada yang dibangkitkan kelak berwajah `khinzir', kerana memakan benda yang haram dan merampas hak orang.

Yang jelas kepada kita ialah apa yang dimaksudkan oleh Nabi itu ialah mereka yang menerima rasuah, kerana rasuah itu memakan yang haram dan mengambil hak orang lain secara haram.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa ``rasuah'' ialah memakan harta yang tidak halal, mengambil hak orang lain, merampas harta orang secara paksa, memakan titik peluh orang secara haram.

Pengamal-pengamal rasuah ini sudah tidak takut lagi kepada undang-undang dan peraturan, apalagi undang-undang Allah tidak langsung dihiraukan.

Memakan rasuah bukan sahaja melibatkan orang itu sendiri, bahkan melibatkan isteri, anak-anak, ibu bapa di mana mereka diberi makan daripada rezeki yang diperoleh daripada sumber ataupun perbuatan-perbuatan haram.

Darah yang mengalir dalam tubuhnya, dalam tubuh isterinya, anak-anak mereka, ibu bapa mereka merupakan darah yang diambil daripada rezeki yang haram.

Inilah satu perbuatan yang paling buruk, paling kotor dan paling keji dalam masyarakat kita.

Rasuah dalam bentuk yang pelbagai itu telah menjadi amalan keji paling tua oleh manusia. Kecenderungan ini iaitu rasuah berasal dari naluri tamak, desakan kebendaan dan untuk memuaskan nafsu semata-mata.

Barah bagi gejala rasuah ini ialah begitu dalam menusuk ke dalam masyarakat moden di seluruh dunia. Amalan ini terlalu dalam sehingga sukar untuk dihapuskan.

Pengamal-pengamal rasuah ini sebenarnya tidak tahu, buta kayu dalam ``ilmu agama''. Kalaulah mereka tahu bahawa rasuah itu amalan yang paling keji dan hukumnya ``haram'' yang terlarang oleh agama, tentulah mereka tidak melakukannya.

Sekarang ini di mana-mana pun kita berurusan maka amalan rasuah sudah menjadi lumrah. Kalau tidak ada sogokan rasuah, semua kerja dan semua urusan akan berjalan lambat, lembap, malah akan memakan masa paling lama sekali.




>> Senarai ulasan di

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP