Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Amalan Dua Aidain - al-Faqir Ustaz Muhadir

Thursday, September 09, 2010




1.Tahajjud

2.Tasbih (4 rakaat, 2 salam)

3.Solat Hajat

4.Laa ilaaha illallah 1000x, kmudian bce Allaahumma thabbitaa bi qaulith thaabit 3 x

5.Istighfar 1000x

6.Selawat 1000x

7.Yaa Hayyu Yaa Qayyum, Laa ilaaha illaa Anta 40x

8. Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Ahyil Quluuba Tahyaa,
wa ashlih lanal a'maala fid diini wad dunyaa 18x

Read more...

Ramadhan: Koleksi teks

Tuesday, August 17, 2010


Salam. Nama saya Syaa'ban..
Saya ingin mengingatkan bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya Rezki & kedua-dua anaknya, Sahur dan Ifthor.
Juga ditemani bersama tiga cucu mereka Rahmat, Barakah & Keampunan.
Mereka akan pulang selepas 29 atau 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eid Airlines.... Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat.

*************************************************************************************

Tibalah kepada kamu sekarang Ramadhan, bulan penuh rahmat.
ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa (pada bulan ini).
(Dalam tempoh itu), pintu-pintu langit terbentang, dan pintu-pintu neraka tertutup dan diikat syaitan-syaitan perkasa.
Padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, sesungguhnya dia amatlah rugi.
~Riwayat an-Nasaie~

*************************************************************************************

Salam 1 Aqidah.
7 victories in Ramadhan,

The Battle of Badar,
The Opening of Makkah,
The Battle of Nakhlah,
The Opening of Andalus,
The Battle of Hittin,
The Battle of Ain Jalut,
The Battle of Bar Lev.

Fasting is the key role promising their victory.

Look fasting in the positive view.

*************************************************************************************

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Semoga Ramadhan kali ini menambah keimanan kita kepada ALLAH s.w.t.

*************************************************************************************


Read more...

Ramadhan: Imbau Kembali Peristiwa AIN JALUT

Monday, September 14, 2009

INTIM 06

INTIM 06 adalah program untuk kesemua pelajar Maahad Muhammadi (Lelaki) pada waktu itu, biasalah program seperti program2 yang pernah dilalui, ada ceramah, riadah, sesi modul, makan dalam talam.

Tapi apa yang ingin saya kongsikan pada post kali ini adalah, berkenaan hand-out untuk peserta,
ada satu artikel yang menggugahkan persepsi saya pada tentera Mongol (juga dikenali dengan nama Tartar), selama ini saya ingat tentera mongol ialah tentara yang tidak pernah kalah, tetapi ia sama sekali meleset selepas membaca artikel itu.

INTIM 06 hingga SABTU MINGGU LEPAS

Selama tempoh itu, saya hanya mendengar tentang ain jalut yang hanya diselit dalam tazkirah2 sepanjang berada di Darul Quran, sepanjang tempoh itu, saya seperti telah lupa akan ain jalut.

Sabtu Minggu Lepas

Saya pada pagi itu, lepak2 dgn fifi di ukc1, di bilik beliau, bersama teman lama x berjumpa, muai dan malik dari nilai, tiba2 dalam pukul 11 pagi saya meng'grab' buku yang bertajuk HULAGU KHAN dari rak buku fifi, lantas membaca novel itu hingga ke petang, hanya berhenti untuk solat sahaja.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah, peristiwa yang berlaku itu banyak memberi iktibar kepada kita, antaranya adalah:

1.Ukhuwwah
Andaikata tentera islam tiada ukhuwwah, nescaya mongol akan menang. Dalam pertarungan ini, tentera islam dari Mamluk Mesir pimpinan Sheikh Saifuddin Qutuz telah mendapat bantuan daripada saki baki tentera Abbasiah pimpinan Rukunuddin ad-Daudar, perlu di ingat bahawa Rukunuddin bukanlah lari menyerah kalah, tetapi ia berundur untuk bergabung dengan Mesir. Jika melawan juga, tentera akan kalah, walaupun tenteranya yang berjumlah 20,00 itu berjaya mengkucar-kacirkan mongol.

Ini menunjukkan kebijaksaan seorang panglima, Rukunuddin bukanlah berjuang kerana negara ataupun khalifah tetapi kerana agama, disebabkan peluang untuk menyelamatkan Abbasiah tipis, maka langkah terbaik adalah bergabung dengan Mamluk Mesir kerana Hulagu Khan dalam misinya adalah untuk menghancurkan islam.

Selain itu, Sheikh Qutuz juga mendapat bantuan daripada kerajaan Kaukasus, sebuah kerajaan Islam, dibawah pemerintahan Berke Khan, bapa saudara Hulagu sendiri, Berke Khan dengan keimanan kental untuk mempertahankan Aqidah Islam, sanggup melupakan bangsanya. Bermula daripada selepas Hulagu mendapat pusaka wilayah Hashashim(berhampiran Baghdad) selepas kematian Tuloi(bapa hulagu), kemudian Hulagu bersama tenteranya ke barat, menuju ke Hashashim kerana, Hashashin telah mempunyai keraajan sendiri kerana menyangka mongol telah memerdekakannya berikutan keberangkatan pulang kesemua mongol ke Mongolia kerana kematian Tuloi.

Dengan langkah bijaksana Berke Khan, beliau bersama tenteranya berangkat ke barat Asia untuk bergabung dengan kerajaan Islam kerana ingin menghalang Mongol pimpinan Hulagu dan juga bimbang mongol akan memusnahkan Islam.

Dengan penggabungan 3 panglima daripada 3 tentera daripada 3 kerajaan, akhirnya pertarungan di Ain Jalut telah dimenangi Islam.

2. Perpaduan Kaum

Perlu diingat bahawa, peperangan Ain Jalut tidak akan berlaku jika Abbasiah tidak jatuh.
Apakah yang menyebabkan Abbasiah jatuh dengan senang ke tangan Mongol?
Adakah kerana tentera Rukunuddin berundur ke Mesir yang disangkakan telah tidak patriotik lagi kepada kerajaan Abbasiah?

Sebenarnya ia berlaku adalah kerana kegagalan Khalifah Mu'tasim Billah yang gagal menguruskan kerajaan dan kerana gagal menguruskan kesatuan kaum dalam pentadbiran Kerajaan.

Ini berlaku kerana Khalifah hanya mengambil Parsi dan Turki sahaja untuk menganggotai kabinet baginda.

Selain itu, dalam suasana rakyat sendiri telah hilang kesatuan kaum yang besar iaitu ARAB, TURKI dan PARSI, ada sehingga bergaduh 1 lawan 1 hingga membawa kepada puak yang besar.

Perkara ini amat membimbangkan saya, waqi' kita di Malaysia sekarang. Kita sekarang belum lagi memegang negara sudahpun dapat melihat pergolakan antara kaum, saya amat bimbang dalam keadaan tiadanya sebuah negara islam, perkauman telah berlaku, jika sudah bernegara Islam dan ada khalifah adakah perkara ini akan berlaku?

Oleh itu, kita semua berlapang dada dan bersatu kerana kesatuan Aqidah itu amat penting. Sama2lah kita bersatu ke arah Daulah Islam.

3. Waspada Terhadap Syaitan Fizikal

Hulagu Khan tidak akan menawan negara Islam walaupun adat tentera mongol itu gemar akan darah manusia, gemar unruk memakan daging2 manusia, gemar merogol tawanan perang wanita.

Hulagu tidak akan bertindak begiru andaikata Kristian tidak menghasut.

Di sini saya ingin menegaskan, SYAITAN TIDAK AKAN BERHENTI MENGHASUT MANUSIA SAMPAI BILA2.

Dalam peristiwa ini, syaitan yang menyerap dalam jiwa2 orang kristian.

Sebelum Hulagu berangkat ke Hashashim, kristian telah sampai ke Mongolia. Akibatnya, mereka dapat menyebarkan doktrinisasi supaya tentera mongol memusuhi Islam. Ini dibuktikan sendiri apabila Hulagu berkahwin dengan wanita kristian.

Sahabat2, cube perhatikan, betapa hebatnya perancangan musuh Islam yang bernama Kristian ini, mereka telah mendoktrinkan tentera2 Mongol untuk memusuhi Islam dan natijahnya Kerajaan Islam Baghdad tumpas dengan mudah sekali.

Dan yang paling malang, khazanah Ilmiah, Khazanah Intelek ilmuwan Baghdad hilang begitu sahaja apabila ia dijadikan 'bundle of ' ikatan yang besar2 dan diselamkan ke dalam sungai untuk dijadikan jambatan oleh tentera mongol untuk menjajah kerajaan di sungai seberang.

Namun, bukan itu sahaja, ada sebahagian kitab2 peninggalan ilmuwan islam, telah diangkut orang eropah kristian yang menghasut tentera mongol. Banyak kitab2 berharga hilang begitu sahaja dan diadaptasikan oleh orang eropah.


PENUTUP

Sahabat2, kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah belum lagi genap seratus tahun, tetapi kenapakah kita kelihatan lesu seperti jatuh sudah beribu tahun?
Sudah hilangkan ingatan kita akan Kegemilangan Uthmaniyah itu?
Hilangkah kebanggaan kita pada Kehebatan Uthmaniyah?

Ayuh sahabat, kenanglah kembali kegemilangan Islam.
Ingatlah, kristian dahulu pernah ketawa kegembiraan bilamana jatuh Kerajaan Islam Melaka.
Bangunlah, kembalilah kita bukakan tanah2 di dunia kepada Islam dengan aman sepertimana tenangnya Rasulullah pada hari Pembukaan Makkah.

Apa yang penting, majulah kita dalam kesatuan pemikiran, agar momentum amal kita akan padu.

Read more...

Ramadhan: Bingkisan Hati Galau

Thursday, September 10, 2009

Sahabat-sahabatku,
Doakanlah kau akan daku,
Agar diberikan ketenangan hati.

Doakanlah hati galau ini tenang,
Saat melihat hati sahabat tenang dengan mehnah,
Ku rasakan hatiku ,akin parah,
Di hambat dunia pelbagai mehnah,

Aku juga takut,
Takut ditinggalkan ramadhan begitu sahaja,
Ditinggalkan tanpa barakah di jiwa,

Ya ALLAH,
Hidupkanlah aku di ramadhan yang akan datang,
Agar ku dapat perbaiki 1 per 3 pertama itu sekali lagi,
Moga hati ini disinggahi rahmatMU,

Ya Allah,
Perbaikilah aku,
Agar menjadi insan yang baik,

Ya ALLAH,
Tenangkanlah hati aku,
Agar masalah menjadi senang,

Ya ALLAH,
Sedarkanlah jiwa aku,
Agar menjadi penyabar.

Read more...

Ramadhan: Bulan Perlumbaan

Monday, August 31, 2009

Assalamualaikum,

Salam bahagia,

Salam ceria,

Salam Ramadhan buat semua sahabat2, dan tidak lupa kepada pembaca semua, mudah2 an kita semua sentiasa mendapat petunjuk darinya.


Seperti diketahui umum, Ramadhan adalah bulan perlumbaan. Dalam bulan ini, ramai manusia2 berlumba-lumba ke masjid, ada yang berlumba membaca al-quran, ada yang berlumba menguruskan badan dan macam2 lagi.

Dalam posr kali ini, saya berhasrat untuk membawa pembaca sekalian melewati jenis2 perlumbaan di bulan Ramadhan,


PERLUMBAAN KE MASJID AWAL-AWAL

Alhamdulilah, syukur dan sejuk mata memandang perkara ini berlaku, kanak2, pakcik2, remaja2, makcik2, semua ke masjid awal2 sebelum azan isyak lagi. Malah ada yang bersama keluarga seawal selepas berbuka di rumah unruk bersolat jemaah di masjid, dan bertadarus sambil menunggu azan isyak.

Tetapi apa yang sedihnya adalah, budi dan daya ataupun budaya yang baik ini tidak bertahan lama. Bila masuk 1 per 3 yang kedua Ramadhan, jumlah yang berlumba itu semakin mengecil, dan yang lebih sedih lagi, yang tinggal untuk berlumba adalah warga emas, sudah tiada lagi remaja2 yang bakal memimpin umat masa hadapan.


PERLUMBAAN MEMENUHI SAF-SAF KOSONG

Rasulullah s.a.w. pernah berkata mafhumnya, baginda melihat syaitan masuk memenuhi saf2 kosong itu seperti anak kambing menyelinap ke bawah kaki ibunya.

Walaupun di bulan Ramadhan, syaitan di kurung dalam neraka, tetapi perlumbaan memenuhi saf2 ini tidaklah segalak perlumbaan di atas, ianay hanya berlaku bilamana masjid atau surau begitu sesak, tetapi akan berkurang bilamana tamat melakukan terawikh 8 rakaat.

Apa yang tidak elok yang berlaku dalam masyarakat kita adalah, mereka amat tidak mementingkan kesempurnaan saf dalam solat. Pernah satu ketika, saya berada dibelakang saf yang di depan saya, saya melihat, ada kekosongan saf untuk dipenuhi oleh 2 orang, lantas tanpa membuang masa saya meluru ke hadapan dan ke tepi sedikit, untuk memberi peluang kepada makmum llain untuk memenuhi saf disebelah saya.

Akan tetapi makmum disebelah saya, bergerak meletakkan posisinya betul2 ditengah ruang kosong tersebut, dia bukan merapatkan saf, tetapi melonggarkan saf. Amatlah pelik perkara ini boleh berlaku sedangkan tiap2 masjid dan tiap2 kali sebelum takbiratul ihram, amam akan menyeru mamum untuk memenuhi saf, malah merapatkannya tidak dilupakan juga.


PERLUMBAAN TADARUS

Baguslah jika di bulan yang mulia ini kita bertadarus. Tetapi adalah lebih baik jika tadarus itu bukan dilakukan kerana mahu cepat habis atau cepat khatam. Amatlah rugi sekiranya kita bertadarus tetapi lupa unutk menghayati maksud2 kalam suci itu.

Ada juga yang bertadarus sambil berlumba dengan rakan2 sehingga tajwidnya lintang pukang, makhraj hurufnya tidak sempurna. Sebab itulah, ramai dari kalangan kita masih lagi sama kelakuannya sebelum dan selepas Ramadhan, adalah rugi jika kita lupa mentarbiyahkan diri kita dalam bulan yang mulia ini.

Saranan saya, seeloknya bagi yang mahu bertadarus, eloklah kita bertadarus bersama kumpulan, lebih elok lagi ada seorang guru yang memantau tadarus berkumpulan itu.

KANAK-KANAK BERLUMBA

Perihal kanak2 berlumba ini amat kerap berlaku di bulan Ramadhan.

Ini berlaku sebab, ramainya kanak2 dibawa oleh ibu bapa mereka ke masjid untuk sama bertarawikh, tetapi dikala penjaganya bersolat, dikala itulah kanak2 bermain, berlari, berlumba di dalam masjid. Apatah lagi jika jumlah mereka ramai dan dari rakan sesekolah.

Oleh itu, adalah elok ibubapa mengawasi anak seeloknya apabila berada di masjid, ataupun bertarawikh sahaja bersama keluarga di rumah bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Perlu di ingat bahawa masjid adalah tempat beribadah, dan tidak elok mengganggu konsentrasi para jamaah unutk beribadah.

PERLUMBAAN MAKANAN

Memang menjadi adat masyarakat kita menjadikan Ramadhan bulan pesta makanan. Lihatlah sendiri beraneka makanan wujud di bulan ini. Seperti kehadiran ikan puyu di kawasan paya di musim tengkujuh. Bila habisnya musim, tuidaklah ianya muncul lagi.




Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya, harap para pembaca berpuasahati dan sebarang teguran, komen dan kritikan amatlah di alu0alukan oleh saya.

Read more...

Ramadhan: Berhentilah Wahai Pen-DHAIF

Friday, August 28, 2009


Salam semua, dalam post saya yang lepas, ada disebut sedikit daripada hadis nabi, ada seorang kawan yang menegur saya, dan yang paling saya tidak gemar adalah, mendakwa hadis itu dahif tanpa mengemukakan bukti,.

Dalam hadis yang dibawah ini, saya telah menyalinnya daripada kita MUSTIKA HADIS, kitab yang mengumpulkan hadis daripada PERIWAYAT2 yang terkemuka.

kitab yang dirujuk adalah

MUSTIKA HADIS, TERBITAN JAKIM, JILID TIGA, BAB PERTAMA, FASAL KEDUA, TAJUK: KELEBIHAN BULAN RAMADHAN DAN KEISTIMEWAANYA

Dari Salman r.a., katanya:

Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaa'ban sabdanya:
Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaa'ban sabdanya ( Yakni sesudah memuji ALLAH seperti yang lazim dilakukan pada tiap2 khutbahnya) :
"Wahai umat manusia,
kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.
Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan
(malam Lailatul Qadr)."

"Bulan yang puasanya dijadikan ALLAH satu perintah yang diwajibkan,
dan (selain daripada itu) disunatkan mengerjakan sembahyang Tarawikh pada malam harinya."

"Barang siapa mendampingkan diri kepada ALLAH dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara2 kebajikan samalah-seperti ia mengerjakan satu perintah ALLAH yang diwajibkan pada bulan2 yang lain.
Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan pada bulan
itu-samalahseperti ia menunaikan tujuh puluh perkara yang diwajibkan ALLAH pada bulan2 yang lain."

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran,
sedang kesabaran itu:
Pahalanya ialah syurga,
ia juga bulan untuk masing2 bersedakah dan memberikan bantuan,
dan ia juga bulan yang padanya ditambahklan rezeki orang2 yang beriman."

"Barang siapa menjamu seseorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,
maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya,
dan menjadi penebus dirinya dari neraka,
dan ia pula mendapat pahala seperti orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun."

Sahabat2 Baginda berkata:
"Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang2 yang ada suatu untuk menjamu orang yang berpuasa"

Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:

"ALLAH Ta'ala akan memberikan pahalayang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar
( kurma),
atau segelas air sejuk,
atau dengan sedikit susu yang bercampur air."

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya rahmat,
pertengahannya keampunan,
dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka."

"Barang siapa meringankan beban kerja khadamnya ( orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan ALLAH dosanya dan dibebaskan dari neraka."

"Banyakkanlah kamu empat perkara dalam bulan Ramadhan:
Yaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu,
dan dua perkara lagi kamu sangat2 perlukan.
Adapun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu ialah:
Pertama-mengucap: أشهد أن لا إله إلاَّ الله
Kedua- (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut Astaghfirullah.
Adapun dua perkara lagi yang sangat2 kamu perlukan itu pula ialah:
Pertama- (banyakkanlah) memohon kepada ALLAH Ta'ala supaya dimasukkan kamu kedalam syurga, serta berlindung kepada-NYA dari azab neraka- dengan menyebut:
nas aluka aljannah wa na'udzubika min annaar"

"Dan selain itu, (sabda baginda lagi):
Barang siapa memberi minum seorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa),
ALLAH Ta'ala akan memberi minum kepadanya dari kolamku (kolam Kautsar)
dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga"



Hadis ini diambil daripada AT-TARGHIB (2:94) dan Misykatul Mashabih (1:615) dengan berlainan lafaz

Read more...

Ramadhan : Bulan Ubat Melawan H1N1.

Thursday, August 27, 2009




Assalamualaikum semua,

Kawan2, sedarkah tetamu kita yang dicintai telah datang.

Awalnya RAHMAT.

Tengahnya PENGAMPUNAN.

Akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA.

Itulah mafhum madah nabi tercinta.

Sabda Nabi lagi,

"Puasalah, nescaya kamu akan sihat"


Hadis yang bahasa arabnya hanya dua patah perkataan ini cukup bermakna jika kita berpuasa.

Kerana puasa yang membuatkan kita lapar itu sebenarnya adalah sebagai ubat kepada kita untuk hindari penyakit. Ada beberapa kajian mengatakan bahawa puasa akan melemahkan pergerakan kuman2 dalam badan kita kerana kuman tersebut kurang tenaga yang diambil daripada Zat Besi daripada makanan kita.

Selain itu, puasa juga boleh dijadikan alat untuk membuaang kolestrol, ini telah dibuktikan oleh seorang pakar motivasi terkenal, Dr HM Tuah Iskandar al-Hjj, dalam bukunya Nak Ke Tak Nak, banyak fakta berkenaan puasa di huraikan beliau, apa yang menarik perhatian saya pada ketika itu berumur 16 tahun adalah, pendedahan yang dibongkar oleh Dr. Tuah banyak kajian daripada saintis amerika membuktikan puasa dapat mencegah penyakit, ada juga yang menyarankan supaya rakyat amerika berpuasa 2 kali seminggu, lihatlah kawan2, betapa ajaibnya wasiat Rasulullah saw supaya kita berpuasa isnin khamis.

Kawan2, terbayangkah betapa saintifiknya kata2 daripada insan yang ditarbiyah ALLAH ini?
Kawan2, tahukan bahawa hadis nabi itu tidak sia2?

Dalam buku Nak Ke Ta Nakitu juga, Dr Tuah menggalakkan masyarakat kita supaya berpuasa, selain ia dapat mengurangkan kolestrol, puasa juga dapat membuang lemak2 jahat. Tetapi ingat kepada kakak2 kat luar sana, jgnlah menjadikan puasa itu sebagai alat nak kuruskan badan tanpa tujuan plak ye....

Seperti yang telah saya katakan di atas, puasa dapat mengelakakn penyakit, kerana jika kita puasa, pengambilan makanan ke dalam badan berkurangan, maka kuman2 yang menanti akan makanan itu menjadi lemahdek puasa kita. Maka kuman itu menjadi lemah, maka kita akan sihat, oleh itu pekerjaan kita tiada masalah,.

In conclusion, fasting will bring more benefitl to us. My suggestion to my very beloved friends, lets fasting, let us imarah this holy month with tadarus, qiam, ifthor jamaie, besides I advise to all of u to do haibah or ( commonly known as sadakah in malay).




Read more...

Gastrik bukan alasan tidak puasa

Wednesday, September 19, 2007

Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN



ANTARA rungutan yang sering kedengaran Ramadhan ini adalah gastritis. Gastrik popular pada bulan Ramadan ini apabila ramai yang menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa. Maka, berbondong-bondonglah orang Islam yang tidak berpuasa diangkut dengan van mayat kerana mengingkari syariat Islam itu. Pesakit gastrik selalunya ragu-ragu untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan kerana fitrahnya sebagai gangguan yang berkaitan dengan pola pemakanan, sedangkan puasa bererti mengubah pola makan. Bolehkah pesakit gastrik berpuasa? Tidakkah puasa akan memburukkan lagi penyakit itu? Demikian antara soalan- soalan yang sering diajukan.

Puasa merehatkan saluran pencernaan (usus) serta enzim dan hormon yang biasanya bekerja untuk mencerna makanan secara terus-menerus selama lebih kurang 18 jam, kecuali tidur. Dengan berpuasa, organ penting itu dapat beristirahat selama lebih kurang 14 jam. Selama masa itu, tidak ada makanan dan minuman yang masuk ke dalam sistem pencernaan kita.

Selagi penyakit gastrik itu belum memasuki tahap kronik atau masih dalam peringkat ringan, pesakit boleh sahaja menjalankan ibadah puasa dengan sempurna asalkan tahu caranya.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, gastritis bukanlah satu penyakit tetapi ia merupakan satu kumpulan keadaan di mana kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu inflamasi di dalam lapisan perut anda. Secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakteria yang sama dengan ulser perut. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.

Walaupun terdapat banyak keadaan yang dikaitkan dengan gastritis, tanda- tanda dan simptom-simptom penyakit ini adalah sama iaitu rasa perit di bahagian atas abdomen dan kadangkala kembung, sendawa, rasa mual atau muntah-muntah. Dalam beberapa kes, gastritis boleh mengakibatkan ulser dan meningkatkan risiko kanser perut. Bagi kebanyakan orang, gastritis tidaklah serius dan ia akan pulih dengan cepat apabila diberi rawatan, ujar beliau. Menurutnya, serangan gastrik terjadi apabila produksi asid perut secara berlebihan sehingga menyebabkan lapisan perut mengalami iritasi. Dalam tempoh berpuasa terutamanya setelah enam hingga lapan jam perut kosong, akan terjadi peningkatan asid perut yang dapat menyebabkan gejala sakit gastrik. Di hari-hari awal bulan Ramadhan, orang yang tidak mengalami penyakit gastrik pun kadang-kadang merasakan perutnya kembung, pedih atau sedikit memulas. Ini kerana, perut melalui proses pengubahsuaian pola makan saat berpuasa.

Biasanya, memasuki akhir minggu pertama, gangguan ini akan hilang dengan sendirinya kerana tubuh sudah mampu menyesuaikan diri. Pada orang yang sihat, keadaan ini dapat diatasi dengan pilihan makanan yang tepat saat berbuka dan sahur serta kegiatan yang tidak menyebabkan terjadinya peningkatan udara di dalam perut serta peningkatan asid perut. Bagi individu yang memang terdapat kelainan organik, puasa akan memburukkan keadaan sakit perutnya jika tidak diubati dengan tepat. Tetapi jika sakit perutnya diubati, dapatlah mereka melakukan ibadah puasa seperti orang normal. Dr. Ahmad Shukri berkata, untuk menghindari keadaan lebih parah, hindar makanan dan minuman yang dapat merangsang asid perut misalnya makanan pedas, berasid dan berkafeina seperti kopi. Hindari juga stres kerana ini pun
berupaya mencetuskan pengeluaran asid perut secara berlebihan. Selama berpuasa, jangan abaikan zat makanan. Lalu ketika berbuka, makanlah secara bertahap, dengan menerapkan teknik-teknik pola makan antigastrik seperti makan sahur tidak terlalu kenyang kerana akan lebih merangsang perut, namun perlu mengandungi cukup karbohidrat, jelasnya. Pesakit gastrik boleh berbuka dengan pelbagai jenis kuih ataupun minuman yang manis tetapi jangan terlalu manis atau terlalu banyak sekali gus kerana akan merangsang produksi asid perut secara mendadak. Ada baiknya porsi berbuka dibahagi kepada dua iaitu waktu maghrib dan sesudah solat tarawih. Pada saat berbuka puasa, yang pertama kali masuk ke perut cukuplah seperti buah tamar, makanan ringan atau cairan seperti teh manis panas atau sepotong kuih. Pascasalat maghrib, barulah makan nasi dengan lauk-pauk secukupnya disertai buah- buahan yang tidak masam. Terdapat juga jenis buah yang boleh membantu memperkuat daya tahan perut terhadap serangan gastrik di antaranya avokado dan pisang raja. Setelah solat tarawih, makanlah makanan yang lebih ringan seperti kuih- muih dan segelas susu coklat. Bagi pesakit radang, saluran pemakanan esofagus akibat refluk asid, elakkan makan lewat malam sebelum tidur kerana ia akan meningkatkan kadar asid yang akan naik dari perut ke saluran esofagus yang menyebabkan rasa masam di mulut atau panas di belakang dada.

Dewasa ini, ubat penyakit gastrik terutama yang diperlukan untuk mengendalikan asid perut mempunyai masa kerja yang panjang, sekitar 12 jam sekali gus memudahkan pengaturannya selama bulan puasa. Antara medikasi untuk meneutralkan asid perut sama ada antasid, penghalang asid, perencat pam proton dan agen cytoprotective. Ubat sebaiknya diberikan waktu subuh sesudah makan sahur, dan bila perlu ditambah sesudah berbuka puasa. Pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan perut tidak perlu takut akan mengalami sakit gastrik saat berpuasa, bahkan puasa akan membuat pencernaannya lebih sihat. Ubat-ubatan untuk gastrik juga tidak diperlukan untuk pesakit yang tidak ada masalah dengan penyakitnya itu selama melaksanakan puasa Ramadan. Biasanya dengan berpuasa, keluhan sakit gastrik berkurang dan berasa lebih sihat semasa berpuasa kerana pemakanan menjadi lebih teratur sebulan ini. Kebiasaan makan makanan ringan dan minum soda pasti tidak dilakukan pada waktu pagi, siang dan petang hari kerana sedang berpuasa. Umumnya juga, orang yang berpuasa akan lebih banyak bersabar dan mengendalikan stres, menyebabkan pesakit dapat berpuasa dengan baik dan keluhannya akan berkurang.

Tip makanandan minuman

* Hindari makanan dan minuman yang banyak mengandung gas dan terlalu banyak serat, antara lain sayuran tertentu (sawi, brokoli), buah-buahan tertentu (nangka, pisang embun), makanan berserat tertentu (kedondong, buah yang dikeringkan), minuman yang mengandung gas (seperti minuman bersoda).

* Elakkan juga makanan yang merangsang pengeluaran asid perut antara lain kopi, cuka, sari buah sitrus dan susu.

* Hindari makanan yang sukar dicerna yang dapat memperlambat pengosongan perut kerana ini dapat menyebabkan peningkatan peregangan di perut yang akhirnya dapat meningkatkan asid perut, antara lain makanan berlemak, coklat dan keju.

* Elakkan makanan yang secara langsung merosakkan dinding perut iaitu makanan yang mengandungi cuka dan pedas, lada putih dan rempah- ratus yang merangsang.

* Hindari makanan yang melemahkan kerongkong bawah sehingga menyebabkan cairan perut dapat naik ke kerongkong, antara lain alkohol, coklat, makanan tinggi lemak dan bergoreng.

* Selain makanan minuman di atas, ada beberapa sumber karbohidrat yang harus dihindari pesakit gastrik antara lain beras pulut, mi, bihun, jagung, ubi, ubi kayu, keladi serta dodol.

Aktiviti yang meningkatkan gas di dalam perut juga harus dihindari, antara lain makan gula-gula yang mengandungi minyak perangsang tumbuh- tumbuhan terutamanya lobak. Tabiat merokok hanya akan meningkatkan gas di dalam perut. Secara umum, konsep pemberian makanan untuk pesakit dengan gangguan pencernaan adalah dalam hidangan yang kerap tetapi sedikit. Hal ini sukar dilaksanakan selama berpuasa. Oleh kerana itu, yang terpenting adalahmenghindarkan diri dari makanan dan minuman yang boleh memburukkan gastrik.

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP