Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Post ke 200 : Kajian Ringkas BN vs PAS

Wednesday, February 22, 2012

[Kajian Ringkas]

Tajujk: Like BN VS PAS


1.0 . Pengenalan.
Facebook (FB) salah sebuah media massa yang menjadi trend semasa. FB menawarkan khidmat FB Pages. FB Pages biasa digunakan oleh institusi2 dan juga tokoh2 dalam masyarakat.

Bertujuan mengenal pasti FB Pages BN atau PAS memiliki Likes paling banyak.

2.0 Hipotesis
Trend popularity media massa cetak dan media massa internet amat berbeza.

3.0 Keputusan

Read more...

Intellectual Discourse : Pemansuhan AUKU, Kebebasan @ Gimik Politik? - LAPORAN PENUH

Wednesday, December 14, 2011



Moderator : MOHAMMAD IQBAL AB WAHAB - SRC President
Speaker 1 : YB DATO SAIDUDDIN ABDULLAH - Deputy Minister of Higher Education
Speaker 2 : YB SALAHUDIN AYUB - Member of Parliament, Kubang Kerian
Speaker 3 : PROF. MADYA DR. ROSLI MAHAT - Secretary General of Malaysia Academician Movement (MOVE)
Speaker 4 : ASSOCIATE PROF. DR. ABU HASAN HASBULLAH - Department of Media Studies, Faculty of Arts and Social Science, Universiti Malaya


2040:
-VIP tiba.
-Asmaul Husna
-Negaraku
-Bacaan Doa

2050:
Moderator dan para panelis mengambil tempat di pentas
Forum dimulakan moderator dengan memperkenalkan ahli panel
Objektif forum 1.mengetahui pengumuman PM bahawa seksyen 15 AUKU akan dipinda.

ROUND 1 - Auku, mahasiswa dan negara daripada Speaker 1,2. Speaker 3,4 selaku ahli akademik bersoal jawab dengan Speaker 1,2.

Speaker 1 :
-Ada 3 mazhab tentang AUKU.
[1] AUKU baik dan bertujuan baik, menganggap seksyen 15 baik.Mengemukakan alasan mempertahan alasannya. Sebanyak 30 alasan yang berorientasi memperlekah dan memperkecilkan mahasiswa
[2] Mansuh terus, diganti mazhab lain atau tiada terus.
[3] Pinda AUKU. beberapa seksyen dalam AUKU.
- Pinda dan mansuh
-Walaupun tiada pemansuhan AUKU dalam Buku Jingga, tapi saya memilih untuk pinda.
-Jika dimansuhkan, ia amat rumit untuk dilaksanakan, saya x mampu untuk laksanakannya. Saya hanya mampu pinda. Saya bersyukur Dato' Najib bersetuju meminda AUKU.
-Perkara ia meraikan hak mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik
-Kali ini, ianya jelas, bahawa mahasiswa boleh menjadi ahli politik.
-Persoalan sekarang,.......
-Sebab itu, ia mesti selari dengan proses transformasi politik. Agar dapat melahirkan proses demokrasi matang dalam negara.
-Ia dapat melahirkan ruh universiti yang sebenar.
-Matlamat pindaaan harus 2 perkara.
[1] Tegakkan hak mahasiswa
[2] Meningkatkan partisipasi dalam struktur negara
-Dalam konteks meminda, kita perlu berpegang pada prinsip lebih kebebasan kurang halangan
-Fundamental Liberties must be generally......
-Cnth. Mesti difahami yang dilarang tidak mencengkam kebebasan aademik
-Bukan hanya seksyen 15 sahaja, banyk lagi terlibat
-Proses pindaan mesti bebas hijack
-Satu meja bulat untuk diskusi AUKU akan dimulakan sabtu ini. MPP IPTA dan lain2 badan dijemput termasuk SMM.
-Kita juga pinta akta2 lain yang berkaitan.

2017:
Moderator

2022
Speaker 2 :
-2 tahun lalu saya telah datang ke sini dan tajuk yang sama dan juga bersama Dato' Saifuddin
-Jika BN menang lagi, saya doakan Dato Saifuddin jadi menteri KPT. Dan dia mesti tunaikan janji-janji dia
-Siapapun perintah, pengurusan mesti prudence (mungkin penulis silap dengar istilah)

-Perkara kejumudan dan tidak prograssive akan dibunuh. Saya bangga dapat bersama mahasiswa yang bakal memipin negara pada hari ini
-Mana-mana kerajaan yang tidak peka pada perubahan menuju kemusnahan. Dalam konteks Msia, rakyat berdepan fenomena baru. Indikator good governance dan demokrasi kita ambil, yang tidak baik seperti free sex kita tidak ambil.
-Anak muda sekarang sudah pasti pilihannya. BN atau PR, itu sudah cukup kearah sistem dua parti.
-Hari ini perbincangan,discourse yang baik harus diraikan. Anak muda sudah cakna suasana, mana-mana kerajaan mesti peka.
-Winds of change adalah perkara yang berlaku sekarang, jadi pinda sahajalah AUKU. Biarkanlah anak muda berpolitik.
-Kepada anak muda yang tidak mahu jadi pemimpin masa depan, biarlah mereka terus dalam Dark Ages
-Plato, Socrates, buku-bukunya disimpan dalam library dunia. Walaupun ada betul atau salah, ia tetap dikaji.
-Dunia profesor, dunia masa depan akademik, jgn kita belenggukan prtofesor. Sepatutmya discourse-discourse diraikan, itu hak mahasiswa.
-Anak muda sekarang mahukan transformasikan politik.
-AUKU, pindaan akan membolehkan kreativiti anak muda berkembang. Supaya mahasiswa lebih progressive.
-Jika kita rasakan harus negara terus progressive, pemimpin mesti pandai membaca anak muda. Bimbing anak muda dan jgn perlekeh profesor. Jgn lagi mengugut profesor.

2039 :
Moderator

Speaker 3 :
-Dato' Saifuddin. Tertarik pada perlunya kepada peraturan universiti yang meraikan ruh universiti.
-Masalah kita, lain orang lain pendapat.
-Sebenarnya sudah ada beberapa dokumen berkenaan apa yang sepatut ada pada sebuah universiti. Cuba tgk pada 'UNESCO recomendation for higher education academic personal' sebagai permulaan. Dokumen ini berkisar taggungjawab, ahli akademik, universiti dan kerajaan.
-Ranking 100 bukan menjamin taraf world class sesebuah universiti. Dua universiti England reject untuk buka cawangan di Singapura kerana tiada kebebasan akademik di Singapura
-YB Salahudin, pertama sekali dengar daripada Pakatan Rakyat supaya pinda AUKU. Tidak dapat tidak AUKU perlu ada.
-Berkenaan isu PPSMI dan MBMMBI, tiadapun pengurusan universiti keluarkan komen. Adakah universiti hanya menunggu wahyu daripada kementerian.
-Secara menyeluruh, bukan AUKU sahaja perlu dilihat. RUU lain juga mesti dilihat, terutama yang mencengkam universiti. Juga akta hasutan.

2157 :

Speaker 4 :
-Seingat saya, kali terakhir saya berforum sambil ditemani oleh keselamatan ialah di Belarus. Belarus negara komunis. Maaflah pengurusan Universiti kerana universiti ini tempat yang suci.
-Berterimakasih pada Dato dan YB.
-Lihat sahaja Revolusi Perancis. Akibat adanya akta mencengkam akademik, maka lahirlah revolusi oleh orang muda. Maka larislah di Paris bermacam2 ilmuwan pada segala bidang.
-Kita mesti lahirkan ahl falsafah. AUKU adalah drakonian, negara x maju dengan drakonian.
-Bosnia, saya bertanya bagaimana muncul Bosnia yang hebat. 100,000 lebih buku dihasilkan. Tiga faktor [1] Freedom [2] Intelektual [3]Debate. Setiap malam di bosnia adanya debate.
-Tiada satu pun thesis yang berlawanan dengan kerajaan sejak selepas adanya AUKU.
-Das Kapital Karl Marx tiada seruan hancurkan eropah. Yang hancurkan eropah adalah Stallin & Lennin

-AUKU telah menyebabkan negara kita tidak mampu untuk hasilkan filem yang baik.
-Freedom of debates, Zuckerberg dapat idea buat Facebook.
-Kita ingin generasi baru.


2215 :

Speaker 1 :
-Prof Hassan, sample ahli akademik yang perlu dijaga dalam negara kita.
-Hujah akademik mesti dilawan secara akademik. Bukan surat tunjuk sebab
-Culture of fear. Deform yang disebut Prof Hassan adalah senang faham u-turn. Kita tak nak ini.
-Contoh. Naqib al-Atas, matlamat universiti bukan melahirkan pekerja yang baik, tapi melahirkan insan.
-Setiap sumbangan dan keputusan mesti berdasarkan kepada ilmu.
-Soal pemilihan MPP. Benarkan mahasiswa laksanakan sendiri pemilihan MPP.
-Budaya multi-tasking adalah budaya menggalakkan kemajuan ilmu. Universiti dan luar universiti sebenarnya tiada pagar. Tiada istilah dalam dan luar universiti.
-Bukan maksud saya akan buat suasana tiada undang2. Against the norm adalah kerana perkara kebiasaan tiada limitations


2029 :

Speaker 2 :
-Penggunaan hujah yang ilmiah mestilah perlu bila berhadapan dengan anak-anak muda. Tidak patut berkata belajar dahulu, politik kemudian.
-11 Feb 1990, bila Mandela dibebaskan. Siri perjuangan yang panjang, mahasiswa juga terlibat, termasuk sekali karyawan.
-Kumpulan Asas 50. Indonesia, contoh Pramoedya AnantaToer, seorang karyawan yang bagus, hingga dalam hutan menulis.
-Sir Iqbal, Ibn Khaldun. Ahli falsafah, dimana dunia islam atau bukan islam. Adanya budaya ilmu yang tidak dihalang.
-Pada hari ini, bukan perjuangan PAS supaya bila pinda AUKU, semua masuk PAS. Tapi kita mahukan taraf keilmuwan ditingkatkan.



ROUND 2 : QnA

1. Undang-undang universiti. Apakah yang akan berlaku pada undang-undang universiti bilamana AUKU dihapuskan. Bagaimana tindakan selanutnya akan diambil?

2. Bila AUKU dimansuh, bebas ruang untuk politik. Bimbang politik kepartian berleluasa.

Speaker 1 :
-Bila AUKU dipinda. Akta yang lain juga dipinda.
-Kaedah tatatertib mesti diambil kira dalam proses pindaan.
-Majoriti mahasiswa adalah non-partisan. Soal mahasiswa berpolitik tidak perlu dihalang.

2050 :

Penggulungan :

Speaker 2 :
-Bila berbicara AUKU, ia tidak lari daripada kebebasan intelek.
-Sudah banyak berbicara di Parlimen. Paradigm kita harus untuk berubah demi kejayaan negara kita.
-Rome was not built in one day. Oleh itu, kita mesti berani. Kerana adanya suara penting yang perlu kehadapan untuk tentukan iltizam orang politik. Jangan bagi orang politik berada dalam zon selesa.
-Rakyat mesti berani bersuara dan kerajaan mesti bagi kebebasan bersuara.
-Dunia arab hari ini tiada demokrasi. Sebab itu tercetusnya Arab Springs

-Pak Natsir, pemimpin tidak lahir dari bilik dari hawa dingin, pemimpin lahir dari denyut nadi rakyat.
-Era kita adalah era decisional making.

Speaker 1 :
-Soal mutu universiti dan transformasi politik.
-Authority of idea, not idea of authority
-Kalaupun xboleh amalkan demokrasi yang tulen.Sekurangnya kene elak jadi the worst

Speaker 3 :
-Apa yang dituntut dalam perjuangan kebebasan. Kebebasan ada hadnya, iaitu jika cakap lebih, ada kawan yang control.
-Speaker corner sekarang sudah tiada ruh.

Speaker 4 :
-Lihat sahaja dewan kita malam ini. YB dapat bersama.
-Tidak pernah televisyen dan internet cetuskan perang, begitu juga kebebasan berakademik

2310 :
Forum tamat. Token of appreciation

2315: Bersurai


Sekian terima kasih,
Ahmad Ashraf Azhar,
Mahasiswa Tahun Pertama,
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Sosiologi & Antropologi)
13 Disember 2011 | Main Auditorium, UIAM.

Read more...

Partisipasi : Skil sosial Muhammad S.A.W.

Thursday, October 13, 2011

Mafhum daripada Raheeq Makhtum :

"Muhammad pada umur 5 tahun, semasa sedang bermain-main bersama rakan-rakannya, lalu datang Jibrail merebahkannya lalu membedah dada baginda. Lalu bertempiaran lari rakan-rakan baginda yang sedang bermain dengan perasaan yang takut"

"Sewaktu sedang menjaga gembalaannya, Muhammad yang pada waktu itu masih muda, meminta kawannya menjaga gembalaannya sementara waktu kerana mahu bertandang ke sebuah walimah. Pabila sampainya di tempat keramaian itu, baginda tertidur hingga berakhir majlis"
Rata-rata di kalangan kita, bila diceritakan perkara seperti di atas. Lantas terfikir di benak kita peristiwa yang pertama adalah, proses penyucian hati seorang manusia yang bakal menjadi pemimpin umat. Begitu juga, kita kita dalam skop yang sama, kita akan memandang peristiwa kedua adalah proses ALLAH menjaga hamba-NYA yang bakal menjadi Rasul supaya tidak melihat, mendengar maksiat yang berlaku pada waktu itu. Jika begitu pandangan alam kita, maka kita tidak dapat melihat perkara disebalik, kerana, kita akan menganggap, biasalah itukan nabi.

TETAPI, ada satu skop yang kita perlu tahu iaitu skil sosial yang praktiskan oleh baginda.

Read more...

Ibrahim 24 : Kefahaman Berdalil

Thursday, July 14, 2011

Hari ini, hidup kita dalam zaman serba canggih. Internet, fon genggam, sms, elarti, monorel seakan tidak dapat dipisahkan bagi warga kota. Bagi warga kampung, juga tidak terlepas, alat2 moden seperti fon gengam, gajet jalur lebar tanpa wayar seakan menjadi kewajipan. Facebook juga menjadi kegilaan, bukan sahaja warga bandar, malah warga kampung juga sama, terutama anak2 muda. Jangan terkejut jika diberitahu, anak2 semuda 7 tahun sudah pandai ber'Facebook'. Apa yang ditaipnya perihal budak2 sahaja.

Semua perkara di atas adalah tindakan2 daripada manusia2 di segala pelosok wilayah. Apa yang perlu kita tahu, apakah punca/sebab/dasar kepada tindakan mereka? La budda, tidak lain tidak bukan ialah kefahaman.

Kefahaman yang dituntut di sini adalah kefahaman berdalil.

Read more...

group binding, usrah, study circle, bla bla bla...

Saturday, June 19, 2010

Usrah pertama aku, di MML. Usrah Imam Syafie, nama usrah yg ditetapkan oleh programer program MITASI 2002.

Usrah Imam Syafie hanya berjalan pada tahun itu (2002). Tiada lagi sehingga sekarang.
Naqib: Akh Abal Khair, skg belajar di madinah. Akh Solihin n Akh Hafizudin.
Ahlinya akui, Muiz, Firdaus, Mustaqim, Riduan, Qabil.

Disitulah aku dipaksa bercakap. Diminta menjadi MC usrah. Pengalaman blurr tu aku akan simpan sampai bila. Xnk la cite kat cini.

Usrah ke-2. di bawah tangga masjid Darul Quran, di tepi Tasik Huffaz, KKB.
Naqib. Abg Qairy n Abg Asyrafuddin.
Ahlinya. Engku Fahmi, Siddqi, Syazwan Bob, Syafik, Haris, Fauzul. Dari group ini aku semakin matang. Ditambah plak, roomate aku, naqib aku. Memang hari2 la aku di asah. Asha pemikiran, asah adab, asah paelah yg bagus2. Yg penting, itulah antara idola aku menuju kecemerlangan.

Usrah itu namanya ITQAN'S. Masih berkekalan sampai sekarang walaupun kami dah terpisah jauh dalam benua asia. Tapi FB masih menjadi wasilah.

Abg Qairy, jauh ke Syiria. Engku Fahmi, mantan ketua Usrah, Jordan. Syazwan di Penang. Haris ,Fauzul, Syafik, Siddqi. CFS PJ. Dan aku seorang dicampak ke bumi gersang Nilai.

Aku bangga dengan ITQAN'S. Permulaan sem 2 di DQ. ITQAN'S lah yg pertama buat usrah. Usrah pertama tanpa naqib. Aku ditaklifkan memberi pengisian. Terimakasih kepada semua adik beradik ITQAN'S yg menghargai aku.

ITQAN'S juga pernah berusrah dari pagi sampai pagi. Kami start ngan qiam, then bertolak ke pasar. Beli kelengkapan berkelah, pegi ke Kalumpang. Balik ke DQ. Malam tu pulak berbeku. Pagi Esoknya last sekali breakfast di KKB........

Kenangan yg amat2 manis. ITQAN'S adalah usrah paling berjaya di DQ batch aku.

Datang UIA PJ. Kitorang baut ag Usrah bersama naqib yg lama terpisah...selama aku di PJ.. paling kurang 5 usrah telah kita buat.

Ketiga, Usrah di UIA PJ.

Naqibnya Akh Fazli n Akh Hafizudin. Jiwa mereka amat2 sufi, mengalahkan jiwa aku. Ilmu kesufian amat2 banyk pada mereka. Mereka adalah insan yg merendah diri bila bersamanya. Selalu menghormati orang lain, sehingga aku sentiasa segan jika mereka ada di sekktarku. Walaupun aku lebih tua dari mereka.

Aku x pernah memanggilnya selain dgn nama 'ABANG' di depan. Itulah antara penghormatan aku kepada mereka. Kerana, tanpa jaminan mereka, aku bukan dan tidak sekali-kali akan jadi seperti hari ini.

Ahli usrah nya adalah, Mazlan, Firdaus, Syahrul, Afif dan aku.
Syahrul, Afif dan Firdaus, adalah Engineering Students.
Mazlan dan aku pada waktu itu adalah Nursing.

Sebanyak lebih kurang 13 usrah telah diadakan. Ada formal, ada x formal.

Usrah keempat. Aku di uji lagi. Bukan menjadi pemberi tazkirah. Bukan jadi MC. Bukan mencari modul Ukhwah. Tetapi akulah Naqib. Ya ALLAH. Selama ini sedap sahaja aku meluah kan teori nak bermesra dgn org x kenal. Tetapi sekarang, tiba masa aku di uji...

Pembaca...
Doakan aku......

Read more...

Bas Siang Hari, Membaca & Melihat

Sunday, February 28, 2010

Assalamu'alaykum kpd semua kawan2, rakan2, teman2, sahabat2 pembaca sekalian.

Walaubagaimanapun keadaan kalian semua, ketahuilah ade hikmah yang besar disebaliknya.

Sejak umur saya menjangkau 18 tahun, telah banyak bas ekspres yang telah saya naik.


Sejak kecil lagi, dengan didikan keluarga, saya menjadi insan yang gemar membaca dan saya merasakan masih belum cukup lagi bahan bacaan saya.

Sejak hari pertama saya melihat, walaupun tidaklah saya ingat bila dan apa yang pertama dilihat, telah banyk baik dan buruk telah saya lihat. Sesungguhnya dikala merantaulah, penglihatan saya menjadi rencam.


BAS SIANG HARI

Dengan hati yang ikhlas dan mulus, saya amat senang menaiki bas ekspres pada siang hari, x kira kemana destinasi yg dituju, saya amat senang.

Bila menaiki bas di malam hari, biasanya saya habiskan malam yang gelap itu dengan mendengar mp3-mp3 ceramah, atau radio pilihan saya iaitu IKIM atau BERNAMA RADIO, itulah sahaja aktiviti yang saya dapat lakukan pada malam hari di atas bas.

Kadang2 terasa juga terisi kebosanan dengan pesanan2 ringkas daripada kawan2 n junior2 yg sering bertanyakan masalah. Hati kecil memujuk, 'Biasalah, budak2 banyk tny tu tanda bagus, baik bertanya daripada buat xtaw lalu natijahnya debu sahaja'.

Tetapi jika menaiki bas siang hari, perkara malam hari itu berubah hampir seluruhnya, mp3 tidak dilayan sangat. Akan tetapi mata saya lebih cenderung untuk membaca atau melihat. Jika dulu saya banyk sekali menghabiskan masa di atas bas untuk melihat keadaan sekeliling, lebih2 lagi tempat yang x pernah dilalui.

Memandangkan jalan Kota Bharu - Kuala Lumpur telah masyi dalam kepala saya, aktiviti saya ialah membaca, saya pernah habiskan satu buku berkaitan sejarah semasa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Di waktu lain saya juga mengisi masa di atas bas siang hari dengan membaca akhbar, akhbar alternatif menjadi pilihan saya kerana ia amat seronok dibaca, lebih2 lagi jika ia berkaitan dengan isu semasa yang memerlukan fakta2 berat untuk dihuraikan.

Tidak bermaksud akhbar harian saya tidak minat, tetapi saya tidak gemar akan pengisiannya, terlalu bias, dan apa yang paling tidak saya gemar adalah pembaca2 akhbar harian dihidangkan dengan lauk2 'seks' sahaja. Saya amat malu dengan budaya masyarakat kita yang terlalu ghairah dan tanpa segan silu membeli akhbar tersebut.

MEMBACA

Membaca telah menjadi hobi pertama saya sejak sekian lama. Saya masih ingat ketika dimana pada umur lima tahun, sewaktu belajar di Taski ABIM al-Hikmah, saya sudah pandai membaca iklan2 rancangan di televisyen. Walaupun mama sehingga sekarang masih menyangkal, tetapi percayalah, saya masih ingat peristiwa itu hingga sekarang.

Sejak saya belajar di CFS, waktu saya untuk bersama hobi utama saya amat terbatas. Selama dua sem di PJ, hanya dua buah buku sahaja yang sempat dihabiskan. Buku yang bersaiz tapak tgn itu amatlah nipis, tidak sampai setengan sentimeter pun. Sebab itu pada waktu cuti hujung sem, saya akan melepaskan gian mengkhatamkan sebanyk mana buku2 yang telah saya beli. Buku2 yang ada pada perpustakaan saya kebanykkannya masih belum dibaca secara teliti. Kebanykkan saya melihat sikit2 atau sekadar rujukan.


MALAM

Akan tetapi bila saya berada di rumah, waktu saya banyk di habiskan di hadapan komputer, aktivitinya masih sama, iaitu membaca, tetapi bacaaan saya adalah blog2 tokoh ternama, blog2 ilmuwan2, blog2 rakan untuk mengetahui perkembangan terbaru dan macam lagi blog yang dikunjungi.

MAHASISWA MANDOM

Saya amat malu sebenarnya denag bangsa saya, terutama sekali mahasiswa2. Apa yan g saya malu adalah meeka amat sekali kurang membaca buku2 ilmiah. Jika baca pun, komik2, majalah2 hiburan, majalah2 kenderaan. Memang benar otak kita memerlukan hiburan untuk berehat, tetapi ingatlah bahawa hiburan yang dipilih mestilah berlandaskan jalan hidup yang suci ( fitrah), bukan hiburan yang merapu, bukan hiburan yang mendedahkan aurat yang mengaibkan.

Justeru, saya amat2 berharap kepada banin2, banat2, brother2, sister2 supaya ubahlah paradigma anda. Anda semua amat berpotensi, sebab itulah anda terpilih untuk melanjutkan pengajian. Oleh itum gunalah kesempatan ini sebaik mungkin.

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"
~wahyu pertama~

Read more...

Seruan Buat Pro-M : HAPUSKAN E-VOTING

Sunday, January 17, 2010

salam sejahtera dan salam semangt buat pendokong dan penyokong perjuangan mahasiswa.

Setakat ini, setakat perkataan ini ditaip, hanya 129 org yang menandatangani petisyen yang membantah sistem E-UNDI, iaitu pengiraan undi di secara elektronik.

Sebenarnya dan sejujurnya, saya amat2 terkilan, rata2 penyokong Pro-M adalah melebihi 10,000, tetapi kenapa hanya 129 baru menandatangani petisyen ini, sepatutnya kita sebagai mahasiswa lebih progresif berkenaan perkara ini.

Jgnlah jadi mahasiswa yang penakut yang tiada sistem.

Oleh itu saya menyeru kepada rakan2 blogger, khususnya yang masih lagi menuntut di IPTA mahupun IPTS, sama2 bekerja keras untuk ini, anda hanya perlu klik dan taip beberapa perkara sahaja.

Klik disini....

Sekian.....

Read more...

MANSUHKAN E-VOTING

Tuesday, January 12, 2010


BANTAH menyeru semua mahasiswa untuk menandatangani petisyen Mansuhkan E-Voting
referendum ini akan dihantarkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Bersama mengembalikan Demokrasi Kampus.

Klik di sini

Read more...

Iktibar kata2 Ismael Hanieh kepada kita

Sunday, January 03, 2010

"Kami di sini berjuang dengan peluru, kami di sini berjuang dengan batu.
Kamu disana berjuanglah dengan ilmu dan doa"

Begitulah seingat ingat aku apa yang telah disampaikan oleh seorang panel ketika forum berkaitan Palestin pada Januari 2009 di masjid Darul Quran. Kata kata itu memetik apa yang Ismail Haniyeh pernah menyebut.

Beberapa minggu selepas itu.

Ada seorang adik baru yang meungkapkan sesuatu semasa tazkirahnya di masjid yang sama.

"Kita memang bersemangat berdemo, tapi subuh kita kantoi"

Kita bersungguh bekerja untuk islam, ke sana ke mari di waktu pagi 'gegar subuh', tapi di tengah hari mengumpat.

Sahabat2 gen9, dulu kita selalu malah sering, tidak kira waktu, tidak jemu menghangguk-hangguk kepala menghafal ayat2 agung itu.

Lupakah kalian akan peristiwa itu, masih segarkah lagi kalian akan saat indah itu.

Di pagi hari bersungguh-sungguh kita mentasmikkan hafalan kita. Tidak cukup dengan itu, dicari pula teman untuk i'adah apa yang telah ditasmik sebelumnya.

Akan tetapi, dari hatiku, aku amat kecewa dengan sebahagian teman, dulu aku amat rapay dengannya, sehingga alu begitu mudah menerima tegurannya. Malah tegurannya yang beberapa patah itu amat dalam maknanya.

Aku dulu bukanlah seorang yang baik, malah malu rasanya sambil menghafal kitab suci itu, sambil itu juga hati aku bergelumang dosa.

Syukur ALLAH, dengan wasilah kawan tadi aku dapat mengubah diriku.

Akan tetapi kawanku, kenapa kamu begitu berubah sekali di PJ, dulu kau pernah mengungkapkan "Aish, xnaklah cakap dengan perempuan, tak elok, bahaya", dahulu amat berat untuk aku menerima kata2 mu itu. Akan tetapi aku cuba berubah.

Tetapi kawan, mengapa kamu sekarang ini bergitu galak bergayut tiap2 malam? lupakah kamu akan nasihatmu padaku?

Sahabat2 Gen9.

Apakah fungsi mp3?

Adakah hanya untuk mendengar muzik2?

Adakah akan rosak jika didendangkan alunan kitab suci di mp3 mu?

Adik-beradik Gen9ku...

Dahulu, sambil berjalan ke kelas, pulang ke blok asrama dari solat jamaah subuh di masjid tepi tasik itu, mulut mu basah dengan alunan yang akan kamu tasmikkan di kelas.

Akan tetapi, kenapa sekarang ini, kamu bernyanyi-nyanyi sambil ke kelas, bernyanyi sambil ke SMAWP?

Pernah salah seorang dari kamu mengungkapkan...
" Aku letak gakQuran dalam iPod ni, kadang2 boleh dengar, ada berkat sikit, inshaALLAH"

'Berkat sikit'? layakkah kamu berkata begitu?

Ada juga kalangan kamu berkata, "tensyen r", lantas lagu2 yang entah apa2 maksud disajikan kepada telinga. Dimanakah Quran yang kamu hafal?

Ada segelintir kita berkata, xdak masa lah nak mengulang, tetapi muzik2 tetap didengar hari2.

Terima kasih ku ucapkan pada yang sudi mengetuk pintu2 119,99,118 di Blok A, di dinihari.
Mengetuk meminta aku segera bangun untuk bersedia awal untuk subuh.

Terima kasih kepada yang sudi menjadi tempat aku melafazkan ayat2 itu sewaktu mengulang.
Wahai diriku,
Wahai sahabatku,
Wahai adik2ku,
Wahai abg2ku,berubahlah........

Berubahlah, kasihanilah kita akan saudara seakkidah di Palestin sana, cekallah hati dalam menimba ilmu2 Tuhan. Tabahlah hati mengkaji pengetahun2 daripada Tuhan.
Di samping itu, kuatkanlah spiritual kita, kerana tanpa kekuatan spiritual, tiada gunanya top mark quiz di SMAWP sana.

Read more...

Air Belum Penuh Lagi : Sebuah Sajak

Sunday, December 20, 2009

Read more...

Cuti: Waktu Aku Berlibur?

Saturday, December 12, 2009

Salam kepada semua teman2, sehat, sihat, sejahtera? Atau sebaliknya?

Walaupun ape keadaan kita semua, bersyukurlah kerana apa yang terjadi itu semuanya baik bagi kita.....

Pernah satu ketika, barangkali kita semua mengalaminya, ada yang berkata "Nampaknya, cuaca hari ini amat teruk"....mungkin dia berkata begitu kerana awan yang mendung yang mengandungi hujan... Kenapa mengatakan itu teruk, tidakkah awan seperti itu diharapkan oleh umat di sebelah Afrika? Tidakkah hujan itu membawa rahmat? Masakan tidak disuruh berdoa di awal turunnya hujan?

Baiklah, kita kembali kepada tajuk asal, cuti atau seertinya adalah libur. Banyk orang yg memikirkan cuti dan libur ini adalah kita merehatkan diri kita di mana2 tempat peranginan, di hutan2 simpan. Ya, itu tidaklah salah, tetapi kita selalu kabur dengan bawaan seperti itu, kenapakah tidak kita menziarahi sanak saudara? Kenapa tidak habiskan waktu cuti dengan menambah bacaan. Semua kita maklum bahawa, mahasiswa2 kita terlalu sibuk belajar sehingga tidak ada langsung masa untuk membaca.....

Tahukah sahabat2 sekalian, kajian mengatakan bahawa mahasiswa2 di malaysia hanya membaca 12 buah buku dalam masa 3 tahun? Banyk sgt ke 4 buku setahun? susah sgt ke habiskan sebuah buku dalam masa 3 bulan?

"Leaders are Reader"

Saya masih ingat, dalam satu khutbah jumaat di Masjid di Sekolah Antarabangsa Indonesia yang berhampiran stesen KOMUTER PUTRA, khatib pada hari itu telah membentangkan sebuah fakta yang menyatakan bahawa:


-Seluruh negara Muslim yang 57 itu, hanya 500 Universiti, sedangkan USA lebih 5000 Universiti, sinisnya, daripada 500 itu, hanya beberapa sahaja yang tersenarai ke dalam top 500. Lihat sahajalah di negara kita, bagaimana kita mahu maju dengan keilmuwan sedangkan bahan bacaan picisan masih menjadi keutamaan. Akhbar2 seperti Metro yang berorientasikan seks semata-mata perlu di hapuskan.

Ya, memang tidak salah kita mengkhabarkan berita seperti itu dengan niat untuk memperbaiki masyarakat. Tetapi, adakah perlu diulang-ulang setiap hari ataupun majoriti dalam laporan mingguan.

Tahniah saya ucapkan kepada Harian Metro kerana menjadi akhbar No. 1 di Malaysia. Natijahnya, semakin ramai yang membeli akhbar itu, dan semakin banyk gejala2 tidak senonoh berlaku dan bertambah dalam masyarakat kita.


Oleh itu, untuk menjadi masyarakat berilmu, kita hendaklah membaca karya2 berat, karya2 ilmiah, saintifik. Bukan hasil tulisan sasterawan picisan menjadi kemegahan. Barulah kita dapat meningkatkan kualiti umat Islam. Ingatlah, suatu ketika dahulu, ilmu2 islam itu telah terhapus pabila berjuta-juta kitab dibaling ke dalam sungai Furat(Euphrates).



Bersendiri Menumpulkan Pengalaman


Jauh perjalanan, luas pengalaman. Itulah ungkapan yang masyhur di alam melayu. Ingatlah, bahawa Bangsa Melayu yang beragama ISLAM dahulu adalah pelayar yang tekemuka. Masakan tidak Melaka itu menjadi popular jika tidak di promosikan oleh pelayar2 yang mengembara. Satu fakta yang pernah didedahkan oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir dalam ceramahnya di Chile pada 1998. Beliau mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia adalah orang melayu yang bernama AWANG.


Lihatlah kalian, kajilah kalian akan fakta ini. Kita sekarang berbangga dengan Ferdinand de Magellan dengan mengatakan si portugis itulah yang pertama mengelilingi dunia dan yang pertama memecahkan salah tanggapan orang bahawa bumi itu rata dan hujungnya adalah jurang yang dalam.

Tetapi sebenarnya, Panglima Awanglah yang sebenarnya membenarkan perkara ini. Untuk kawan2 memahami lebih lanjut akan perkara ini, bacelah anda karya2 daripada Dr HM Tuah Iskandar al-Haj yang bertajuk "Enrique: Mengundang Jauh" terbitan Utusan Publications & Distributions.


Terakhir, ingat baliklah kita akan satu peristiwa, dimana turunnya wahyu pertama "Bacelah. Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan". Membaca, bacalah, kajilah, selidikilah, nescaya kita semua dapat menemui sesuatu yang dapat membangunkan kembali LEGASI2 islam yang telah hilang itu.

Read more...
ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP