Rendah Diri......
"Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan " (Surah al-Furqan 25:63)
Begitulah al-Quran menggambarkan bagaimana orang yang merendah diri dari segi perilakunya. Sesungguhnya, budaya bangsa melayu tidak semua ditolak islam selepas kedatangan islam ke semenanjung ini. Seperti juga sebelum kedatangan islam, poligami telah di amalkan oleh masyarakat jahiliah quraisy sebelumnya. Tetapi selepas kedatangan islam, islam memperelok budaya itu dan menghadkan seorang suami berkahwin sampai empat sahaja.
Balik semula, antara budaya melayu yang tidak bercanggah dengan islam adalah budaya merendah diri. Budaya ini amat besar pengaruhnya dalam masyarakat. Seseorang yang tinggi sifat rendah dirinya akan dihormati. Salah satu tanda rendah diri seseorang itu adalah, apabila berjalan di hadapan orang, orang itu akan berjala sambil membongkok badan dan tangan akan di'hunus'kan ke hadapan.
Saya amat tertarik dengan orang yang memiliki sifat rendah diri, kadang2 saya amat malu dek sifat itu. Ada antara mereka bila bercakap dengan mereka, mereka akan tunduk hingga hampir kepalanya dengan kepala saya, matanya tunduk. Ada juga jika kita bersalam dengannya, dia dahulu yang menunduk badannya. Itulah yang membuatkan saya mal sendiri.
Ada lagi seorang kawan saya di kampus sebelum saya di sini. Beliau tanpa di sangka-sangka di pilih untuk bertanding di kerusi yang penting bagi persatuan pelajar di situ. Beliau yang pada waktu itu kurang akan pelbagai kemahiranuntuk menguruskan organisasi, tanpa segan silu dan dengan sifat rendah diri tanpa malu tanpa segan, selalu bertanya macam2 hal, x kra dengan junior atau sape2. Akhirnya pada penghujung tenure, beliau antara pimpinan yang di hormati oleh kebanyakan pelajar.
0 Komen:
Post a Comment