Usrah pada saya
Usrah, bukan sahaja di masjid, surau dan rumah. Sumber: Muslim Circle |
Apakah Usrah?
Pendapat saya;
1 - Adalah tempat muhasabah ahli
- Seseorang muslim tidak dapat lari daripada muhasabah, Usrah, oelh itu, agenda perrtama Usrah adalah untuk memuhasabah ahli Usrah. Naqib juga adalah ahli Usrah, oleh itu, Naqib juga layak dimuhasabahkan.
-Apa yang perlu dimuhasabahkan?
Yang perlu dimuhasabahkan adalah amalan2 ahli Usrah, segi Solat Jemaah, bacaan Quran, infaq harta, buku bacaan, meningkat atau berkurang. Itu mungkin permulaan, mungkin bila Usrah itu sudah lama contohnya 10 tahun, boleh la bertanya, berapa ramai yang dan kita Islamkan?
Bagaimana pelaksanaan?
-Mungkin biasa pada rata2 Usrah bermuhasabah dengan cara ahli Usrah tutup mata, dan Naqib sahaja yang dapat melihat ahli2 dan tahu apa yang dilakukan pada ahli Usrah. Bagi saya, Naqib juga perlu muhasabah.
-Cara yang dicadangkan, semua ahli menulis point2 mereka, termasuk Naqib, dalam satu kertas kecil, dan diletakkan dalam satu bekas. Lalu, pilih 2,3 orang untuk cabut kertas itu untuk dibaca pada ahli Usrah yang lain. Dengan cara ini, ahli Usrah dapat menilai prestasi Usrah mereka. Mungkin ada yang lebih amalannya, dengan cara itu dapat menginspirasikan ahli2 yang lain supaya dapat meningkatkan amalan mereka.
2- Adalah tempat membina fikrah
-Pembinaan fikrah Islam adalh bermula daripada Usrah, memang yang pertama adalah sesi tazkiah, sesi membetulkan diri, tetapi Usrah adalah bertujuan juga untuk membina fikrah2 Islam yang sejati. Tapi saya tidak dapat terima jika Usrah itu adalah sesi doktrin supaya ahli2 Usrah menerima sesuatu fahaman. Jika ahli terima, bimbang nanti akan jadi 'blind follower'. Ikut sahaja membuti tuli tanpa ada kefahaman, itu kita x mahu.
-Setiap apa2 kefahaman, ahli dan Naqib mesti berbincang secara serius dan berhati-hati dari segi bahasa dan pertuturan. Fikrah Islam yang sebenar adalah bertunjang akar yang mendalam pada Aqidah itu sendiri.
-Seterusnya, fikrah yang dibina mestilah membawa ahli2 Usrah kepada Intima' Aqidi', iaitu Intima' berteraskan Aqidah.
-Antara fikrah2 yang perlu diusaha supaya dielakkan oleh Usrah adalah, ahli yang gopoh, sifat malas mencari kebenaran, ahli yang suka bersendiri atau penting diri
-Naqib yang ditaklifkan juga mesti berusaha mengelak sebaik mungkin daripada terbawa cara2 yang pernah dibawa oleh orrang yang terdahulu tanpa mengetahui selok-belok pembawaan orang terdahulu. Ini untuk mengelak orang jemu pada Usrah, lalu dikatakan Usra mengikut tradisis
-Naqib juga mestilah pandai dah tahu menghubungkan hati2 ahli Usrah. Cuba ikat hati2 ahli supaya dapat bersama-sama. Jika setiap kesalahan dilakukan ahli2, Naqib cubalah membetulkan dengan cara berhemah, jika tidak, kelak akan dikatakan Naqib pandai menghukun sahaja
-Diskusi ilimiah mesti digalakkan dalam Usrah, jika ada ahli2 yang 'outspoken' raikan mereka, berikan mereka kebebasan berhujah. Oleh itu Naqib mesti tahu cara untuk mengawal kebebasan pendapat dan menasihati pada ahli Usrah bahawa pendapat itu boleh dilontar, tapi x boleh paksa orang menerima pendapat mereka.
-Oleh itu, setiap pencerahan dalam Usrah mestilah dengan datangnya hujah2 yang bernas dan berkualiti bersumberkan dalil2 yang tepat.
3-Adalah tempat berbincang masalah umat
-Adalah rugi jika kita bina fikrah Islam kita dan kita syok dengan kumpulan kita sahaja. Oleh itu, selain menyebarkan fikrah, kita mesti cuba kaitkan masalah2 sosial, masalah umat sekeliling kita dengan asas kefahaman yang kita bincang sama2 dalam Usrah.
-Berbincanglah sehingga capai satu resolusi, andaikata resolusi kene buat poster, buatla poster. Jika perlu buat program, laksanakanlah hasil keputusan bersama2.
Penutup,
Usrah itu berbeza-beza pada tiap2 tempat, suasana, dan keadaan. Oelh itu, pada setiap tempat, suasana, dan keadaan, strateginya berbeza. Strategi berbeza pelaksanan juga berbeza.
Setakat itu sahaja, pendapat saya terbuka untuk kritikan.
Wassalam.
0 Komen:
Post a Comment