Gerhana Bulan Separa Pemangkin Kejayaan Fetih

Friday, October 09, 2009

Assalamualaikum.....



Telah berkata Ibnu Umar r.a. Dari Nabi s.a.w. :Bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana, Solatlah!
-Hadith Riwayat Bukhari.



Semalam saya bersama Dr. Rowi, seperti biasa kami akan bersama-sama melakukan Astro Imaging, suatu hobi yg kami kongsi bersama.

Semasa saya melayari blog Abg Sya'ari, saya terpana bila terbaca tajuk Gerhana Bulan 22 Mei 1453 Lemahkan Semangat Byzantium ?.

Minggu lepas saya telah membaca novel Pak Latip berkenaan Sultan Mehmet al-Fateh, dengan semangat berkobar dan ingatan terhadap novel itu yang masih segar.

Dalam novel itu, maharaja kostantin mengatakan bahawa, Kontantinopel tidak akan jatuh selagi matahari dan bulan wujud. Lazim yang difahami, masyarakat zaman dahulu mengandaikan bahawa gerhana adalah salah satu pembawa tanda2 buruk kepada mereka. Atau tulah.

Masyarakat melayu juga sama, ada yang mengatakan bahawa cahaya bulan yang gerhana tidak boleh sampai kepada perut2 wanita yang mengandung, ia akan mengakibatkan malapetaka buruk.

Dengan semangat yang membara.

Lantas terfikir ingin meluahkan bakat yang saya simpan selama ini, ada sahabat saya meminta saya bongkarkan perkara yang tersirat dalam bidang falak atau astronomi kerana sahabat saya amat arif tentang minat saya yang mendalam dalam disiplin ilmu ini.

Oleh itu saya mengambil peluang untuk mengkaji kebenaran post blog Abg Sya'ari, bukan kerana meragui postnya, tetapi ingin mencari sendiri bukti itu memandang saya mengetahui
serba sedikit berkaitan Falak.

Selepas membaca dengan teliti post di blog Abg Sya'ari, lantas saya membuka perisian simulasi pergerakan objek2 langit, seperti bulan2, planet2, matahari, bintang2, galaksi2, nebula2 dan bsebagainya.

Perisian Starry Night Pro itu banyak membantu saya mematangkan lagi pemahaman berkenaan astronomi.

Dengan format JPG di bawah, saya cube menghuraikan beberapa perkara.





GAMBAR 1










Antara maklumat penting daripada GAMBAR 1 adalah.

Tempat :Istanbul
Latitud :41' 1.998'' UTARA (41 darjah dan 1.998 minit)
Longitud :29' TIMUR (29 darjah )
Waktu :4.40PM

Pada waktu ini, Kostantinopel di siang hari, gambar di atas gelap backgroundnya kerana saya telah memadamkan fungsi 'daylihgt'.

Pada waktu ini juga bulan masih lagi belum terbit.

Bulan juga telah memasuki "first contact', iaitu fasa dimana bulan memasuki kawasan penumbra gerhana. Pada waktu ini bulan telah gerhana.

Waktu gerhana adalah pada 4.38PM





GAMBAR 2










Maklumat daripada GAMBAR 2

Waktu :5.45PM

Gambar di atas fungsi 'daylight' dipadamkan.

Pada waktu ini, bulan menghampiri pengakhiran 'first contact' dan akan memasuki fasa kedua gerhana iaitu 'second contact'.

Bulan juga belum terbit di langit Kostantinopel.





GAMBAR 3










Maklumat daripada GAMBAR 3

Waktu :5.48PM

Fungsi 'daylight' dalam gambar ini diaktifkan.

Bulan masih lagi belum terbit.

Pada ketika ini, 'first contact' telah selesai dan anda dapat lihat bahagian hitam di sebalah kiri bulan. Itu adalah permulaan kepada 'second contact'.

Bulan pada waktu ini telah memasuki bahagian penumbra.




GAMBAR 4










Maklumat daripada GAMBAR 4

Gambar 4 adalah sama sahaj dengan gambar 3, hanya fungsi 'daylight' dipadamkan.





GAMBAR 5










Maklumat daripada GAMBAR 5

Waktu :6.30PM
Daylight :Off

Pada waktu ini. bulan masih lagi dalam 'second contact', masih lagi belum mencapai klimaks.

Bulan juga masih belum terbit.





GAMBAR 6










Maklumat daripada GAMBAR 6

Waktu :7.21PM
Daylight :On

Pada waktu ini, gerhana ada pada tahap MAKSIMUM.

Bulan juga masih belum terbit.





GAMBAR 7










Maklumat daripada GAMBAR 7

Waktu :7.25 WAKTU MAGHRIB,
Daylight :On

Gambar di atas adalah gambar matahari terbenam di kaki langir Barat Laut Kostantinopel, gambar pokok hanyalah simulasi, tidak seperti yang sebenar. Tetapi saya harap para pembaca dapat memahaminya.

Biasanya tatkala matahari terbenam, bulan akan muncul di kaki langit yang bertentangan dengan matahari terbenam.





GAMBAR 8










Maklumat daripada GAMBAR 8

Waktu :7.28
Daylight :On

Pada waktu ini, bulan baru sahaja beberapa minit muncul ke langit Kostantinopel.

Pada waktu yang sama pada hari sebelumnya, bulan muncul dengan sinar yang penuh, tetapi pada 22 Mei 1453 ia muncul dalam keadaan gerhana.

Mungkin ini adalah salah satu perkara yang menjatuhkan moral tentera2 dan rakyat2 Byzantium.

Saya tidak ingat dengan pasti, pada waktu bila maharaja kostantin mengatakan bahawa kostantin tidak akan jatuh selagi ada matahari dan bulan, jika maharaja itu mengatakan sedemikian selepas peristiwa gerhana ini, maka terbuktilah masyarakat kostantin pada waktu itu amat takut akan tahyul gerhana bulan.





GAMBAR 9










Maklumat daripada GAMBAR 9

Waktu :8.20PM
Daylight :On

Pada ketika ini, waktu telah malam, dan masih lagi dalam fasa kedua.

Bulan pada ketika ini, sedang bergerak keluar daripada daerah UMBRA, dan sebahagian daripadanya berada dalam daerah Penumbra.





GAMBAR 10










Maklumat daripada GAMBAR 10

Waktu :8.41PM
Daylight :On

Bulan sudah mengalami 'third contact' pada ketika ini, iaitu dimana bulan telah keluar dari bayang2 UMBRA dan sepenuhnya berada dalam daerah PENUMBRA.




GAMBAR 11










Maklumat daripada GAMBAR 11

Waktu :9.20PM
Daylight :On

Ini adalah gambar terakhir bagi post kali ini, gambar ini menunjukkan bulan dalam keadaan
separa penumbra, bulan masih lagi dalam 'third contact'.

Bayang penumbra ini terus bergerak keluar dan berakhir pada 9.52PM. Maknanya 'fourth contact' berlaku pada pukul 9.52PM. Bilamana berlakunya 'fourth contact', maka gerhana selesai


PENUTUP

Daripada post ini, peristiwa gerhana bulan separa ini berlaku selama 5 jam 12 minit. Memang telah menjadi lumrah mana2 masyarakat dahulu melabelkan gerhana adalah petanda buruk, pada zaman Rasulullah saw juga tidak terlepas daripada pemikiran seperti ini.

Telah berkata Ibnu Umar r.a. Dari Nabi s.a.w. :Bahawa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana, Solatlah!

HADTH TELAH CIPETIK DARIPADA KITAB SAHIH BUKHARI, HADIS BERNOMBOR 547, JILID 2.





8 Komen:

'Aishah Jauhara Friday, October 9, 2009 at 1:34:00 AM GMT+8  

Salam.
Subhanallah, hebat..
Allah Maha Kuasa dan memberikan kehebatan menterjemahkan secebis ciptaanNya kepada empunya blog.
Teruskan misi ini. Moga sentiasa mendapat barokah dan perlindungan dariNya..insyaAllah..

Ahmad Ashraf Friday, October 9, 2009 at 8:26:00 AM GMT+8  

Wasalam,
inshaALLAH, moga dipermudahkan....

Sesungguhnya, yg tersirat itu tidak selamanya tersirat......

aniq,  Friday, October 9, 2009 at 11:51:00 AM GMT+8  

perkongsian y menarik..
wlupon sbnrnye saye xbrape nk fhm pon..

cme bace je laa..
SUGOI desu nee~!!

angah120390,  Saturday, October 10, 2009 at 2:39:00 AM GMT+8  

salam,great knowledge...keep up a good work for islam!!!

Annamir™ Saturday, October 10, 2009 at 4:12:00 PM GMT+8  

Salam'alaik...
TAHNIAH atas penghasilan pemikiran yg sungguh mengujakan ini. Teruskan lagi usaha murni ni, insyaAllah moga dipermudahkan segala urusan =)

abessier Saturday, October 10, 2009 at 5:40:00 PM GMT+8  

opsss...terdelete plak.

nice post ashraf.congratz.

bestnyor g umah dr rawi.

Ahmad Ashraf Sunday, October 11, 2009 at 10:05:00 PM GMT+8  

hehe, bset r... ni baru je balik, mari UPSI, singgoh Brinchang n Tanah Rata jap....

seeker,  Monday, November 2, 2009 at 8:34:00 PM GMT+8  

Anyway, good job...
Subhanallah...

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP