Polis | Media | Demontrasi
Polis Media Demonstrasi adalah 3 perkataan hangat di Malaysia, dan menjadi perhatian dunia sekarang ini.
Polis Diraja Malaysia masih lagi menjadi alat pemerintah?
Media yang masih dikongkong?
Demonstrasi yang masih lagi disalah anggap?
Ada orang cerita, polis2 yg bekerja pada hari demonstrasi, eh2 silap, mereka xbekerja tapi bertugas je. Tapi mereka adalah aparatus kemananan, milik negara, kerahan keatas mereka bila2 masa. So sesuailah mereka dikatakan bertugas. Mereka sebenar bertugas dalam keadaan lapar, tidak makan dalam masa yang lama, jadi bila mereka bertugas dalam keadaan demikian, maka tiadalah ladi BERHEMAT dalam tugas mereka. Anda sendiri dapat lihat melalui video2 yang merata di Internet.
Polis adalah pengawal keselamatan, penjaga keamanan, tapi ia amat terbalik di Malaysia, saya sendiri, ketika peristiwa kemalangan pada 24 Oktober 2011 di jalan Gua Musang-Merapoh, polis memang tidak membantu kami, selepas pasti orang cedera dibawa ke hospital, polis membiarkan kami begitu sahaja. Sedangkan traffic di jalan itu amat bahaya kerana, sebahagian bas berada di atas jalan. So, kamilah yg menjada traffic dengan memberi isyarat menggunakan lampu suluh.
Media Media Media,Media Malaysia masih belum bebas, paling geram banyk sekali dekat Utusan Malaysia. Jika 50 tahun dulu, Utusan Melayu(nama lama)lah yang menjadi suara kebangkitan kemerdekaan, menuntut kebebasan, memperjuangkan hak pertiwi, menentang Malayan Union.
Tapi sayang, setelah saham Utusan Malaysia dibeli UMNO, maka akhbar itu sudah terbalik menjdai lidah rasmi, bukan betul2 memberi alternatif2 idea membugar pada masyarakat. Jika sudah menjadi lidah rasmi parti politik, layakkah menjadi AKHBAR PERDANA???? Anda jawab sendiri wahai pembaca.
Bersyukur juga pada media2 antarabangasa yg membuka cerita sebenar yang disembunyi oleh media2 malaysia, atau pun dengan kata sebenar, media malaysia dipaksa menyembunyikan fakta.
Akhabr2 Malaysia, yang boleh dipercayai adalah, berita sukan, hiburan, artis, rogol, samun, cabul dan beberapa perkara bersentimen lucah. Secara peribadi, penulis amat malu pada kualiti akhbar hari ini, perlukah setiap hati menayangkan gambar perempuan mendedahkan aurat sebagai bahan pancing pembeli?
Demonstrasi, pelik sangatkah demontrasi di Malaysia. Ya, amat2 pelik dan amat2 tidak adil, jika di negera Eropah, polis dan pihak berkuasa akan memberi kerjasama kepada demonstran, polis akan memberi kawalan trafik, mengawal laluan yg perlu dilalui peserta. Polis juga menjaga lalulintas, kemudian, rundingan berkenaan tuntutan memorandum dilayan dengan baik oleh pemerintah. Tapi di Malaysia, semuanya terbalik dari lunas demokrasi. Apa yang ada, adalah halangan, sekatan, sepakan, pukulan, terangan, tangkapan, dan paling teruk KEMATIAN, apa ni????
Lupakah 50 tahun dulu, UMNP sendiri berdemo menentang Malayan Union, yg mana hasilnya mereka menang, Malayan Union x jadi. Lupakah? Lagi, kes Natrah, UMNO juga memberi pertolongan. Jika Dato' Onn Jaafar masih hidup, anda rasa, Hisamuddin akan tangkapkah atoknya?
Kesimpulan, POLIS dan MEDIA di Malaysia masih lagi dipergunakan.
UIAM Nilai.
0 Komen:
Post a Comment