Sajak : Hidup Adalah??

Friday, December 17, 2010


Hidup,
Akan disuap pujian,
Janganlah mudah makan perasan.

Hidup,
Akan dilempar ujian,
Janganlah mudah perasaan terkesan.

Hiduplah,
Berpesan-pesan,
Pada teman,
Pada kawan,
Pada taulan,
Moga memberi pengajaran,
Moga menjadi pedoman,
Moga terlekat di ingatan,
Moga disalurkan anggota amalan.

Hiduplah Islam,
Untuk diri supaya dapat rahmat,
Untuk keluarga hidup berkat,
Untuk masyarakat makmur adat,
Untuk Ummat seraya jagat,
Untuk Daulah di puncak hebat.

Hidup,
Hiduplah,
Bekerjalah seakan tidak habis hayat,
Beribadatlah seakan mati itu dekat.

Hiduplah,
Untuk memberi supaya berkat,
Sampaikan dariku walau sepotong ayat.





****************************************
Ahmad Ashraf Azhar.

Mahallah MARA, PA UIAM Nilai.

11 Muharram 1432/17 Disember 2010 | 0000-0012.

4 Komen:

Ainnafz Friday, December 17, 2010 at 11:53:00 AM GMT+8  

hiduplah,
dikala akal di kebuntuan,
dikala perasaan tercarik pilu,
dikala hati kucar kacir,
dikala nafsu memberontak,

itulah saat kemuncak penilaian-Nya terhadap hamba2-Nya,
tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang sesat.

=D

نور أميرا بنت أمينورالدين Saturday, December 18, 2010 at 12:12:00 AM GMT+8  

hidup hidup...
hidup Islam..

hehe..terbaik r..suka r sajak ni..
mumtaz jiddan!...teruskan berkarya.

sot Saturday, December 18, 2010 at 2:39:00 PM GMT+8  

Hidup Adalah?

Sebuah perhentian sementara
Dalam perjalanan yang jauh
Menuju redha illahi
Untuk kembali kepada fitrah
Beradu di Syurga Allah.

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP