Hormat dan Sayang Menimbuskan Garam Ego
Sering dan kerap dan selalu kita dengar istilah, 'Makan Garam Dulu'.
Kata2 seperti itu banyak kali kita dengar bila berhadapan dengan org2 tua.
Betul kata2 seperti itu, tetapi adakah semuanya benar?
Adakah garam yang dimakan org2 tua dahulunya sama dengan garam kini?
Jika sama raseny, samakah kualitinya? Samakah sifatnya?
Secara peribadi, saya amat tidak berpuas hati dengan orang yang menggunakan istilah seperti ini hanya untuk berbangga degan kelebihan diri, menggunakannya untuk memerangkap orang muda.
Bukan org tua sahaja, tetapi senior2 pun sama.
Dibimbangi jika yang muda itu seorang yang lemah semangat,
secara tak langsung, kita bimbang akan mematikan sifat ingin tahu orang muda.
Oleh itu, daya intelektual org muda atau junior akan berkurang. Amat parah jika yang bawah itu sekadar mengikut , atau taat yang tak sudah sebagaimana Hang Tuah.
Oleh itu, daya intelektual org muda atau junior akan berkurang. Amat parah jika yang bawah itu sekadar mengikut , atau taat yang tak sudah sebagaimana Hang Tuah.
Garam, tidak dinafikan amat bermanfaat untuk tubuh manusia. tetapi adakah garam2 yang dimakan dengan salah cupak oleh orang2 tua atau senior itu telah melahirkan rasa ego di hati mereka.
'
Ketahuilah, kesemua ketidak-seimbangan hidup, kegawatan masyarakat yang berlaku hari ini memerlukan satu penyelesaian, oleh itu marilah kita sama mengamalkan konsep hormat yang tua dan sayangi yang muda.
Teringat di kelas BTQ (Basic Themes of Quran), "hormat yang muda sayangi yang tua" itulah kata2 Us.Nasarudin.
Contoh. Orang muda yang menghormati yang tua, bila terserempak atau terjumpa "Assalamualaikum" perkataan itulah yang mesti didahulukan 'as a manifestation of respecting the older'. Yang tua pula dengan perasaaan sayang, mendekati yang muda lalu menggosok kepala atau belakang bahu, sebagai tanda sayangnya beliau kepada orang muda.
Tetapi awas, orang muda jgn sekali2 menggosok belakang orang tua atau kepalanya, kerana itu tanda biadab, bukan tanda sayang,
Oleh itu kita mestilah memahami dan mendalami makna sayang makna hormat jika kita mahu melahirkan kasih sayang dan hormat hormati dalam kalangan masyarakat. Sama2lah kita praktik kan budaya ini, kerana itulah yang dituntut ISLAM dan budaya fitrah hati manusia
Setakat ini sahaja.
0 Komen:
Post a Comment