Sebelum≠Selepas, Selepas≠Sebelum

Friday, August 14, 2009

Sebelum=Selepas?

Samakah Sebelum dan Selepas?

Pelbagai pemikiran yang terlahir daripada kataan yang disusun di atas.

Ramai kawan2 saya yang kecewa bilamana mendapat keputusan mid-term yang kurang memberangsangkan, ada yang gagal, ada yang betul2 separuh, seperti air betul2 di bawah hidung.

Kawan2, ingatlah Sebelum dan Selepas adalah tidak sama.

George Santayana, dalam kata2nya yang masyhur, yang terdedikasi dalam buku teks SPM,

"For those who can't remember the past, condemn to repeat it"

"Sesiapa yang gagal mengingati masa yang lalu, akan mengulanginya lagi"


Kata2 ini hendaklah menjadi indikator kepada kita semua untuk berubah pada masa hadapan.

Cuba kita perhatikan, dalam al-Quran yang kita baca, begitu banyak ayat2nya yang menceritakan berkenaan dengan yang lepas, ada berkenaan penciptaan makhlukNYA, peristiwa2 pengingkaran makhlukNYA, cerita2 Bani Israil yang banyk pengajarannya untuk kita yang berhadapan dengan yahudi sekarang ini.

Kawan2, janganlah kecewa, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya, jika mahu bersedih, silakanlah, kerana itulah sifat manusia, adanya fitrah sedih, tetapi jangan sedih itu yang menguasai diri, berpada-padalah dalam bersedih, Sebelum ini kita pernah dengar, terdengar, didengarkan akan arab jahiliyah yang menghantuk kepala ke dinding, merobek dada sendiri jika kematian ahli keluarga, tetapi Selepas kedatangan Islam, Selepas dinasihati Rasulullah s.a.w. mereka berubah, lantas menjadi golongan yang sama berjuang berpaksikan AQIDAH menyebarkan Islam ke serata dunia.

Kawan2, setiap kejayaan itu, mestilah ditekadkan dengan usaha yang gigih, jika tidak, bersedialah untuk bersua, bersemuka, berdepan dengan kehancuran.

Sebagai contoh, tamadun2 hebat seperti Greek, Mesir, Babylon, semuanya hancur disebabkan ingkarnya mereka kepada peraturan alam yang diciptakanNYA. Begitu juga hancurnya Uthmaniah, khalifah yang menaungi Islam, disebabkan terpengaruh dengan matawang kertas, sehingga sanggup melupakan dinar dan dirham yang mana entiti mas dan perak itu disebut dalam al-Quran. Bilamana wang kertas digunakankan, maka berlakulah pengaliran seluruh dunia, maka tercampurlah riba, sedangkan ALLAH, Tuhan yang mentadbir dan menguruskan alam ini telah berpesan bahawa yang terjebak dengan itu ALLAH mengisytiharkan perang terhadapnya. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa ALLAH telah mentakdirkan jatuhnya Uthmaniah itu.

Banyak sejarah atau senang kata yang Sebelum mengajar kita, kita sebagai generasi yang Selepas mestilah mangambil iktibar, pengajaran dari yang Sebelum itu supaya kita yang Selepas ini dapat meneruskan penambahan momentum kita untuk berjaya.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP