Ramadhan: Bulan Perlumbaan
Assalamualaikum,
Salam bahagia,
Salam ceria,
Salam Ramadhan buat semua sahabat2, dan tidak lupa kepada pembaca semua, mudah2 an kita semua sentiasa mendapat petunjuk darinya.
Seperti diketahui umum, Ramadhan adalah bulan perlumbaan. Dalam bulan ini, ramai manusia2 berlumba-lumba ke masjid, ada yang berlumba membaca al-quran, ada yang berlumba menguruskan badan dan macam2 lagi.
Dalam posr kali ini, saya berhasrat untuk membawa pembaca sekalian melewati jenis2 perlumbaan di bulan Ramadhan,
PERLUMBAAN KE MASJID AWAL-AWAL
Alhamdulilah, syukur dan sejuk mata memandang perkara ini berlaku, kanak2, pakcik2, remaja2, makcik2, semua ke masjid awal2 sebelum azan isyak lagi. Malah ada yang bersama keluarga seawal selepas berbuka di rumah unruk bersolat jemaah di masjid, dan bertadarus sambil menunggu azan isyak.
Tetapi apa yang sedihnya adalah, budi dan daya ataupun budaya yang baik ini tidak bertahan lama. Bila masuk 1 per 3 yang kedua Ramadhan, jumlah yang berlumba itu semakin mengecil, dan yang lebih sedih lagi, yang tinggal untuk berlumba adalah warga emas, sudah tiada lagi remaja2 yang bakal memimpin umat masa hadapan.
PERLUMBAAN MEMENUHI SAF-SAF KOSONG
Rasulullah s.a.w. pernah berkata mafhumnya, baginda melihat syaitan masuk memenuhi saf2 kosong itu seperti anak kambing menyelinap ke bawah kaki ibunya.
Walaupun di bulan Ramadhan, syaitan di kurung dalam neraka, tetapi perlumbaan memenuhi saf2 ini tidaklah segalak perlumbaan di atas, ianay hanya berlaku bilamana masjid atau surau begitu sesak, tetapi akan berkurang bilamana tamat melakukan terawikh 8 rakaat.
Apa yang tidak elok yang berlaku dalam masyarakat kita adalah, mereka amat tidak mementingkan kesempurnaan saf dalam solat. Pernah satu ketika, saya berada dibelakang saf yang di depan saya, saya melihat, ada kekosongan saf untuk dipenuhi oleh 2 orang, lantas tanpa membuang masa saya meluru ke hadapan dan ke tepi sedikit, untuk memberi peluang kepada makmum llain untuk memenuhi saf disebelah saya.
Akan tetapi makmum disebelah saya, bergerak meletakkan posisinya betul2 ditengah ruang kosong tersebut, dia bukan merapatkan saf, tetapi melonggarkan saf. Amatlah pelik perkara ini boleh berlaku sedangkan tiap2 masjid dan tiap2 kali sebelum takbiratul ihram, amam akan menyeru mamum untuk memenuhi saf, malah merapatkannya tidak dilupakan juga.
PERLUMBAAN TADARUS
Baguslah jika di bulan yang mulia ini kita bertadarus. Tetapi adalah lebih baik jika tadarus itu bukan dilakukan kerana mahu cepat habis atau cepat khatam. Amatlah rugi sekiranya kita bertadarus tetapi lupa unutk menghayati maksud2 kalam suci itu.
Ada juga yang bertadarus sambil berlumba dengan rakan2 sehingga tajwidnya lintang pukang, makhraj hurufnya tidak sempurna. Sebab itulah, ramai dari kalangan kita masih lagi sama kelakuannya sebelum dan selepas Ramadhan, adalah rugi jika kita lupa mentarbiyahkan diri kita dalam bulan yang mulia ini.
Saranan saya, seeloknya bagi yang mahu bertadarus, eloklah kita bertadarus bersama kumpulan, lebih elok lagi ada seorang guru yang memantau tadarus berkumpulan itu.
KANAK-KANAK BERLUMBA
Perihal kanak2 berlumba ini amat kerap berlaku di bulan Ramadhan.
Ini berlaku sebab, ramainya kanak2 dibawa oleh ibu bapa mereka ke masjid untuk sama bertarawikh, tetapi dikala penjaganya bersolat, dikala itulah kanak2 bermain, berlari, berlumba di dalam masjid. Apatah lagi jika jumlah mereka ramai dan dari rakan sesekolah.
Oleh itu, adalah elok ibubapa mengawasi anak seeloknya apabila berada di masjid, ataupun bertarawikh sahaja bersama keluarga di rumah bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Perlu di ingat bahawa masjid adalah tempat beribadah, dan tidak elok mengganggu konsentrasi para jamaah unutk beribadah.
PERLUMBAAN MAKANAN
Memang menjadi adat masyarakat kita menjadikan Ramadhan bulan pesta makanan. Lihatlah sendiri beraneka makanan wujud di bulan ini. Seperti kehadiran ikan puyu di kawasan paya di musim tengkujuh. Bila habisnya musim, tuidaklah ianya muncul lagi.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya, harap para pembaca berpuasahati dan sebarang teguran, komen dan kritikan amatlah di alu0alukan oleh saya.
1 Komen:
kalau setiap hari berlumba mcm ni kan elok..=)
Post a Comment