[Diskusi Risalah Nur]

Wednesday, April 09, 2014



9 April 2014, selepas Isya'


Pembangunan individu adalah sosok penting dalam menatijahkan masyarakat
yang berkualiti kerana individu yang kuat, akan menguatkan masyarakat.


Individu tidak dapat meminggirkan dirinya daripada struktur masyarakat.
Walaupun sesuatu kehendak itu bersifat peribadi, individu tersebut
perlukan masyarakat untuk merealisasikannya. Sebut sahaja perihal makan,
ia pasti boleh jadi kehendak peribadi untuk memenuhi tembolok sendiri
tetapi individu tersebut perlu menghubungkan dirinya kepada masyarakat
sekeliling untuk memenuhi kehendak yang berbentuk peribadi itu.

Individu, pada akhirnya, ia juga secara keseluruhannya akan bersatu dengan masyarakat.



Kesepakatan bagi individu untuk bersatu dengan masyrakat adalah
kesepakatan dalam perkara yang berkaitan dengan agama dan keperluan
umum. Antara perkara-perkara yang dimaksudkan adalah:
i) Hak-hak
ii) Perihal berkaitan dengan kemegahan
iii) Petunjuk
iv) Arahan-arahan
v) Perhubungan


Islam datang memperkenalkan ibadah, dan dengan beribadah membuatkan
manusia itu memiliki hubungan yang utuh dengan Pencipta disamping
mengikatkan persaudaraan dan hubungan sesama manusia.

Sebab itu
kita akan rasa terguris hati jika nasib-nasib saudara se-Islam kita
diperkudakan dan dipermainkan musuh-musuh mereka. Ini semua kerana
wujudnya persaudaraan yang tidak tergoncang dan bukti cinta yang
sebenar. Lalu kita menatijahkan sikap itu dengan bertindak dengan
mendoakan saudara-saudara seislam kita di serata dunia.


Manusia, secara fizikalnya adalah makhluk yang lemah, kecil, dan kurang
kuasanya. Tetapi manusia dibekalkan ruh yang menjadi sumber yang
penguatkannya. Dengan ruh, manusia dapat melebarkan potensi diri,
kemahuan yang tiada batasan, harapan yang tiada penghujung, idea-idea
yang tak terbilang, memposisikan kuasa.

Dengan begitu, manusia akan dapat menilai diri-diri mereka dengan indeks kemanusiaan yang wujud dalam dirinya.

Kemuncak kesempurnaan bagi manusia adalah adanya pertalian dan perhubungan antara hamba dan Tuan kepada hamba.

Pertalian dan perhubungan itu wujud bilamana wujudnya semangat beribadah.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP