Kasih Sayang Membentuk Adab

Saturday, January 23, 2010

Assalamualaikum dan salam kesihatan saya berikan kepada pembaca huruf2 ini.

Ada ulamak berkata, "Asas dakwah kita adalah KASIH SAYANG"

Ada faham?

Baik, cuba kita letakkan diri kita pada situasi seorang daie, mungkin ada yang terbayang betapa susahnya mereka untuk bersama mad'u mereka. Sebenarnya, ada satu kuasa iaitu, kuasa niat, bila kita niat kasih dan sayangkan pada semua manusia, percayalah, kita tidak akan merasa susah, malah berasa gembira kerana diberikan ALLAH nikmat tersebut.

Mari kita lihat konsep kasih sayang ini daripada sudut lain, sudut ukhuwwah sebagai contoh.
Dalam berukuwwah, atau berkawan atau bersahabat, semestinya kita tidak akan terlepas daripada berkomunikasi. Biasanya, kegagalan berkomunikasi ini akan menyebabkan berlakunya porak-peranda antara dua individu. Sebagai contoh, suami isteri yang gagal memahami satu sama lain, mereka semestinya hidup dalam keadaan tidak tenang atau pun selalu bermasalah, akhirnya gelombang masalah itu merebak kepada anak2, jiran2 dan menyebabkan orang sekeliling mereka tidak senang kepada mereka.

KONSEP NIAT

Niat, suatu yang mudah dilakukan tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak pandai untuk melakukannya, lihat sahajalah berapa ramai yang susah untuk bertakbir di awal solat akibat was-was. Was-was iyu berlaku kerana mereka seperti tidak niat dengan betul dipermulaan solat. Saya masih ingat lagi, dalam bab Akhlak semasa di Maahad Muhammadi Lil-Banin, tempat niat adalah di hati, maknana niat itu hanyalah sekadar lintasan di hati berkenaan melakukan sesuatu perkara.

Baik, jika kita berniat untuk berkasih sayang kepada semua manusia, kita akan merasa apa2 sahaja yang beraku di sekeliling kita sebenarnya adalah unik. Satu ketika dahulu, saya amat benci kepada seseorang itu, kerana dia selalu sahaja menyakiti sahaya dengan mulutnya. Namun, selepas mendengar tazkirah2, ceramah2 agama, baik di masjid DQ, di Jalan Dato' Pati, saya semakin mengerti akan makna niat kasih sayang itu. Alhamdulillah sekarang saya boleh menerima kutukan kawan saya itu.

Apa yang menjadi masalah antara kami dahulu adalah, kegagalan saya untuk berpositif akan apa yang diucapkan oleh kawan saya. Memang saya akui, cara kawan saya menegur saya amat kasar 'direct to the point', akan tetapi dengan niat kasih sayang, saya mendapati bahawa teguran kawan saya itu adalah teguran ikhlas dari hati dia kepada hati saya. Disebabkan dahulu hati saya berprasangka negatif kepada dia, maka sia2 sahaja tegurannya. Namun sekarang, saya semakin selesa menerima teguran rakan2, baik kenalan baru atau yang lama.

UKHUWWAH

Begitulah juga dalam berukhuwwah, kita tidak dapat tidak akan menghadapi masalah komunikasi, yang pentingnya sejauh mana kita cuba bersangka bauk pada sahabat kita, sejauh mana kita berlapang dada. Apabila kita kita diherdik, dimarah, sepatutnya kita bersabar dan cuba kita fikir, kenapa sahabat kita marahkan kita, boleh jadi kita yang silap, boleh jadi 'mood' dia tidak baik phada hari tu, boleh jadi juga dia adaa maaslah besar yang dihadapi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, doanya kepada Dato' Seri Mohd Najib, jika dilihat seperti yang telah saya katakan diatas, doa tersebut merupakan doa kasih sayang Tuan Guru kepada Dato' Seri. Ini menunjukkan pengharapan TG kepada DS supaya DS berubah kepada lebih baik, menjadi pemimpin yang diagungkan masyarakat dan disayangi ALLAH.

ADAB

Adab adalah penting dalam kehidupan seseorang, tanpa adab, seseorang individu itu dilihat tidak berguna walaupun di dalam kepalanya cair buku2 tebal kuliah. Begitulah jika kita beradab, kita akan dilihat berguna, sedap mata memandang walaupun kita tidaklah hebat seperti profesor2 di universiti. Jika kita telah berniat untuk berkasih sayang dalam pergaulan seharian, secara automatiknya, jasad kita akan bekerja ke arah itu, kita secara tanpa kawalan akan berlemah lembut dalam bergaul, menjaga kata2 dalam berka-kata.

PENUTUP

Di sini saya menyeru kepada sahabat2 pembaca sekalian, marilah kita berniat untuk kasih sayang kepasa semua manusia dalam muamalat kita seharian. Selain itu, cubalah kita bersikap positif akan takdir yang berlaku, dan juga bersangka baiklah dengan orang sekeliling. Tetapi ingat, muslim itu ada akal yang bijak, akal yang menjadi perisai. Oleh itu, dalam berpositif, jangan kita lupa untuk berpositif terhadap perkara2 yang buruk yang mungkin akan berlaku. Apa yang saya mahu katakan, dalam hidup kita ini, berhati-hatilah dan bersyukur kerana apa yang kita sangkakan nikmat itu, boleh jadi bala kepada kita.

0 Komen:

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP