Sejarah saya jatuh cinta.
bleh criter serba sedikit mengenai sejarah awak jtuh cinta dgn ilmu falak ini?
Soalan di atas lah yang saya baca semasa membuka profil formspring.me saya.Jawapan saya.
Saya sebenarnya minat astronomi sejak kecil lagi. Saya masih ingat, waktu umur 4 ataw 5 tahun emak saya bagi saya krayon. Saya terus amik kertas putih kosong saiz A4, dan amik piring yang digunakan letak cawan tu, saya buat bentuk bulat, dan saya lukis bumi, buat tanah kat bumi warna hijau, laut warna biru, awan warna putih, tapi xda pon yang saya simpan. Tapi xpe. Yang penting ia segar sentiasa dalam memori saya. Seindah memori cinta pertama yang mula bersulam, barangkali.
Dan pada tahun 2002, saya waktu itu, selepas solat berjemaah zohor di masjid MML. Telah dipelawa oleh seorang sahabat, namanya masih segar Aminudin Hussin, kawan rapat sejak sekolah rendah lagi.
Dialog berikut berlaku di tingkat 2, blokj lama di MML. Beberapa langkah dari hujung bangunan
yang paling hampir dengan asrama dalam.
Dia cakap"Eh cceghah. maghi gi ambik bore falak".
Saya bertanya" Falak?, Gapo dio tuh?". Tanya saya dengan penuh teruja, pertama kali mendengar perkataan itu. Amat pelik dan canggih.
Amin cakap "Falak ni, hok berkaite denga langit la, kaji-kaji planet"
Saya cakap, "Yo ko? maghi lah, Mano nok ambik bore tuh" Ajak saya teruja sekali bila mendengar perkataan kaji palnet dan langit. Itulah hidup saya.
Selepas itu saya tidak ingat lagi apa berlaku. mungkin kami berkejaran dari hujung bangunan ke hujung, kerana bilik PFSMML terletak di sebelah hujung sana.
Bermula dari situ, minat saya semakin mendalam.
Astonomi adalah bukan falak. Kerana falak adalah islamic astronomical atau astronomi islam. Ia adalah bidang ilmu yang mengkaji objek-objek samawi(langit) serta peredarannya yang berkaitan dengan ibadah seperti waktu solat, arah kiblat, pertukaran tarikh dari masehi ke hijrah dan sebaliknya. Sebenarnya pengistilahan ilmu falak adalah luas.
Selepas menghantar borang, saya terus memberi komitmen terhadap persatuan PFSMML, tapi yang sedihnya, Amin tidak dapat join kerana ade clash jadual kelas falak dengan jadula peribadinya. Selepas beberapa bulan. A min berpindah dan sehiingga sekarang kami masih tidak bersua muka. Amin aku rindu mahu jumpa kamu. Itulah sahabat yang bermain bersama, lari bersama, bergaduh, dan berkawan kembali semasa di sekolah rendah.
Selepas meningkat ke tingkatan 1 pada 2003, saya teruskan bersama falak. Seingat saya, saya tidak pernah tinggal kelas falak.
Dan begitulah tahun ke tahun hingga saya ditaklifkan sebagai Presiden pada 13 Feb 2007.
Astronomi dan falak adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan oleh saya. Ia seperti darah daging. Sy tidak kisah berbelanja sebanyk mana pun untuk membeli buku berkaitan astronomi dan falak. Pernah satu ketika pada tahun ini, saya ke keai buku untuk membeli novel Robert Ludlum, tetapi membatalkan hasrat itu apabila ternampak buku sejarah astronomi dan penerokaan angkasa lepas. Buku tersebut adaalh lain dari yang lain kerana kupasannya amat berlainan daripada buku2 lain dan kupasan dalam dokumentari.
Begitulah serba sedikit yang dapat dicerittakan oleh insan yang memiliki ilmu secebis daripada keluasan alam semesta ciptaan ALLAH.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ashcroftstylus Az,
Balai Cerap Mini Dr. Rowi,
Taman Tarbiyyah,
Guchil Bayam,
Kota Bharu Bandaraya Islam.
17 Mei 2010, 4:10 pagi.
Background music:
Open Your Eyes-Maher Zain
Balai Cerap Mini Dr. Rowi,
Taman Tarbiyyah,
Guchil Bayam,
Kota Bharu Bandaraya Islam.
17 Mei 2010, 4:10 pagi.
Background music:
Open Your Eyes-Maher Zain
2 Komen:
Cuba teka sape yg tnya soalan tu... hehehe
Arislan.....
Post a Comment