THE KARATE KID

Tuesday, June 22, 2010



Hajatnya ingin menonton Toy Story 3. Tetapi ada masalah cikit. Masalh daripada 'sayang' xpelah. Aku mengalah. Lalu masuklah aku ke GSC kat 101 Mall. Lagipon mmg ade hikmah,. kalo nak menonton Toy Story 3, tiket petang adelaah sgt, aku xnk jadual maghrib terganggu.


Toy Story mmg filem yang saya tonton sejak kecil lagi. Masih ingat lagi menonton berkali-kali bersama teman rapat saya. Bermula dari zaman video kepada awalan zaman CD.

Filem ini dilakonkan oelh dua pelakon utama yang hebat. Seorang mmg sudah tak tersangkal lagi hebatnya. Seorang lagi baru bertapak ke alam Hollywood.

Walaupun ditayangkan di waktu cuti sekolah, Toy Story 3 masih lagi mendominasi carta di Malaysia. Apa sebabnya saya tidak tahu. Barangkali peminat Toy Story telah lebih 10 tahun bertapak di Malaysia. Manakal Karate Kid adalah baru di Malaysia.


Dre, watak lakonan Jaden Smith adalah seorang budak dari Detroit, Amerika Syarikat. Berpindah dan menetap terus di Cina kerana mengikut ibunya yang berpindah ke Beijing. Secara peribadi, saya memuji pembawaan filem ini, kerana ia amat berlainan dari file m aksi Hollywood yang lain, terutama yang dilakonkan oleh J.Chan. Dlam filem ini, Chan sebagai Mr.Han bertindak sebagai guru kepada Dre yang menyahut cabaran pertandingan kungfu terbuka di Beijing.

Mr. Han, walaupun telah berusia dan kekurangan kudrat yang matang. Dengan kegigihannya melatih Dre, akhirnya Dre berjaya memenangi pertandinagn tersebut.

Filem ini juga memperkenalkan latar belakang yang baru seperti tempat latuhan kungfu di atas gunung, memperkenalkan teknik fokus dalam kungfu, dan pemandangan yang jarang di lihat di Beijing.

Teknik fokus sebagai contoh, mengaja kita, fokus adalah penting dalam melakukan sesuatu perkara. Lebih2 lagi kungfu memerlukan tindak balas yang cepat untuk menghentikan serangan pihak lawan.

Watak Cheng, seorang budak Cina yang satu sekolah dengan Dre. Seorang budak yang bengis, dan tiada belas kasihan dalam berlawan. Dia sanggup menyerang lawannya hingga lawannya nyawa2 ikan.

Ini kerana, Cheng di ajar sebegitu oleh gurunya. Antara doktrinisasi yang dibawa oelh gurunya adalah "Tiada Kasihan". dan doktrin itulah yang mengalir hebat dalam dirinya. Dia bersama teman sepasukan dengannya sanggup memukul sesiapa sahaja walaupun dalam berlatih.

Ini dapat difahami bahawa, fungsi guru amat penting dalam hidup seseorang. Apa sahaja yang dikatakan guru akan terus diserapkan oelh anak buah tanpa memikir daan melakukan check & balance.

Semasa pertandinga di peringkat akhir. Cheng tanpa belas kasihan telah mematahkan kaki kiri Dre selepas di arahkan oelh gurunya.

Filem ini juga mengajar satu falsafah yang baru.

" Semua orang akan mengalami kecundang dalam hidup mereka. Akan tetapi mereka boleh memilih samada mahu bangkit atau terus mengalah"


Sekali lagi dalam The Karate Kid, membawa agenda mereka tersendiri.

Antaranya, membawa agenda cinta di alam kanak2. Dimana ia amat bertentangan sekali dengan budaya timur punya orang. Sehingga adanya babak yang x sepatutnya dilihat oleh kanak2.

Selain itu filem ini sengaja memilih Amerika sebagai penyelamat denagn mengatakan bahawa, orang Amerika adalah orang yang baik, dan membawa keamanan. Ini dapat dilihat daripada penyertaan Dre ke dalam kungfu adaalh untuk menyatakan dia membawa ke amanan.


Setakat itu sahaj post kali ini dari Bumi Mencabar Nilai. GTerima kasih juga kepada 'sayang' yang memaksa aku menonton The Karate Kid.






" Semua orang akan mengalami kecundang dalam hidup mereka. Akan tetapi mereka boleh memilih samada mahu bangkit atau terus mengalah"

9 Komen:

Anonymous,  Tuesday, June 22, 2010 at 12:11:00 PM GMT+8  

enjoy ke bila tengok cerita2 macam ni nak kena ulas?

Anonymous,  Tuesday, June 22, 2010 at 6:19:00 PM GMT+8  

masok panggung wayang????

ash,  Thursday, June 24, 2010 at 1:56:00 AM GMT+8  

em.....org bukan islam..mereka gemar menulis..jadi org islam...mesti wajib juga menulis...kalo x kita mesti ketinggalan....

HIKMAH itu perkara yang hilang daripada ISLAM...di mana terjumpa amik..kalo jumpa kat New York amik....
xkan x ingat..org barat dulu pon belajar kat spanyol..ilmu2 tentang sains....so skg mereka pulak yang maju..sehingga ade org islam sendiri sudah x bangga dgn islam dahulu. malahan yg lebih teruk...ade yg x hargai langsung....


so.salahke masuk panggung?....

Kepana pengomen, harap boleh buka minda..luaskan skop....ubahkan budaya pemikiran anda....

Anonymous,  Thursday, June 24, 2010 at 6:24:00 PM GMT+8  

walaupun saya(lelaki) masuk panggung jugak tapi tak perlulah nak beritahu orang lain. fitnah nya besar jugak. lagi2 bila orang yang tak berapa faham Islam baca, mesti dia cakap oh orang ni (baca: budak dQ) pun masuk wayang. lagipun banyak syubhah nya bila masuk. jangan bandingkan dengan pergi negara2 tu. langsung tak sama. sorry to say.

kalau dah masuk, jangan nak ajak orang lain pula. tak bagus macam tu.

ash..........,  Tuesday, June 29, 2010 at 3:15:00 AM GMT+8  

TANPA NAMA 1;
yup saya enjoy, saya amat2 enjoy. sebab itu saya menulis. seperti perkara2 lain yg saya ulas dalam blog, saya enjoy

TANPA NAMA 3;
terimakasih atas nasihat, saya student sains kemanusiaan, kami menganut ilmu yg mengatakan dimana2 ada komunikasi, di mana2 ada hikmah........

soalan saya salahkah ke menulis pengalaman saya? menurut perspektif sebagai muslim, bukan pengulas cerita dalam majalah hiburan karut.

baik andainya tuan hamba baca yang ini..

http://ashcroftstylus.blogspot.com/search/label/2012

SAYA;
watak sebagai penyokong, teruslah menyokong, jika anda penyokong yg matang, kemukakan hujah anda.


kepada semua: adakah anda 'tersangkut' pada perkatan 'sayang'????

Ainnafz Wednesday, September 8, 2010 at 10:25:00 AM GMT+8  

a'ah.. "sayang"?? agaklah terty2.. but, i do not see da explanation..

Ahmad Ashraf Thursday, September 9, 2010 at 12:47:00 AM GMT+8  

sayang tu budak bernama arfan.....bawah 5 tahun...
sepupu

Post a Comment

ash berkongsi (129) cnp copy and paste (37) berita (21) cnp (21) politik (21) sosiologi (19) Science (16) sains (16) tazkirah (15) sejarah (14) falak (13) Quran (12) astronomy (12) filem (11) mahasiswa (11) sajak (11) kesihatan (8) ramadhan (8) Health (7) astrophotography (7) hobi (7) 2012 (6) Sunnah (6) buku (6) conspiracy (6) travelog dq (6) english (5) tarbiah (5) Diet (4) TURKI (4) tips (4) Kajian (3) pemakanan (3) jumaat (2) music (2) pantun (2) Fetih 1453 (1) Fitness (1) Kuliyyah Notes (1) LM 2020 (1) Nebula (1) Risalah Nur (1) SMS (1) Self-Help (1) ash (1) essay (1) psikologi (1) seloka (1)

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP